"Patutlah manja semacam along tengok Aryn sekarang ni. Tak lama lagi kami nak dapat anak fruit rupanya," ujar Adrean senang. Tidak lama lagi keluarga mereka akan bertambah lagi dengan kehadiran si kecil. Pasti umi dan abah merekalah yang paling gembira mendengar berita itu.
Aryana tidak menjawab sebaliknya dia melentokkan kepala di bahu Arfan. Sementara Arfan masih mengenggam tangannya erat sedari tadi.
"Tengok tu. Asyik nak bermanja aje kerja."
"Suka hati Aryn lah. Ni suami Aryn, Aryn punya. Along dengan angah kalau cemburu cepat-cepat la bawa balik calon menantu untuk umi. Bila dah ada isteri nanti, tahulah along ngan angah macam mana rasa dia. Entah-entah, isteri nak tinggal pergi tandas kejap pun nak ikut."
"Hai Aryn... perli diri sendiri ke?" usik Adam sewaktu teringat kejadian tersebut berlaku pada majlis perkahwinan Aryana.
Aryana terdiam sejenak sebelum memori itu kembali terlayar di ruang mindanya. Mukanya disembamkan ke bahu Arfan yang setia di sebelahnya. Macam mana dia boleh lupa ni? Malu!
"Oh ya, awak cakap awak nak buat majlis sanding sekali lagi kan after saya sembuh?" soal Arfan yang kebetulan teringat janjinya dengan Aryana di awal perkahwinan mereka.
Aryana mengangguk laju. Dia sendiri hampir terlupa janji yang disepakatinya bersama Arfan dahulu... atau lebih tepatnya paksaannya terhadap Arfan?
"Ha elok juga tu. Kali ni boleh la along jadi jurugambar. Kebetulan along ada beli kamera baru. Boleh la kalau Aryn nak ambil gambar puas-puas dengan Kim nanti. Dulu kan tak sempat nak bergambar." Adrean mengenyitkan sebelah matanya kepada Arfan.
Aryana berpaling memandang Arfan, riak penuh curiga ditunjukkannya. Arfan tersenyum sahaja. Nak buat macam mana, Adam memang dah cerita semua benda. Ni bahaya kalau sampai berita penting dekat telinga Adam. Ha sudah!
"Aryn dan Kim dah bincang dengan walid dan abang-abang Kim?"
"Belum lagi. Kim pun baru teringat after sebut pasal wedding tadi." Arfan garu kening yang tidak gatal. Adam dan Adrean yang terangguk-angguk dipandang.
"Apa kata kalau buat majlis Aryn sekali dengan majlis angah?" usul Aryana tiba-tiba. Wajah Adam dipandang untuk melihat reaksi abangnya.
"Bilanya angah cakap nak kahwin?" nafi Adam beria. Ha sudah, kantoi!
"Laa, Dam. Kau tak cakap pun along tahu macam mana rupa orang dilamun cinta. Dah sebijik macam Kim dan Aryn dan gaya kau tu," perli Adrean yang sememangnya sudah maklum akan hubungan Adam dan rakan sepejabatnya, Hanis Aisya.
Adam tersengih. Satu persatu wajah di ruang itu dipandangnya. Kepala yang tidak gatal digarunya. Nampak sangat eh dia ni macam orang yang dilamun cinta?
"Wah, betul ke ni? Tahniah angah!" tutur Aryana gembira.
"Hmm, umi dengan abah tak ada. Kalau tak, boleh bincang terus pasal majlis tu nanti."
"Jap... sape yang nak kahwin sekarang ni? Angah ke Aryn?"
"Angah la."
"Dah tu, yang Aryn excited lebih ni kenapa?"
"Mestilah. Kan Aryn nak tumpang menyelit sekali dalam majlis angah." Aryana sengih. Makin melebar sengihannya apabila pipinya dicubit Arfan lembut.
Arfan kerling jam di tangan sekilas. Jarum jam sudah menunjuk ke angka 10 malam.
"Awak, dah pukul 10 ni. Nak tidur sini ke nak balik rumah kita?"
"Tidur sini ajelah, Kim. Balik esok-esok aje. Esok kan tak kerja," cadang Adrean yang turut melihat ke arah jam dinding.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...