"Kenapa sejak keluar dari bilik Mama Ika siang tadi sayang senyap aje?" soal Arfan yang menyedari Aryana yang tidak banyak mulut seperti selalu. Hatinya mula resah memikirkan segala kemungkinan yang telah berlaku. Hatinya mula memasang syak wasangka terhadap bekas mama tirinya itu.
Aryana tersentak. Cepat-cepat dia menggeleng dan memaniskan mukanya. Dalam samar-samar cahaya dia dapat menangkap mata Arfan yang memandangnya tajam. Wajahnya turut merona merah sebaik sahaja mendengar soalan itu. Mujur ketika itu dia sudah siap-siap menutup lampu bilik.
"Takde apelah, bang. Pembicaraan wanita dengan wanita. Ha gitu," dalih Aryana masih tidak mahu membuka mulut. Wajahnya makin memerah. Bait-bait kata Mama Ika tadi sentiasa terngiang-ngiang di mindanya.
"Mama Ika ada cakap bukan-bukan ke dekat sayang?" Arfan bertanya masih tidak berpuas hati dengan jawapan Aryana. Sejak pulang dari rumah Mama Ika siang tadi, dia sudah bertanyakan soalan yang sama. Bukan apa, dia cuma bimbang wanita tua itu mengatakan hal-hal yang menghiris hati isterinya. Namun, tidak pula dia melihat Aryana menangis sebaliknya isterinya itu hanya berdiam diri. Setiap kali disoal, cepat sahaja wajah itu memerah. Atau mungkin Mama Ika ada memberikan sesuatu kepada isterinya? Persoalan itu juga bermain-main dibenaknya.
"Tak, mama layan Aryn baik sangat. Mama dah betul-betul berubah, bang. Abang masih tak percayakan ketulusan mama?" soal Aryana lembut. Dia sebenarnya mahu menggelak daripada menjawab soalan suaminya itu. Waaa, malu!
"Bukan abang tak percayakan Mama Ika. Cuma, kelakuan sayang yang pelik ni buatkan abang mula simpan prasangka tau. Dah tu, abang tanya bukan nak jawab soalan abang. Makin buat abang risau. Lagi-lagi sekarang sayang tengah pregnant. Mana abang tak risaunya." Arfan terus-terusan meluahkan kebimbangannya. Suaranya juga sudah bertukar geram. Siap ketap-ketap gigi lagi.
Aryana ketawa. Sedikit lucu melihat reaksi suaminya.
Arfan bangkit dari pembaringan dan duduk menegak. Lampu tidur di sebelahnya ditekan sebelum dia mencekak pinggang memandang Aryana.
"Kenapa sayang ketawa?"
"Abanglah puncanya," balas Aryana masih dengan sisa-sisa ketawanya. Hampir terkeluar air matanya.
"Abang buat apa?" soal Arfan geram. Bibir diketap sedikit bersama panahan mata tajam menikam pandangan Aryana.
Melihat suaminya yang nampak serius, Aryana berhenti ketawa. Kata-kata Arfan siang tadi mula bermain-main di mindanya. Oh my! He remembered? Matilanak!
"Laa, dah berhenti dah? Sambung la lagi, sayang kan suka sangat usik-usik abang dari dulu lagi," perli Arfan bersahaja. Dia tersenyum nakal apabila melihat Aryana sudah menarik selimut menutupi muka. Mana mungkin dia lupa kata-katanya siang tadi.
Arfan menarik-narik selimut yang nenutup sebahagian wajah Aryana. Aryana juga sama, memegang kejap selimut itu ibarat itu satu-satunya barang berharga yang dia punya waktu itu.
"A-abang. Ai is sorry. Ampun, abang. Janjiku bersamamu... maksud cherry janji tak buat lagi."
Arfan berbaring di sebelah Aryana. Bibirnya tersenyum lagi. Tangannya menarik tubuh Aryana supaya berada dekat dengannya.
"Abang sayang, sayang..." bisik Arfan perlahan.
"Me too, abang."
"Kalau sayangkan abang, bagitaulah abang apa yang Mama Ika cakap dekat sayang. Please," pujuk Arfan masih tidak berputus asa.
Aryana telan liur. Lahai, ingatkan dah lupa dah.
"Abang ni makin pandai eh sekarang. Guna taktik kotor pujuk cherry."
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...