Arfan merenung laptop dihadapannya. Suasana hatinya tidak begitu menyenangkan hari ini. Semuanya gara-gara perempuan aneh yang ditemuinya di kedai buku tempoh hari. Pagi tadi, dia dikejutkan dengan panggilan telefon daripada nombor yang tak dikenali. Bila dijawab, ternyata perempuan aneh itu. Arfan resah, kacau bilau jiwanya mengenangkan perempuan itu. Dari mana perempuan itu dapat nombor dia?
Sedang dia asyik termenung di situ, muncul wajah Zarith di sebalik pintu.
"Boleh tak lain kali kalau nak masuk tu ketuk dulu?" Marah Arfan yang terkejut.
"Ya Allah, Kim. Aku dah ketuk banyak kali dah. Dah nak roboh pun pintu kau tu." Balas Zarith bersama jelingan. Geram apabila dimarah tak bertempat begitu.
Zarith melangkah masuk ke dalam bilik Arfan lalu duduk di hadapan lelaki itu.
"Aku tak dengar pun," ujarnya perlahan.
"Mana nak dengarnya kalau kau ni asyik termenung aje. Dari pagi lagi. Dalam meeting tadi pun aku tengok kau tak fokus sangat. Kau ada masalah ke?" Tanya Zarith prihatin. Dia kenal Arfan dah lama, masakan dia tidak tau ada yang mengganggu fikiran sahabatnya itu.
Arfan mengeluh. Masih memikirkan sama ada mahu bercerita ataupun tidak tentang masalahnya itu.
"Aku kena ganggu."
"Hantu mana yang berani kacau kau?" Zarith tiba-tiba berdiri sambil sambil menepuk sedikit meja kerja Arfan.
Arfan menarik Zarith duduk. Kepala Zarith dilukunya kuat. "Eii, bukanlah. Bukan hantu, ada yang lagi menyeramkan."
"Apedia?"
"Perempuan." Jawapan sepatah daripada Arfan itu menarik perhatian Zarith. Niatnya hendak bergurau tadi disimpan kerana ternyata masalah Arfan kali ini paling menarik yang dia pernah dengar.
"Perempuan mana yang kacau kau? Aku nak bagi penghargaan ni. Alang-alang boleh suruh dia curi hati kau sekali."
"Jangan main-main boleh tak?" Geram!
"Aku serius lah. Cuba cerita elok-elok, perempuan mana yang ganggu kau? Aku nak jumpa dia."
"Buat ape kau nak jumpa dia?"
Zarith senyum penuh makna. "Adalah."
"Aku dapat rasa aura tak baik kau." Arfan ragu-ragu melihat air muka Zarith yang sukar dibaca. Macam salah orang aje dia nak cerita ni.
"Bagitau cepat, sebelum aku tahu sendiri. Kalau aku jumpa dia, bukan setakat perangai kau, dengan cerita nakal masa kecik kau pun aku cerita sekali tau." Ugut Zarith apabila Arfan tidak mahu berkongsi cerita dengannya.
Arfan mengeluh. Kalau dah degil namanya, tetap degil jugak la kan?
"Perempuan yang aku jumpa dekat kedai buku hari tu. Darimana dia dapat nombor aku, aku tak tau. Dia call aku pagi tadi." Arfan meluahkan rasa hatinya. Dia takut.
Zarith menghulurkan tangannya. Arfan yang melihat berkerut keningnya.
"Pedia?"
"Meh fon kau. Aku nak call dia."
Arfan membulatkan matanya. Zarith dah gila!
"Kau gila ke?! Nanti kalau dia salah faham macam mana?""Bagilah sini. Kalau kau tak buat macam tu sampai bila-bila pun dia akan ganggu kau." Zarith kelihatan serius dengan tutur katanya yang ini.
Arfan mengeluh sebelum menyerahkan telefonnya kepada Zarith. Namun begitu, dia masih ragu-ragu dengan tindakan Zarith. Nanti kalau perempuan itu masih mengganggunya macam mana?
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...