27

106 14 11
                                    

"Hari tu apa?" Aryana memotong percakapan Arfan apabila melihat suaminya yang seolah sengaja main-main.

"Abang jumpa Pak Su Haq," beritahu Arfan lambat-lambat. Sengaja mahu bermain tarik tali dengan Aryana.

"Lepastu?"

"You know what, dear. Pak Su Haq bagitahu something pasal sayang."

"Apedia?" soal Aryana yang mula cuak. Nada suara Arfan yang sedikit dingin agak membimbangkannya.

"Dekat pejabat sayang acah-acah single, betul ke?" Tajam lirikan matanya memandang Aryana.

Gulp! Aryana telan liur berkali-kali. Alamak, dia betul-betul terlupa tentang ini. Dan dia lupa, sekarang dia ada spy dekat pejabat.

"M-mana ada." Sedikit tergagap dia cuba menyangkal. Namun, melihat Arfan tidak memberikan sebarang reaksi, dia tahu tiada guna dia menyangkal. Bak peribahasa, ibarat menegakkan benang yang basah. Sia-sia Aryana oii!

"Jangan tipu. Abang tahu. Semua Pak Su Haq bagitahu. Cincin nikah kita pun sayang tak pakai eh. Sampai hati..."

"Awak... eh, abang. Bukan macam tu..." Aryana kehilangan kata-kata.

"Kenapa sayang masih rahsiakan perkahwinan kita?"

"Saya tak ada niat pun nak rahsiakan perkahwinan kita sekarang. Saya rahsiakan dulu sebab saya fikirkan tentang gynophobia abang. Sebab dah terbiasa tanggalkan cincin sebelum ke pejabat, saya lupa sampailah sekarang. Saya minta maaf, saya betul-betul tak ingat pasal ni."

"It's okay, sayang. Abang tak marah pun. Tanya aje." Arfan menarik Aryana merapat ke pelukannya.

"Cara abang tanya tu macam nak cari gaduh pun ada. "

"Abang cuma risau ada yang mengorat sayang dekat pejabat aje. Lagipun, Pak Su Haq bagitahu abang yang sayang famous dekat pejabat. Sampaikan ada mamat delivery pun cuba-cuba ngorat sayang. Abang jealous lah. Nasib baik sayang tak layan. Kalau sayang layan, memang abang tak teragak-agak tanya alamat dia dekat Pak Su."

Aryana tahan senyum. Telinganya dilekapkan tepat di dada Arfan. Dapat dia dengar degupan jantung Arfan yang berdetak laju memainkan irama. Dia memejamkan mata seketika. Tenang, perasaan yang dirasainya kini.

"Oh ya. Zarith ada call tadi. Dia ajak kita pergi rumah kakak dia next week." Beritahu Arfan setelah teringat akan panggilan telefon Zarith sebentar tadi.

"Kenapa, bang?"

"Sambut birthday Dayyan." Sebaik sahaja dia menyebut nama Dayyan, keluhan kecil dilepaskannya.

"Kenapa abang mengeluh?"

"Hmm... abang teringatkan gari mainan Dayyan tu. Dah jadi arwah dia."

Aryana menekup mulutnya. Menahan tawa agar tidak didengari Arfan. Namun, ketawanya pecah akhirnya apabila melihat wajah Arfan yang makin cuak. Gaya macam nak kena masuk penjara aje nampak.

"Abang... takpe. Kita belikan mainan yang lagi mahal untuk Dayyan ye," pujuk Aryana seraya menggapai tangan Arfan.

"Mesti Dayyan makin tak suka dekat abang," keluh Arfan lagi.

"Kenapa ya, Dayyan macam tak suka abang? Abang buat apa dekat Dayyan?"

"Mana ada abang buat apa-apa. Marah pun tak pernah tau. Dah tu abang cuba senyum, dia siap jeling lagi dekat abang. Sayang rasa abang ada masa ke nak cari gaduh dengan Dayyan?"

"Alolo... kesiannya suami saya ni. Meh sini saya bagi ubat sikit." Tangannya mula melingkar memeluk Arfan. Belakang badan suaminya ditepuk-tepuk perlahan. Seketika kemudian pipi kanan dan kiri Arfan diciumnya sekilas.

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now