20

144 15 15
                                    

"Tahniah, Puan Aryana. Puan mengandung dua minggu," ceria suara doktor perempuan itu memberitahu.

Aryana terkebil-kebil memandang doktor itu. Perlahan-lahan bibirnya tersenyum.

"Betul ke doktor?" tanyanya meminta kepastian. Melihat anggukan daripada doktor membuatkan bibir Aryana makin melebar. Perut yang masih kempis disentuhnya. Ada nyawa baru yang sedang bernafas di dalam rahimnya.

"Suami Puan tak datang ke?" soal doktor itu lagi.

"Suami saya kerja. Saya pun datang sini waktu rehat pejabat. Tak sempat nak bagitahu dia," ujar Aryana yang teruja. Bolehlah dia memberi kejutan kepada Arfan sewaktu hari lahirnya bulan depan.

"Oh, kiranya Puan nak bagi surprised  la ni."

"Maybe..." jawab Aryana malu-malu.

"Oh ya, sebelum saya terlupa. Kandungan Puan masih baru, jadi saya harap Puan tidak melakukan sebarang pekerjaan berat dan yang mendatangkan stress," nasihat doktor itu sebelum Aryana dibenarkan pulang.

Sepanjang perjalanannya ke kereta, bibirnya masih tidak berhenti tersenyum. Dia hanya perlu merahsiakan berita ini sehingga bulan depan. Bermakna sepuluh hari dari sekarang. Wahhh, tidak sabar rasanya. Kalau boleh sekarang jugak dia nak pergi pejabat Arfan, mahu memberitahu berita gembira ini.

Aryana memboloskan diri ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Bunyi deringan telefon sedikit menyentakkannya. Beg tangan segera dicapai dan digeledah mencari telefonnya. Makin melebar senyumnya melihat paparan nama pada skrin.

"Waalaikumsalam, ye awak. Awak dah makan?" sapa Aryana ceria.

"Belum. Saya tak selera makan, sebab awak takde," jawab Arfan bersama suara lemah di hujung talian.

"Laa, mengadanya awak ni. Awak nak saya pergi sana ke? Nanti saya bagitahu Tuan Haq."

"Eh, jangan sayang. Nanti Tuan Haq call saya. Letih saya nak dengar kuliah sesi 2 petang dia."

Aryana ketawa mendengar jawapan suaminya. Agak-agak macam mana reaksi Arfan kalau mengetahui bahawa dia bakal menjadi seorang ayah?

"Okeylah awak. Saya nak drive ni. Jumpa dekat rumah eh?"

"Okey. Hati-hati sayang." Sempat Arfan berpesan sebelum menamatkan panggilan.

***

"Awak... awak belum makan lagi ek?" soal Aryana setelah Arfan keluar dari bilik mandi. Matanya sempat mengerling jam dinding. Waktu sekarang sudah masuk pukul 8:30 malam. 

"Mana awak tahu?"

"Zarith called awak tadi. Saya angkat, pastu dia cakap awak tak makan lagi dari tadi," beritahu Aryana sambil mengelap rambut Arfan yang masih basah. Kemudian, dia menyikat pula rambut itu agar kelihatan lebih rapi.

"Hmm, saya dah makan tadi."

"Awak makan apa?"

"Makan hati."

Aryana menjongket kening. Haih, ni dah kenapa pulak? Mesti ada yang tak kena ni.

"Laa, kenapa makan hati aje. Mana kenyang macam tu." Aryana berpura-pura tidak memahami maksud yang cuba disampaikan Arfan.

"Sebab awak tak makan sekali dengan saya."

"Wah, suami saya dah makin mengada sekarang. Parah jugak eh penyakit angau awak ni," ujar Aryana seraya mencubit sedikit pipi Arfan. Tangannya kemudian ditepis Arfan lembut.

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now