7

137 16 8
                                    

Aryana menguis hujung permaidani dengan ibu jari kakinya. Adam yang sedang memeluk tubuh di hadapannya dipandang separuh berani.

"Aryn ni kenapa?"

"Kenapa apa?" soalnya takut-takut.

"Aryn tahu tak, tak elok pergi rumah lelaki? Sorang-sorang pulak tu. Kenapa Aryn jadi berani macam ni?" Adam bertanya sedikit tegas.

Aryana diam tidak berkutik. Dia akui, salahnya sendiri.

"Kalau umi dan abah tahu Aryn dah pandai pergi rumah lelaki, angah tak tahu macam mana reaksi abah nanti. Silap-silap parang yang dah lama tak guna dalam stor tu pulak abah cari."

Aryana terus angkat wajah. Tak nak! Tak nak kena baling parang dengan abah nanti.

"Angah..." Hampir menangis dia apabila memikirkan segala kemungkinan itu.

"Ha, pandailah cari angah. Tahu pulak takut." Adam masih dengan muka dinginnya. Sebenarnya dia hanya mahu mengusik Aryana.

"Angah... tolong la Aryn. Jangan bagitahu abah. Aryn masih belum kahwin lagi," rayunya sambil menarik-narik tangan Adam. Berharap benar Adam tidak melaporkan kepada ibu bapa mereka.

"Then kahwin la. Kalau selalu berjumpa macam tu makin tambah dosa pulak nanti."

Aryana mendongak. Kahwin? Masalahnya nak ke Arfan kahwin dengan dia? Layan pun nak tak nak aje.

"K-kahwin?"

"Yelah. Dah jom ikut angah. Cakap dekat umi dan abah Aryn nak kahwin." Adam sudah menarik tangan Aryana. Berkira-kira mahu ke ruang tamu.

Aryana mengeraskan dirinya. Dia menggeleng laju.

Adam berpusing ke belakang menghadap adiknya. "Kenapa tak nak? Angah tak suka tau adik angah buat perangai tak senonoh macam ni."

"Angah... Aryn tahu Aryn salah. Tapi, untuk kahwin tu tak terlalu cepat ke? Aryn baru kenal dengan Hakim 2 bulan. Hati budi pun belum kenal lagi. Macam mana nak hidup sekali."

"Alaa, apa salahnya bercinta lepas kahwin. Dapat juga pahala. Ni tak, bercinta bagai nak rak, pastu tiba-tiba dapat tahu rupanya kita tolong jaga jodoh orang rupanya."

"Eleh cakap orang. Dah tu kenapa angah sampai sekarang belum kahwin-kahwin lagi?" Aryana memerli.

"Jodoh angah belum sampai. Lagipun, angah malas nak fikir pasal kahwin ni. Dapat tengok Aryn bahagia pun dah cukup bagi angah."

"Dah sekarang jom ikut angah. Angah rasa seeloknya Aryn bincang dengan umi dan abah dulu pasal ni."

Aryana diam memikirkan kata-kata Adam. Ada betulnya juga cadangan abangnya itu. Nafas ditarik perlahan. Dia bangkit dari duduk.

"Nanti angah backup Aryn, eh?"

Adam angguk sambil tersenyum. Kalau pasal kebahagian adiknya, dia akan menolong sebanyak mana yang dia mampu. Cuma tentang Iman, dia tidak dapat menolong sahabatnya itu. Soal hati dan perasaan bukan holeh dipaksa sesuka hati.

Mereka berdua tiba di ruang tamu. Kelihatan Puan Nafsah dan Encik Razuan sedang bersantai di situ. Aryana menyiku lengan Adam yang berdiri di sebelahnya.

"Ape?" bisik Adam sambil menggosok lengannya.

Aryana memberikan isyarat mata. Meminta Adam untuk memulakan bicara. Namun, Adam buat-buat tidak faham. Dia melangkah ke arah sofa lalu melabuhkan duduk di situ. Aryana ketap bibir. Dia segera duduk di sebelah Adam. Cuba mencari kekuatan barangkali.

"Umi..." panggilnya perlahan.

Puan Nafsah yang sedang menyelak majalah Keluarga mendongak memandang anak perempuannya. Majalah tadi diletakkan di ribanya. Mahu menumpukan perhatian kepada Aryana.

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now