26

115 16 17
                                    

Arfina memeluk kakak iparnya dengan erat tanpa menghiraukan suasana sekelilingnya. Tiada yang dapat mengekspresikan rasa bahagianya selain dapat berjumpa dengan kakak ipar yang sudah lama dia nanti-nantikan.

Aryana membalas pelukan Arfina. Matanya sempat melirik ke arah Arfan yang sedang memuncungkan mulut sambil memberikan bahasa isyarat kepadanya. Aryana sengih sahaja, bahunya turut diangkat sedikit.

"Fina... bagilah Kak Aryn dekat abang pulak. Dari tadi lagi Fina asyik rampas Kak Aryn tu dari abang. Fina pergilah jalan-jalan dengan Abang Akif ke Abang Aqmal ke dekat pantai tu," suara Arfan tidak puas hati. Mana tidaknya, sejak balik tadi, Arfina terus 'menerjah' isterinya sampailah sekarang.

"Abang dah selalu dengan Kak Aryn. Bagilah Fina pinjam kejap."

"Entah Kim ni. Bagilah Fina pinjam Aryn kejap. Tak lari kemana pun Aryn tu," sampuk Aqmal dengan senyuman meleret. Wajah Arfan diperhatinya lagi. Macam tu rupanya muka orang cemburu.

"Awak main dengan Abang Akif ek? Saya ikut Fina kejap." Aryana sempat ketawa kecil melihat muka masam Arfan. Dia terus melangkah ke arah Arfina yang sudah melaung namanya. Katanya mahu ditunjukkan suatu tempat rahsia kepadanya.

Arfan toleh memerhati Aqmal dan Akif yang sedang sakan mengetawakannya.

"Kenapa abang ketawa?" marah Arfan kepada kedua-dua lelaki itu. Sakit juga hatinya apabila diketawakan sebegitu rupa.

"Tak tau..." jawab Akif yang masih terus-menerus menyambung tawanya.

Arfan mencebik. Dia perasan sesuatu.

"Aik. Mana mama dan walid?" soalnya setelah menyedari kelibat walid dan mama tirinya tiada di situ.

"Haa... itulah. Seronok sangat bercinta sampaikan lupa dekat mama ngan walid," perli Aqmal setelah tawanya reda.

"Walid ngan mama keluar dating."

Jawapan Akif membuatkan Arfan mengangkat kening. Mak aih, dah maju eh walid sekarang. Siap pergi dating lagi.

"Kim pun nak dating jugak dengan Aryana."

"Tak payah, duduk aje dekat sini dengan kami. Sebelum kitorang datang tadi kan dah dating."

Arfan mengeluh. Tujuan dia datang sini rasanya sebab ingin menjayakan honeymoon 'berdua' dengan Aryana. Alih-alih terpaksa berhoneymoon dengan abang-abangnya pula.

"Bila Abang Kif dan Abang Mal nak balik?"

"Amboi, halau eh?"

"Haah, tengah halau ni. Pintu depan ada sebelah sana," selamba sahaja Arfan menunjuk ke arah pintu utama.

"Kami balik bila Fina nak balik. Well, we have a little princess now. So, kami tunggu arahan dari princess aje," ujar Akif dan disokong oleh Aqmal.

Arfan tarik nafas panjang sebelum dihelanya perlahan. Nasib badan.

***

Satu ciuman yang hinggap di pipinya membuatkan Aryana pantas berpaling ke sisi. Arfan sedang tayang gigi sambil melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Awak dari mana? Saya balik tadi tengok semua orang takde," soal Aryana sambil matanya memfokuskan kepada Arfan.

"Abang Kif paksa saya pergi naik banana boat tadi," jawab Arfan seraya melepaskan nafas kelelahan. Dengan selamba, dia merebahkan kepalanya di paha Aryana.

Aryana ketawa kecil. Patutlah nampak letih sahaja wajah Arfan tika itu. Rambut Arfan dipintal-pintalnya. Dia sangat menyukai rambut Arfan.

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now