"Boleh I duduk sini?"
Aryana yang terkejut segera menegakkan duduknya. Dia memandang lelaki yang sedang tersenyum manis di depannya. Soalan itu hanya dibalas dengan anggukan malas.
"You memang tak ada kerja lain eh?" soal Aryana setelah Iman melabuhkan duduk di hadapannya .
Iman tergelak. Soalan Aryana kedengaran agak pedas pada pendengarannya.
"Salah ke I datang sini? Adam kawan I."
Aryana mengeluh. "Tak salah. Cuma I pelik. You selalu ada masa datang rumah I just untuk jumpa abang I. You tak ada rumah ke?" Pedas sindiran yang Aryana lemparkan untuk Iman.
"Apa salah I pada you sampaikan you bencikan I macam tu sekali?" soal Iman sambil mencari anak mata Aryana.
Aryana kelu. Tiada kata yang terkeluar dari mulutnya untuk menjawab pertanyaan Iman. Persoalan itu hanya dibiarkan berlalu tanpa jawapan.
"Kenapa you masih nak bercakap dengan I walaupun I selalu cuba untuk tak bercakap dengan you?"
"Perlu ke sebab untuk I bercakap you? Atau I perlu buat appointment dulu sebelum bercakap dengan you?" sindir Iman namun masih dengan nada perlahan.
Aryana masih membatukan diri. Masih tiada jawapan bagi menjawab soalan Iman. Kenapa hatinya begitu keras apabila berdepan dengan lelaki selain Arfan?
Hati lelakinya merintih. Iman cuma mampu tersenyum tawar melihat Aryana yang mula bangkit untuk berlalu. Tidak disangka cinta rahsianya selama bertahun-tahun ini akan mencipta luka yang sangat dalam di lubuk hatinya. Susuk tubuh Aryana hanya dihantar dengan ekor mata.
***
"Kenapa cakap macam tu dekat Iman?" bentak Adam setelah menyerbu bilik Aryana usai menghantar Iman pulang. Dia nampak dengan jelas, mata Iman berkaca dek kata-kata Aryana. Dia mendengar perbualan antara Iman dan Aryana tadi. Cuma, tidak sampai hati untuk memarahi Aryana di hadapan Iman. Aryana adiknya dan Iman pula sahabat karibnya. Dia betul-betul tersepit.
Aryana tersentak. Dia melihat wajah marah Adam. Belum pernah dia melihat wajah Adam segarang ini. Wajahnya segera ditundukkan.
"Aryn pernah fikir tak perasaan Iman?" Suara Adam kian mengendur. Wajah bersih adiknya ditenung. Dia betul-betul tidak bersetuju dengan cara adiknya melayan Iman. Kalau tak suka sekalipun, bukan begitu caranya.
"Aryn tak bermaksud..."
"Iman sukakan Aryn." Potong Adam sebelum Aryana menghabiskan ayatnya.
"Dia tak boleh sukakan Aryn," perlahan sahaja suara Aryana kedengaran.
"Kenapa? Kenapa tak boleh? Sanggup Aryn lukakan hati lelaki sebaik Iman. Kalau tak suka dia sekalipun, Aryn tak perlu layan dia macam tu. Aryn tahukan apa rasanya bila kita sukakan seseorang, tapi orang tu bagi layanan buruk dekat kita?"
Aryana membatu. Kebenaran kata-kata Adam perit untuk ditelan. "Aryn sukakan seseorang."
Adam pantas berpaling. Cuba mencari kebenaran di sebalik wajah tenang adiknya. "Siapa?"
"Suatu hari nanti Aryn akan bawa dia datang sini. Aryn minta maaf sebab layan kawan baik angah macam tu. Tolong sampaikan maaf Aryn untuk Iman, boleh?"
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...