9

131 18 3
                                    

Kini, Aryana secara rasminya telah menjadi tunangan Arfan. Hanya menghitung hari sahaja untuk menjadi isteri Arfan yang sah. Dia tidak kesah walaupun perkahwinannya hanya dilangsungkan kecil-kecilan. Yang penting Arfan menjadi miliknya. Dirinya juga sudah memikirkan berbagai cara yang akan dilakukannya untuk memulihkan Arfan nanti.

Persediaan perkahwinan semua diserahkan kepada Puan Nafsah memandangkan uminya yang terlampau teruja untuk melihat satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mereka berkahwin. Kedua-dua abangnya juga tidak lokek untuk menghulurkan bantuan dari segi wang mahupun tenaga. Dia beruntung sebenarkan dikurniakan keluarga yang memahami serta menyayanginya. Begitu juga dengan bakal bapa mertua dan abang-abang iparnya. Mereka semua melayannya dengan baik.

"Terima kasih kerana Aryana sudi terima anak walid. Walid harap, Aryana mampu ubah Hakim nanti. Dah lama walid tak dengar Hakim ketawa. Walid sebenarnya terkejut bila Hakim bagitahu dia nak kahwin. Walid tak kisah dengan siapa dia nak kahwin, walid terima dengan hati yang terbuka."

Teringat pesan walid Arfan kepadanya sebelum mereka pulang tadi. Ni kalau walid tahu aku yang melamar anak dia, confirm tak tahu nak letak muka ni dekat mana.

***

Akif mengetuk pintu bilik Arfan bertalu-talu. Jam tangan yang dipakai dikerling sekilas. Hari ini giliran dia yang menemani Arfan untuk menempah baju perkahwinan di butik Zahra, kawan kepadanya. Pintu bilik itu diketuk lagi. Janji dengan Aryana pukul 10, tetapi sekarang sudah pukul 9.45 minit pagi.

Akif segera memulas tombol pintu apabila Arfan langsung tidak menyahut panggilannya. Hatinya turut diulit rasa bimbang.

Apabila pintu berjaya dibuka, mulutnya terlopong melihat Arfan yang masih tidur pulas di katil. Akif bercekak pinggang seketika lalu menghampiri Arfan yang masih enak beradu mimpi.

"Kim, bangun!" Kuat suara Akif cuba mengejutkan Arfan. Selimut yang menutupi seluruh badan Arfan ditariknya. Namun, selimut tadi kembali ditarik Arfan.

"Se-sejuk..." terketar-ketar suara Arfan memberitahu.

Akif mengerutkan dahi. Dahi adiknya disentuh. Mak aih, panasnya! Demam budak ni.

"Kenapa tak cakap yang Kim demam? Macam mana boleh demam ni?" soal Akif kembali bercekak pinggang. Riak risau mula terbingkai di wajahnya.

"Mana Kim tahu tiba-tiba nak demam hari ni," jawab Arfan perlahan. Selimut yang digunakannya sekarang serasa tidak mampu memanaskan badannya tika ini.

"Jap, abang call Aryana."

"Tak payah la bagitahu dia."

Akif buat-buat tidak dengar. Nombor Aryana ditekannya sebelum dia ke balkoni untuk bercakap sesuatu dengan Aryana. Arfan hanya mampu membiarkan. Mahu menghalang abangnya, sudah terlambat. Apatah lagi dengan keadaan dirinya yang tidak mampu berdiri walau sekejap.

"Kejap lagi Aryana datang dengan abang dia," beritahu Akif usai membuat panggilan. Arfan kembali dihampirinya.

"Nak basahkan dahi, nak suruh abang ke Aryana yang buatkan?" Akif sempat mengusik.

Arfan membuka mata apabila mendengar soalan abangnya. "Abang Akif! Kim takde mood nak gurau."

"Yelah-yelah. Abang nak buat la ni."

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now