36

85 8 10
                                    

"Encik Idzham tak ada bagitahu kau apa-apa ke pasal majlis pembukaan resort baru tu?" Zarith bertanya sesudah mereka dalam perjalanan pulang ke pejabat. Waktu rehat mereka sudah hampir tamat.

"Encik Idzham bagitahu tarikh aje. Kenapa kau tanya?"

"Takdelah, saja tanya. Cari topik nak berborak dengan kau. Dah lama tak berborak dengan kau sejak kau dah bahagia sekarang ni," jawab Zarith selamba. Tangan santai dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Arfan buat muka poker. Pelik-pelik aje Zarith ni.

"Zarith Kashfee!"

Zarith tersentak apabila namanya dipanggil kuat. Arfan juga begitu. Mereka berdua saling berpandangan kemudian masing-masing mencari-cari gerangan si pemanggil. Sedang tercari-cari, seorang perempuan sudah tiba di hadapan mereka berdua. Sekali lagi, Zarith dan Arfan sama-sama berpandangan kehairanan.

"Ya, cik? Cik panggil saya ke?" soal Zarith kepada perempuan yang berdiri tepat di hadapannya.

"Ya, susah payah saya cari awak. Nasib baik jumpa dekat sini," keluh perempuan itu. Matanya tidak dilarikan daripada menatap wajah lelaki yang dicarinya.

"Cik ada urusan apa dengan saya?" Zarith menyoal lagi. Seingatnya dia tidak berjanji temu dengan sesiapa, apatah lagi dengan perempuan ini.

"Awaklah urusan saya. Kahwin dengan saya." Tenang dan cukup jelas ayat itu melantun keluar dari bibir mulut perempuan itu.

Zarith ternganga. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja dirinya dilamar dibawah panas terik matahari. Dah la tepi jalan pulak tu!

"Dejavu."

Itu patah perkataan yang terkeluar dari mulut Arfan. Dia mengerling sekilas perempuan yang berdiri di hadapan Zarith. Terkenang pula dirinya dilamar Aryana suatu waktu dahulu. Cuma yang berbeza adalah sekurang-kurangnya Aryana tak segila ini sewaktu melamarnya.

"Maaf ya, Cik...?"

"Khayla Falisha," jawab Khayla laju.

"Cik Khayla Falisha, rasanya awak dah salah orang ni. Saya takde buat blind date dengan mana-mana perempuan pun."

"Tak, saya cari awak. Umi awak cakap awak kerja dekat sini."

"Cik Khayla, macam mana awak boleh kenal umi saya?" soal Zarith apabila uminya tiba-tiba termasuk dalam topik perbualan mereka.

Khayla mengeluarkan sekeping foto lalu dihulurkan kepada Zarith. Dengan penuh tanda tanya, Zarith terus mencapai foto di tangan Khayla. Bulat matanya melihat gambar dirinya sendiri.

"Kenapa gambar saya ada dengan awak? Awak stalk saya ke?"

"Umi awak bagi. Kitakan masih dalam proses kenal-kenal lagi. Kalau saya tak tahu macam mana rupa bakal suami saya, macam mana kita nak hidup satu bumbung nani."

"Siapa cakap saya nak kahwin dengan awak?"

"Awak sendiri yang cakap."

"Bila pulak saya bagitahu awak?"

"Awak sendiri yang suruh umi awak carikan calon. Awak yang kemaruk sangat nak kahwin."

Zarith mengepal tangannya. Khayla di hadapannya ditatap tajam. Amboi, mulut minah ni. Kurang asam betul.

Sementara Arfan hanya diam sebagai pemerhati. Sedikit sebanyak dia turut mengambil peluang menikmati drama percuma di hadapan matanya. Tidak perlu tiket, tidak perlu beratur panjang, dapat jadi penonton VVVIP pula tu.

"Dah tu awak buat apa dekat sini. Kalau setakat datang nak ajak gaduh, baik pergi balik rumah. Saya tengah kerja sekarang ni."

"Saya dah cakap tadi saya datang sini ada urusan. Kenapa awak nak halau saya?" Khayla berpeluk tubuh. Pandangan Zarith tetap dibalasnya tanpa rasa gentar.

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now