30

91 13 6
                                    

Khalis meletakkan sebungkus nasi di meja kecil di sisi katil. Aryana dilihatnya sedang duduk memeluk lutut di ceruk katil. Ikatan pada kaki dan tangan Aryana sudah dilepaskannya.

"Makan la. I belikan nasi tomato untuk you," ujar Khalis, menyuruh Aryana menjamah nasi yang dibelinya.

Aryana membatu. Sedikit pun tidak dikerling wajah Khalis. Hatinya masih berbekas rasa sakit dan takut. Teringat wajah Khalis yang mendekat semalam betul-betul membuatkan bulu romanya berdiri tegak.

"I takde letak racun pun dalam tu," beritahu Khalis kemudian apabila Aryana tidak memberikan sebarang reaksi.

"Kenapa peduli tentang I sedangkan you langsung tak ambil peduli yang I ni masih berstatus isteri orang?" soal Aryana melepas geram.

"I tak nak you mati kebuluran."

"You peduli apa. Kalau I mati sekalipun, buat apa you kisah?"

"Sebab I masih sayangkan you."

"Dah la, Khalis. Move on. I tak boleh cintakan you. You kena terima kenyataan yang cinta tak boleh dipaksa. Hati I tak akan pernah berubah. Walaupun suatu hari nanti ditakdirkan salah seorang antara kami bertemu maut, hati I tetap sama. Cinta I pada Hakim tiada galang gantinya," tegas Aryana. Suaranya juga sudah mengendur, tidak tegang seperti tadi.

"Stop it, Aryana! I tak mahu dengar kisah cinta you dan Hakim." Khalis menutup telinga. Panas telinganya mendengar kata-kata Aryana tadi.

"Khalis... apa yang I nampak pada you, I tahu you seorang yang baik," ujar Aryana tiba-tiba.

Khalis berpaling mendengar bait-bait ayat yang baru disebut Aryana tadi. Dia nampak Aryana tenang memandang wajahnya.

"Apa maksud you?"

"Kalau you jahat, I yakin you takkan bawa I ke hotel. Paling tak pun you kurung I dekat gudang-gudang lama macam dalam drama-drama Melayu tu. Dan kalau you jahat, I tak yakin I boleh duduk macam sekarang ni," tutur Aryana ikhlas.

"You tak takut dengan I?"

"Tipu kalau I cakap I tak takut. Perempuan mana aje yang berani tinggal sebilik dengan lelaki yang bukan suaminya. Tapi, bila I fikir balik I dapat rasakan yang you ni baik."

"I tak sangka Aryana Qistina yang anti kelaki dulu boleh bercakap macam ni dengan I."

"Khalis... lupakan apa yang berlaku dulu, eh?" pinta Aryana. Dia amat berharap yang Khalis faham.

"Makan lah nasi tu," ujar Khalis setelah agak lama dia mendiamkan diri. Permintaan Aryana dibiarkan tidak berjawab.

"Khalis..."

"Diam, Aryana. I ada hal kejap lagi. Kalau ada apa-apa telefon I. Jangan lupa isi perut you." Khalis berpesan sebelum pintu bilik tertutup rapat.

Aryana termangu-mangu di situ. Pintu bilik yang sudah lama tertutup rapat dipandang lama berserta dengan keluhan berat. Nasi tomato yang masih elok terbungkus di meja dikerling sekilas. Semenjak dua menjak ni, kerap betul dia jumpa nasi tomato. Rasa dah muak asyik makan nasi tomato aje. Muka dia ni ada rupa tomato ke?

Hendak tak hendak, dia menarik juga bungkusan nasi tomato itu lalu duduk bersila di sisi katil. Muak tak muak, nasi harus dijamahnya juga demi kandungan yang sedang membesar di dalam rahimnya.

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now