18

158 18 13
                                    

"Awak tengok apa tu?" soal Aryana sambil melabuhkan duduk di sebelah Arfan. Suaminya itu dilihatnya fokus pada siaran yang ditayangkan di televisyen.

"Tengok benda segi empat tepat ni," selamba balasan Arfan, matanya masih melekat pada skrin televisyen yang terpasang.

Aryana mengensot sedikit, makin merapat dengan Arfan. Tangannya mula bergerak lalu lengan Arfan dipautnya sebelum dia melabuhkan kepala di bahu lelaki itu.

"Kenapa manja sangat ni?"

"Salah ke saya nak bermanja dengan suami saya?"

"Takde salahnya... makin saya suka adalah," ayat terakhir disebutnya perlahan. Memang berniat tidak mahu Aryana mendengarnya.

"Ha? Apedia?" soal Aryana apabila terdengar Arfan seperti berkata sesuatu.

"Takde apa..." Mata Arfan melirik nakal memerhati wajah Aryana dari dekat. Tangannya ditekup ke kedua-dua belah pipi Aryana. Pandangannya dan Aryana bersatu, makin membuatkan hatinya semakin bergelora.

Aryana yang menyedari perubahan tatapan mata Arfan menelan liur. Tangannya yang sejak tadi memeluk lengan Arfan erat dilepaskan. Dia perlahan-lahan mula menjauh dari Arfan namun tangannya ditarik kembali membuatkan dia terjatuh ke dalam pelukan Arfan. Aryana kaget.

"I have a little confession to tell, remember?"

"Y-yes..." jawab Aryana tergagap-gagap. Dirinya masih dipeluk Arfan dari belakang.

"Saya dah recover," bisik Arfan perlahan sambil meletakkan dagunya di bahu Aryana.

"Baguslah macam tu."

"Wah, jawapan awak biasa-biasa aje ya. Suami awak ni dah recover dari gynophobia tau. Awak tak gembira ke? Usaha awak selama ni dah berjaya."

"Mestilah saya gembira. Suami saya dah re-..." ayat Aryana terhenti. Ayat Arfan diulang berkali-kali di mindanya. Seketika kemudian, matanya membulat. Kalau Arfan dan sembuh, that's mean...

"A-awak betul-betul dah se-sembuh ke?" soal Aryana cuak. Pelukan Arfan cuba dirungkai. Kalau Arfan dah sembuh maknanya, dia dalam keadaan tidak selamat sekarang! Tambah-tambah apabila Arfan semakin mengetatkan pelukan.

"Ya, sayang. Saya dah sembuh. Kalau tak dah lama saya pengsan tau," usik Arfan seraya mencium pipi Aryana.

Aryana kaku. Mendengar panggilan sayang daripada Arfan membuatkan bulu romanya berdiri tegak. Yang dia mampu lakukan sekarang adalah berdiri tegak seperti patung bernyawa. Deru nafas panas Arfan yang menampar tengkuknya menggetarkan perasaan. Air liur ditelan berkali-kali. Dia mahu mengusik, alih-alih dia yang diusik.

"Awak tak gembira ya?"

"Bu-bukan... saya gembira. Gembira sangat."

"Dah tu kenapa pasang muka macam tu?"

"Macam mana rupa saya?"

"Pucat, macam nampak hantu. Penyakit saya tertransfer dekat awak ya?" gurau Arfan bersama ketawa dihujung katanya.

"Boleh awak lepaskan saya?" pinta Aryana bersama hati yang gelisah.

"Aik, kenapa? Bukan awak ada rancangan nak goda saya ke malam ni?" Makin galak Arfan mengusik Aryana membuatkan pipi Aryana memerah menahan malu.

"Apa awak merepek ni?" nafi Aryana sambil melarikan matanya. Alamak, takkan Arfan tahu rancangannya selama ini?

"Oh, salah eh? Hmm, habis tu kenapa awak peluk lengan saya tadi?" soal Arfan bersama senyuman nakal tersungging di bibir.

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now