Majlis perkahwinan Aryana dan Arfan berlangsung dengan lancar walaupun berlaku sedikit kekecohan tadi. Mana tak kecoh bila pengantin lelaki tiba-tiba pengsan lepas sarungkan cincin. Perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh saudara terdekat sahaja, namun itu tidak menghalang kemeriahan hari bersejarah buat mereka berdua. Suasana majlis hingar-bingar dengan gelak tawa dan jeritan kanak-kanak yang turut hadir memeriahkan suasana.
Aryana setia berdiri di sisi Arfan walaupun berjarak satu meter. Kemana Arfan pergi, dia juga akan mengikut. Keadaan ini membuatkan Arfan sedikit rimas.
"Awak jangan la ikut saya!" marah Arfan sambil berpusing ke belakang.
Aryana turut berhenti melangkah, dia berundur beberapa tapak menjauh dari Arfan apabila menyedari mata Arfan mencerlung tajam. Dipandang Arfan yang bercekak pinggang memerhati dirinya. Muka selamba ditayangkannya.
"I risau takut-takut you hilang nanti. Mana tahu ada orang nak culik you ke. Kalau you pengsan lagi macam mana?" Aryana tergelak di hujung katanya. Teringat kejadian tadi memang membuatkannya mahu ketawa. Sudahlah suaminya itu rebah betul-betul di ribanya.
Arfan menjeling mendengar jawapan Aryana. "Seronok awak gelakkan saya. Kita tengok nanti awak mampu gelakkan saya ke tidak malam ni," ugut Arfan apabila idea itu tiba-tiba terlintas di mindanya.
"Eleh, berani ke? Ntah-ntah awak pengsan dulu. Macam tadi..." Aryana menyambung gelaknya.
Arfan mengetap bibir. Buat masa sekarang dia hanya mampu membiarkan Aryana mengenakannya. Ada ubi ada batas, ada hari dia pula yang balas. Wait and see, Aryana!
"Saya nak naik bilik." Arfan terus mengatur langkah ke tingkat atas. Malas mahu berlama-lama di situ. Asyik dia aje yang menjadi bahan gurauan Aryana. Bila tiba gilirannya nanti, baru Aryana tahu langit tu tinggi ke rendah.
Aryana tarik senyum. Layanan dingin yang Arfan berikannya pada hari ini akan digantikan dengan layanan penuh perhatian. Dia menanam tekad yang tinggi dalam hatinya. The times will come. Cuma dia perlukan kesabaran yang banyak.
Kakinya diatur ke khemah yang terpasang di luar rumah. Mahu menjamah nasi minyak bersama ayam pedas kegemarannya. Tetamu kebanyakannya sudah beransur pulang, yang tinggal hanyalah beberapa orang sanak saudara mereka yang datang dari jauh.
"Tahniah Aryana."
Aryana yang baru menyuap nasi ke mulut segera mendongak. Terpempan dia apabila wajah Iman menyapa kornea matanya.
"You buat apa dekat sini?" soal Aryana jelas terkejut dengan kehadiran Iman.
"I hanya datang untuk ucapkan tahniah dekat you. Tak ada niat nak rosakkan majlis you. Semoga you bahagia dengan pilihan hati you. I selalu doakan yang terbaik untuk you," tutur Iman ikhlas. Matanya cuba dilarikan dari terus menatap wajah yang kini telah menjadi milik orang lain. Bukan haknya lagi untuk terus mengejar hati gadis itu. Walaupun jauh di dasar hatinya, masih tegar cintanya untuk Aryana. Pesan ibunya dahulu masih dia ingat.
'Cinta yang sebenar ialah apabila kita rela berkorban demi melihat orang yang kita cinta itu bahagia. Dan sayang yang sebenar adalah dengan cara kita ikhlas mendoakan orang tersebut. Andai suatu hari nanti, Iman berdepan dengan situasi begitu, jangan bersedih. Allah itu maha adil. Ibu yakin, Allah akan pertemukan jodoh untuk anak ibu dengan orang yang baik-baik. Iman anak ibu yang paling baik.'
Aryana merenung seketika wajah redup Iman. Sekilas ikan di air, dia dapat membaca yang wajah itu penuh kedukaan tika ini. Keluhan dilepaskannya.
"I minta maaf. Mungkin Abang Adam dah sampaikan maaf I untuk you. Tapi I rasa I perlu ucapkan sendiri. Maaf atas segala layanan buruk I pada you dulu. Harap you tak simpan dalam hati. I sedar yang I tak patut layan you macam tu. Kata-kata kasar I mungkin melukakan hati you, kelakuan I pada you juga menunjukkan segalanya. Tapi, percayalah! I tak pernah membenci diri you. I cuma tak nak bagi harapan palsu dekat you. I harap you faham." Aryana meluahkan segala yang terpendam di hatinya. Ayat itu sudah lama dia susun dan menanti untuk diluahkan sahaja. Lega hatinya apabila ayat itu berjaya diluahkannya.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...