37

83 9 4
                                    

"SAYANG!!!" laung Arfan lantang. Cepat-cepat dia bangkit dari pembaringan. 

Astaghfirullahaladzim! ucapnya tidak henti-henti. Matanya tercari-cari keberadaan Aryana. Dadanya sejak tadi berombak kencang. Wajah Aryana memenuhi fikirannya. Apabila terpandang Aryana yang masih lena beradu di sebelahnya membuatkan keluhan lega dilepaskan.

Dia memusingkan badan lalu membongkokkan sedikit badannya. Tubuh Aryana didakapnya erat. Menggigil tangannya mengenangkan mimpinya seketika tadi. Membayangkan sahaja sudah cukup mengerikan apatah lagi melaluinya sendiri. Dia bersyukur apa yang dilaluinya sebentar tadi hanyalah mimpi.

"A-abang?" seru Aryana perlahan apabila sedar-sedar sahaja dia sudah berada dalam pelukan Arfan.

Arfan diam. Dia mendudukkan Aryana kemudian kembali memeluk isterinya lebih erat.

"Abang okey?" soal Aryana prihatin.

"I'm scared," bisik Arfan perlahan bersama suara yang sedikit serak. Suaranya juga hampir tidak kedengaran.

Aryana diam menunggu sambungan ayat yang bakal diucapkan Arfan. Tangan turut memainkan peranan, belakang badan Arfan ditepuk-tepuk perlahan. Berharap dengan cara itu suaminya dapat bertenang.

"Abang mimpi sayang kemalangan. Muka sayang penuh darah. Baby kita... baby kita tak dapat diselamatkan. Sayang dan baby tinggalkan abang sorang-sorang dekat sini," luah Arfan sayu. Pilu mencengkam hatinya. Sesungguhnya, dia tidak dapat membayangkan sekiranya isteri yang dipeluknya sekarang tidak lagi di sisinya nanti.

Aryana diam sejenak. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyum. Pelukan Arfan dilonggarkan dan dia menatap dalam mata milik Mr. Gynophobianya.

"Don't worry, abang. Cherry akan selalu ada di sisi abang. Tak kira susah ataupun senang, cherry takkan sesekali tinggalkan abang. Tak ada yang dapat pisahkan kita kecuali kematian. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti antara kita berdua, ada yang pergi dulu... kita sama-sama belajar untuk terima ketentuan Allah, ya abang?"

Lambat-lambat Arfan mengangguk. Rambut Aryana yang berjuntaian di dahi diselak ke tepi. Allahu akbar! Hatinya makin tenang, tidak segelisah tadi. Sebagai ketua keluarga dia seharusnya, tidak boleh nampak lemah. Jikalau tidak, bagaimana dia mahu memimpin keluarganya nanti. Sebuah senyuman ditarik perlahan.

"Thank you, my cherry..."

Satu kucupan singgah di dahi Aryana. Lama mereka berkeadaan begitu.

"Sayang... abang laparlah," rengek Arfan kemudian. Perutnya digosok-gosok menandakan dia sangat-sangat lapar. Exaggerate betul.

Aryana membuntangkan mata. Jam dinding dikerling sekilas, pukul 3 pagi. Biar betul Arfan ni!

"Masa-masa macam ni? Abang betul-betul lapar ke? Tak main-main?" soal Aryana bertalu-talu. Melihat anggukan bersungguh-sungguh suaminya, Aryana bingkas dari katil. Rambut yang lepas bebas disanggul kemas.

"Eh, sayang nak pergi mana?" soal Arfan yang melihat Aryana yang mahu beredar dari situ.

"Laa, tadi kata lapar kan? Cherry nak pergi masak la ni. Abang teringin nak makan apa?"

"Oh, ya tak ya jugak. Hmm, abang nak makan..." Arfan meletakkan tangan di dagu. Apa yang dia nak makan eh? "... makan maggi ajelah sayang." Sambungnya kemudian.

"Okey, abang tunggu sini kejap. Nanti dah siap, cherry panggil abang."

"Tak nak, nak ikut jugak." Arfan turut bangkit dan mendekati Aryana yang masih berdiri di hadapan pintu.

"Eii, manja." Aryana ketawa apabila tangannya dirangkul Arfan.

"Sayang, gelak-gelak jugak. Tangga dekat depan tu," pesan Arfan bimbang. Tangan Aryana dipimpin berhati-hati. Bimbang sangat dia.

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now