"Dah tidur?" tanya Arfan setelah keluar dari bilik air. Mereka baru sahaja pulang dari rumah Mak Ngah Ila.
"Haah. Letih kot, seronok betul dia main dengan Darwisy tadi." Aryana tersenyum memerhati Dayyan yang tidur pulas. Jam menunjukkan pukul 9 malam, namun belum ada tanda-tanda Zarith datang untuk menjemput Dayyan.
"Aryana..." seru Arfan perlahan. Suasana ketika itu begitu sunyi.
"Awak bagitahu Zarith suruh dia ambil Dayyan esok ajelah. Malam ni biar dia tidur sini."
Arfan mengangguk dengan cadangan Aryana. Dia segera menelefon Zarith untuk memaklumkan tentang itu. Usai membuat panggilan dia mengalihkan semula tumpuan kepada Aryana.
"Aryana..." panggil Arfan sekali lagi. Masih dengan perlahan takut suaranya akan menyedarkan Dayyan nanti.
Aryana menoleh. Wajah serius Arfan ditenungnya lama. Menanti bait-bait kata yang akan terluah dari bibir itu.
"Pasal tadi-"
"Tak apa. Saya yang salah." Aryana segera memotong percakapan Arfan.
"Dengar dulu apa yang saya nak cakap, boleh?" Arfan menekan sedikit suaranya membuatkan Aryana terdiam. Seketika kemudian barulah wanita itu mengangguk.
"Saya tak janji saya boleh tunaikan impian awak. Tapi saya akan cuba atasi fobia saya. Sejujurnya saya terharu bila awak cakap awak nak tolong sembuhkan saya. Saya hargainya. Tapi... awak tahu kan, penyembuhan memerlukan masa? Saya harap awak tak putus asa berdepan dengan sikap saya yang macam ni. Awak buatlah apa yang awak nak, tapi saya terpaksa bagi amaran awal-awal. Jangan terlalu berharap, takut nanti awak yang akan kecewa. Dan, saya minta maaf pasal tadi..." ujar Arfan panjang lebar, berharap Aryana mengerti apa yang cuba disampaikannya.
"Baik, saya faham. Tapi..."
"Tapi apa?" Arfan bertanya tidak sabar untuk mengetahui sambungan ayat Aryana.
"Lepas aje awak sembuh dari fobia awak, saya nak awak janji dengan saya satu benda." Aryana sudah menarik senyum penuh makna.
"Ap-apadia?" Tergagap Arfan bersuara setelah menyedari yang Aryana sudah berjalan menuju ke arahnya. Manik-manik peluh mula menitik di dahi. Dia yang sedang berada di sofa sudah tidak tentu arah.
"Aw-awak nak buat apa? Ni ka-kawasan saya." Arfan bangun perlahan-lahan dan berundur beberapa tapak ke belakang. Takut dengan tindakan berani Aryana.
Aryana berhenti tepat di hadapan Arfan, namun masih menjaga jaraknya. Mana mungkin dia membiarkan Arfan pengsan dekat sini, bila pulak dia boleh berbincang macam ni dengan Arfan.
"Saya nak kita buat majlis sanding sekali lagi, awak kena bawa saya pergi honeymoon, tangkap gambar dengan saya banyak-banyak dan awak hari-hari mesti dating dengan saya," tegas Aryana sambil merenung tepat wajah pucat Arfan. Lucu pun ada apabila dia melihat manik-manik peluh yang berjuntaian di wajah itu. Hendak tolong lap takut lain pula jadinya.
"Y-ye, saya janji. Bo-boleh awak jauh sikit? At least radius of 1 meter from me?" pinta Arfan dengan suara yang terketar-ketar.
Aryana ketawa kecil. Dia berundur beberapa tapak, menjauh dari Arfan. Barulah dilihatnya Arfan kini sudah kembali normal. Tidak seperti tadi, melihat dirinya seperti ternampa hantu. Kadang-kadang dia teringin berada di tempat Arfan. Teruk sangat ke rasanya?
"Lagi satu..." jeda seketika.
Aryana kembali memberikan perhatian ke wajah Arfan. Menanti bait-bait kata yang bakal terluah.
"Kenapa tak cakap dekat saya Khalis kacau awak tadi?" Nada suara Arfan sedikit keras. Ada bau-bau cemburu dari nadanya.
"Shhh... perlahan sikit suara awak tu. Dayyan tengah tidur lah," tegur Aryana sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
Любовные романыCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...