41

151 9 0
                                    

"Hai, awal kau bangun hari ni," perli Arfan apabila pagi-pagi lagi wajah Khalis sudah terpacul di dapur. Ada udang di sebalik kue teow kung fu ni!

Khalis tersengih-tersengih. Dia mengambil tempat di sebelah Tok Nek. Memang hari ini dia sengaja bangun awal. Siap pakai minyak wangi lagi. Selalunya, selepas sahaja solat subuh dia pasti akan menyambung lagi tidurnya.

"Hang dah ada bini. Biaq pi lah dia nak memetik bunga di taman orang." Dalam maksud kata-kata Tok Nek. Dia suka benar kalau Khalis menikah dengan anak pak imam tu. Kebetulan Khalis pun nampaknya suka akan Azura. Jadi, peluang sudah terbuka luas di depan mata.

"Tok Nek suka ya kalau Fafan dengan Azura kahwin?"

"Apa pulak tak suka. Tok Nek berkenan betul dengan si Azura tu. Baik budaknya." Ha, tudia. Dah bagi greenlight dah.

"Assalamualaikum..." suara lembut memberi salam dari arah pintu dapur membuatkan mereka berempat berpaling serentak ke arah si tuan yang memberi salam.

"Waalaikumsalam, Zura. Masuklah, kita makan sama-sama." Tok Nek segera menghampiri pintu dapur. Huluran tangan Azura disambutnya.

"Buat susah-susah aje Tok Nek. Zura datang sini nak hantar cempedak goreng ni aje. Tanda terima kasih Zura sebab cucu Tok Nek dah selamatkan Zura semalam," balas Azura mesra. Dia menghulur bekas sederhana besar yang berisi cempedak goreng kepada Tok Nek.

Khalis yang berdiri di sisi Tok Nek sudah menahan sengihannya. Kembang-kempis sudah hidungnya. Arfan saling berpandangan dengan Aryana sebelum mereka saling bertukar-tukar senyuman. Perasaan dilamun cinta, mereka juga pernah merasainya.

"Takde susahnya. Lagipun, Fa-" Tok Nek tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila tangan Khalis sudah menekup mulutnya.

"Tok Nek, jangan la panggil Fafan depan Zura. Malu la, nanti dia ingat Fafan ni budak-budak. Tok Nek panggil la nama macho sikit. Barulah Fafan nampak manly depan Zura. Baru Zura berkenan nak ambil Fafan jadi calon suami," bisik Khalis perlahan. Sebaik sahaja matanya bertembung dengan anak mata hitam Azura, dia tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun kemas.

"Duduk la dulu Zura. Tok Nek nak panggil Tok Abah kamu kejap." Tok Nek berlalu dari situ. Dia juga sepertinya cuba menahan senyum daripada terlihat oleh Azura. Kenyitan mata Khalis dibalas anggukan.

Azura bersalaman dengan Aryana. Mujur dia sempat berbual dengan Aryana semalam. Kuranglah sedikit kekoknya. Yang dia tahu Aryana sebaya sahaja dengan dirinya. Tambahan pula, wanita itu boleh dikatakan seorang yang peramah.

Aryana berdehem, bertujuan memberi isyarat kepada Khalis. Dia dan Arfan kembali duduk di meja makan. Meninggalkan Khalis dan Azura yang masih tercegat di muka pintu. Kedua-duanya kelihatan kekok.

"Urm, awak. Jemputlah masuk. Buat macam rumah sendiri. Lagipun kejap lagi rumah ni akan jadi rumah awak jugak." Khalis bersuara lembut. Tidak ketinggalan senyum kacak yang menjadi kegilaan ramai gadis. Ayat terakhirnya sengaja digumam perlahan. Melihat reaksi Azura yamg terkebil-kebil membuatkan dia yakin bahawa wanita itu tidak sempat mendengarnya.

"Awak cakap apa yang hujung-hujung tu? Saya tak dengarlah. Perlahan sangat," soal Azura. Keningnya kelihatan berkerut sedikit.

"Hehe, saya suruh awak masuklah. Nanti sejuk pulak makanan tu," dalih Khalis bersama sengihan lebar. Duhai hati, sudah berbunga-bunga rasanya dapat berbual dengan gadis idaman.

Mereka berdua bergerak ke meja makan. Khalis sempat menarik kerusi untuk Azura sebelum duduk berhadapan dengan wanita itu. Siap tolong sendukkan sekali mee goreng untuk Azura. Tidak cukup dengam itu, dia menyorongkan juga secawan milo panas ke hadapan wanita itu. Dapat dia lihat wajah Azura yang mula memerah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 24, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now