13

147 19 5
                                    

"Nah, awak tolong pakaikan pampers Dayyan. Saya nak tukar baju kejap, habis basah kena simbah tadi." Aryana bersuara seraya menunjuk bajunya yang sudah separuh basah.

Arfan sekadar mengangguk. Dia segera mendekati katil yang menempatkan Dayyan.

"Boleh saya lalu?" soal Aryana meminta izin untuk melalui bahagian Arfan. Arfan cepat-cepat mengangguk sebelum pandangannya dialihkan kepada Dayyan yang sedang menggigit jari.

"Dayyan, meh sini Papa Kim pakaikan pampers."

"Tanak!" Dayyan melarikan diri dari Arfan. Tidak mahu pampers dipakaikan Arfan barangkali.

"Dayyan, cepatlah. Kita dah lewat ni, sayang." Arfan memujuk lagi seraya cuba menangkap Dayyan. Anak kecil itu siap menjelirkan lidah lagi kepadanya. Memang Dayyan sedikit nakal. Tak syak lagi. Ikut perangai Zarith lah kalau nakal macam ni. Jam dinding dikerlingnya sekilas. Sepatutnya mereka sudah bertolak tika ini.

"Dayyan..." Arfan memanggil Dayyan buat kali ketiga. Mati akal dia memikirkan cara untuk memujuk Dayyan memakai pampers.

Telefon pintarnya berbunyi. Arfan menyeluk saku seluarnya, telefon dicapai lalu terus dilihat nama pemanggil. Dia menjawab panggilan tersebut.

"Waalaikumsalam. Ye, Abang Akif. Kenapa?"

"Kim dekat mana? Mak Ngah Ila duk sibuk tanya pasal Kim ni. Dia tak sabar nak tengok Aryana katanya sebab dia tak sempat datang hari perkahwinan Kim hari tu." Suara Akif di talian sebelah kedengaran tercungap-cungap.

"Ha? Err, Kim dekat traffic light ni. Jalan tiba-tiba jammed teruk. Dalam setengah jam lagi Kim sampai. Err, Kim tengah sibuk ni. Cakap dekat Mak Ngah Ila sabar itu separuh daripada iman. Bye." Cepat-cepat dia mematikan panggilan sebelum Akif bertanya macam-macam. Jenuh dia hendak menjawab nanti.

Arfan bercekak pinggang memandang Dayyan yang seronok mengetawakannya. Macam mana nak pujuk Dayyan ni? Detik hati kecilnya sedikit resah.

"Dayyan... sinilah. Jangan buat Papa Kim macam ni," pujuknya lagi. Namun nihil, Dayyan masih seronok melarikan dirinya.

"Eh, kenapa ni?" soal Aryana yang baru sahaja keluar dari bilik air.

"Dayyan tak nak pakai pampers..." keluh Arfan sambil menunjuk ke arah Dayyan yang masih sedang menyorokkan diri di belakang Aryana.

Aryana ketawa melihat muka masam Arfan. Dia berpusing lalu duduk setara dengan Dayyan. Kedua-dua belah pipi Dayyan ditekupnya sebelum dia menoleh ke arah Arfan.

"Awak tengok saya pujuk budak macam mana," ujar Aryana sedikit bangga sambil mengangkat-angkat keningnya.

Arfan menyilangkan tangan di dada. We'll see. Dia menggerakkan bibir perlahan supaya Aryana dapat menangkap kata-katanya.

"Dayyan... Dayyan nak naik kereta tak?" tanya Aryana pada Dayyan yang sedang bermain mainan yang dibawanya. Anak kecil itu terus mendongak memandang Aryana dengan wajah yang berseri. Terangguk-angguk Dayyan sambil membuang mainannya lalu dia merapat ke arah Aryana.

"Kalau Dayyan nak naik kereta... kena pakai pampers and tukar baju dulu. Ye sayang?" pujuk Aryana sambil mengelus lembut rambut hitam Dayyan.

"Kite nak gi ane?" Dayyan bersuara polos. Comel sungguh!

"Kita nak pergi jalan-jalan, yeay," beritahu Aryana dengan nada ceria. Tangannya turut diangkat ke udara.

"Ayyan nak pakai ngan Mama Ayin. Tanak pakai ngan Papa Kim."

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now