"Sayang, nanti lepas kita pergi majlis hari lahir Dayyan... nak tak kita pergi taman tema?" cadang Arfan sewaktu mereka berdua dalam perjalanan ke pejabat. Mereka akan melawat tapak projek hari ini. Jadi, seperti biasa dia akan menawarkan untuk pergi bersama dengan Aryana.
"Nak buat apa pergi sana?"
"Saje, nak buang masa dengan sayang," jawab Arfan seraya mengenyitkan mata sekilas sebelum matanya kembali fokus terhadap pemanduannya.
"Laa, honeymoon hari tu belum puas buang masa lagi eh?" soal Aryana sengaja mahu mengusik.
"Sayang... dah lupa la tu. Sayang sendiri kan yang cakap bila abang sembuh, abang kena dating dengan sayang hari-hari."
"Oh, ya tak ya jugak kan. Waa, tak sabarnya nak dating!" ujar Aryana senang hati. Dia sendiri lupa dengan permintaannya dulu.
"Tapi kan abang..."
"Ya, kenapa?" soal Arfan setelah melihat Aryana yang sepertinya teragak-agak mahu memberitahunya sesuatu.
"Hari tu cherry tengok Detective Conan, diorang pergi taman tema jugak. Abang nak tau apa jadi? Shinichi tinggalkan Ran dekat situ sebab nak siasat something about black organisation, and then he didn't return because he became small."
"Ya Allah, sayang... berapa umur sayang sekarang ni?"
"25," jawab Aryana polos. Matanya hanya menangkap Arfan yang sedang galak mengetawakannya.
"Sayang jangan risau. Kita pergi sana nak main aje. Abang pun tak nak jadi detective siasat-siasat benda macam tu. Bahaya! Baik abang fikir cara-cara nak kekalkan kebahagiaan rumah tangga kita." Dahi Aryana dijentik perlahan. Apalagi mengaduh kesakitan la isterinya dibuatnya.
"Cherry bagi contoh aje yang detective conan tu. Tak nak la jadi macam tu betul-betul." Aryana tarik muncung. Pipinya turut dikembungkan.
"Cherry... jangan buat macam tu please. Abang takut kereta yang abang pandu sekarang ni terbabas nanti," tegur Arfan seraya cuba menarik pipi Aryana.
"Yelah-yelah. Tak buat dah. Abang bawa kereta elok-elok. Jangan pandang sini."
Arfan ketawa mendengar pesanan Aryana. Bersama Aryana, dia tidak kekok menunjukkan pelbagai reaksi yang selama ini disembunyikannya. Malah, makin hari dia makin memahami siapa sebenarnya Aryana Qistina. Matanya sempat dilirikkan ke sebelah seketika, tersenyum-senyum dia apabila melihat yang isterinya itu sudah mula bermain game candy crush saga tanpa mempedulikan dirinya. Satu lagi sikap Aryana yang dia suka. Dia betul-betul tidak dapat menjelaskan bagaimana perasaannya terhadap Aryana secara jelas kerana terlalu banyak tentang diri Aryana yang membuatkan dirinya sering lalai diulit rasa cinta. Tanpa dipinta cinta datang merisik hatinya, semakin hari semakin menggunung. Penuh terasa ruang hatinya terisi cinta untuk Aryana.
***
"Selamat hari lahir, Dayyan!" Aryana memeluk anak kecil itu seraya mencium kedua-dua belah pipi Dayyan. Manakala, Arfan hanya kaku berdiri di belakang Aryana. Tidak mahu merosakkan suasana.
Why Dayyan? Why don't you like Papa Kim? keluh Arfan di dalam hati cuma.
"Erm... Papa Kim ada benda nak bagi dekat Dayyan. Salam Papa Kim dulu sayang," tegur Aryana setelah dia melihat Dayyan hanya memandang Arfan.
Dayyan menurut. Tangan Arfan dicapainya sebelum dicium seketika. Apalagi, Arfan duduk melutut di hadapan Dayyan sambil menyerahkan sebuah kotak sederhana besar kepada Dayyan. Dayyan menyambutnya dengan senang hati.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...