29

86 11 7
                                    

"Abang! Nak naik roller coaster," suara Aryana teruja. Sudah lama dia mengidam-idamkan untuk menaikinya bersama Arfan. Peluang baik macam ini mana boleh dilepaskan. Tangan Arfan sudah ditarik-tariknya supaya bergerak dari tempat mereka.

"Sayang jangan nak mengada ek. Abang tak izinkan!" tegas Arfan seraya menggelengkan kepalanya. Wajah tidak puas hati turut dipasang.

"Ehhhh, kenapa?" Aryana pasang wajah sedih.

"Sayang tu pregnant. Mana boleh main benda tu. Kesian anak abang terjerit-jerit dekat dalam  perut tu."

"Hmm, tapi cherry dah lama nak naik benda tu dengan abang. Tak boleh, em?" Masih tidak berputus asa, Aryana masih cuba memujuk Arfan. Walaupun jawapan untuk soalannya sudah terang lagikan bersuluh tidak boleh. Tapi tidak salah mencuba, kan?

"Jawapan abang tetap sama. Tak boleh!" Masih bertegas Arfan membantah.

"Okey abang janji abang bawa sayang datang sini lagi dengan anak kita. Tapi, sekarang sayang tak boleh naik lagi tau. Okey?"

Aryana mengangguk bersama senyuman manis. Dia dah agak dah tu jawapan Arfan. Tak marah pun.

"Bagusnya bini abang. Nak aiskrim tak?"

"Nakkkk!"

"Okey. Sayang tunggu sini kejap. Abang pergi beli. Jangan pergi mana-mana dan jangan cuba-cuba pergi naik roller coaster senyap-senyap. Tunggu aje dekat sini diam-diam. Kalau bosan, sayang boleh main Pubg dalam telefon abang. Nak main tak?"

"Tak nak. Abang pergilah. Cherry janji cherry tak pergi mana-mana."

Setelah Arfan berlalu, matanya meliar memerhati suasana sekeliling. Tiba-tiba dia terasa bajunya ditarik. Aryana pantas menoleh ke sebelah cuba mencari gerangan yang menarik bajunya tadi. Pandangannya jatuh pada seorang kanak-kanak perempuan seusia dalam sepuluh tahun sedang tersenyum memandangnya.

"Kenapa sayang?" soal Aryana lembut. Wajah comel kanak-kanak itu membuatkan tangannya laju menyentuh pipi itu. Comel betul budaknya.

"Suami kakak panggil. Dia cakap dia tunggu dekat tempat letak kereta. Dia nak bagi surprise dekat kakak," beritahu kanak-kanak perempuan itu, menjawab soalan Aryana.

"Terima kasih. Nah coklat untuk adik." Aryana sempat memberikan sebatang lolipop kepada kanak-kanak itu sebelum berlalu. Tertanya-tanya juga dia kejutan apa yang Arfan akan berikan kepadanya. Setahunya Arfan hanya mengatakan untuk membelikannya aiskrim.

Aryana tercari-cari figura Arfan. Namun, tidak kelihatan. Baru sahaja dia mengeluarkan telefon pintar dari beg tangannya, mulutnya ditekup dengan sapu tangan. Matanya mula layu. Sebelum penglihatannya sepenuhnya bertukar gelap, dia terasa seperti tubuhnya dicempung seseorang. Setelah itu, Aryana sudah tidak menyedari apa-apa.

***

Arfan kembali semula ke tempat menunggu tadi. Arfan memandang sekeliling, tiada bayang-bayang Aryana di situ. Yang dia lihat hanyalah beg tangan bersama telefon ointar Aryana yang sudah selamat menyembah bumi. Kedua-dua bekas aiskrim yang dipegangnya terlepas ke tanah.

Aryana! jeritnya di dalam hati cuma. Berdetak kencang degupan jantungnya sebaik sahaja terlintas berbagai kemungkinan. Dia cuba bertenang. Barang-barang Aryana dikemasnya sebelum dia mengeluarkan telefonnya. Nombor Zarith cuba dihubungi. Tidak tunggu lama, panggilan sudah bersambung.

"Aku rasa Aryana kena culik," beritahunya sebelum sempat Zarith bersuara. Nada suaranya berbaur bimbang.

"Hah? Kau dekat mana sekarang? Tunggu aku pergi sana," soal Zarith di talian sebelah. Turut cemas. Dia lebih merisaukan keadaan Arfan sekarang. Bimbang kalau-kalau sahabatnya itu bertindak bodoh walaupun sebenarnya dia bijak. Orang kalau dah panik macam-macam boleh jadi.

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now