"Kim nak kahwin."
Akif yang sedang meneguk air tersedak, manakala Aqmal yang baru duduk berdiri semula. Walid juga turut sama terkejut mendengar ayat yang terlontar dari bibir mulut Arfan tadi. Masing-masing memandang Arfan dengan riak wajah tidak percaya. Bermimpikah mereka?
"Kim cakap apa tadi?" Aqmal kembali bertanya, menginginkan kepastian.
"Err, Kim nak kahwin..." ulang Arfan sekali lagi. Dia tahu berita ini sungguh mengejutkan setiap ahli keluarganya. Namun, dia telah bertekad mengambil keputusan ini setelah dipertimbangkan sebaiknya. Dia dan Aryana sudah bersepakat untuk berkahwin hujung bulan ini.
"Alhamdulillah." Serentak mereka bertiga bersuara. Akhirnya terbuka juga hati Arfan untuk berumah tangga.
"Siapa orangnya? Kami kenal ke?" soal walid pula.
"Abang Akif tahu siapa orangnya."
"That person... Aryana Qistina?" soal Akif dengan riak wajah terkejut. Melihat anggukan Arfan barulah dia kembali beriak biasa. Zarith ada memberitahunya serba sedikit tentang gadis bernama Aryana. Dilihat dari sudut pemerhatiannya, Aryana mungkin boleh menyembuhkan fobia Arfan. Mungkin?
"Kim dah bincang dengan Aryana?"
Arfan angguk lagi. "Dah, kami sepakat akan berkahwin hujung bulan nanti." Walid dilihatnya terangguk-angguk.
"Tapi..." Arfan terjeda seketika. Air mukanya berubah serius.
"Kim tak nak tetamu ramai-ramai. Cukup la setakat saudara mara terdekat aje."
"Aryana macam mana? Keluarga dia okey ke? Tak silap abang, dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarga kan? Mesti parents dia nakkan yang terbaik," sampuk Akif sebelum sempat walid membuka mulut. Dia hanya tersengih apabila walid menjegilkan mata kepadanya.
"Keluarga Aryana tak kisah."
Mereka bertiga saling berpandangan lagi. Nampaknya Arfan memang benar-benar serius mahu mendirikan rumah tangga.
"Kalau macam tu esok walid akan ke rumah Aryana dengan Aqmal dan Akif. Kim tak perlu ikut. Kim tahu adat bertunang, kan?"
Afran mengangguk. Sebenarnya memang dari mula merancang tidak mahu turut serta. Tak pasal-pasal pengsan dekat rumah orang pulak. Tak nak aih!
"Kim datang sini nak bincang pasal ni aje. Dah lewat ni, Kim minta diri dulu." Dia bangkit dari duduk.
"Bermalam di sini untuk malam ni. Lagipun dah lama Kim tak bermalam dekat sini. Boleh ya?" pinta walid sambil merenung tepat wajah anak terunanya itu, berharap benar Arfan bersetuju.
Arfan berfikir sejenak sebelum mengangguk. "Kim naik bilik dulu. Belum solat isyak lagi," ujarnya perlahan sebelum mula melangkah ke tangga.
Tiba di bilik, dia terus ke balkoni. Langit yang hitam pekat ditenungnya kosong. Teringat pertemuannya dengan Aryana tiga hari yang lalu.
***
"I ingatkan you berdua tak datang tadi."
Aryana menegur setelah Arfan dan Zarith sudah di depan mata. Segelas orange juice yang sudah separuh gelas diletakkan kembali ke atas meja.
"Maaf lambat sikit. Kami sebenarnya dari airport, hantar kakak I." Zarith memberitahu situasi yang sebenar. Dia menarik kerusi di hadapan Aryana. Arfan pula masih berdiri di belakang Zarith.
Aryana hanya mengangguk sebelum mengalihkan pandangan ke arah Arfan. "You, tak nak duduk ke?"
Arfan terus menarik kerusi di sebelah Zarith. Dia jadi tidak tentu arah apatah lagi jika bertembung mata dengan Aryana. Semuanya gara-gara panggilan telefon semalam. Serba tidak kena dia jadinya.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...