"Awak, cepatlah sikit!" teriak Aryana sedikit lantang.
Arfan yang sedang memakai kasut terpaksa menutup sebelah telinganya. Aryana hanya berdiri beberapa tapak darinya, tapi memanggilnya seolah-olah dia berada 3 batu nautika sahaja lagaknya.
"Ya Allah, Aryn! Yang menjerit ni kenapa? Tak lari kemana pun rumah korang tu." Adrean yang keluar menjenguk tergeleng-geleng melihat kelakuan adiknya. Tak senonoh betul.
"Hehe, sorry. Aryn excited sangat tadi." Tersipu-sipu Aryana apabila ditegur abang sulungnya. Apatah lagi apabila melihat Arfan merenungnya tajam.
"Tahulah tak sabar nak bermanja dengan Kim. Kalau ya pun tunggu umi dan abah dulu. Diorang masih dekat atas."
Aryana mengangguk sebelum ke buaian. Dia melabuhkan duduk di situ. Ikutkan hati nak aje dia duduk di sebelah Arfan.
"Aryn, Hakim. Dah nak bertolak ke?" Puan Nafsah menegur anak dan menantunya yang sudah bersedia untuk bertolak. Encik Razuan turut berdiri di sisinya.
"Haah umi. Kim ingat nak keluar beli barang-barang dapur dengan Aryana nanti. Nak tengok perabot lagi. Kim minta maaf sebab tak boleh stay lama dekat sini. Cuti Kim sampai esok aje." Serba salah Arfan memberitahu. Bimbang jika mertuanya terasa hati.
"Tak apa. Umi dengan abah faham. Aryn pun dah start kerja lusa. Elok la selesaikan apa yang patut hari ni." Puan Nafsah tersenyum. Sejuk hatinya dengan sikap menantunya yang satu ini. Patutlah Aryana sayang sangat.
"Kami minta diri dulu umi, abah, along."
Arfan duduk di bahagian pemandu. Dia menurunkan cermin apabila dilihat Aryana masih berdiri tegak di sisi kereta.
"Masuklah. Takkan nak suruh saya bukakan pintu?"
"Err, saya kena duduk mana?"
"Belakang."
Aryana terus masuk ke dalam perut kereta. Kereta yang dipandu Arfan memecut laju di jalan raya.
"Wah, tiba-tiba rasa macam ada driver." Aryana bersuara ceria.
"Sorry, i'm architect." Sarkastik.
"Gurau je. Awak ni takde sense of humour, eh?"
"Awak ingat saya robot ke?"
"Dah tu, cuba la gelak sikit. Susah betul nak tengok awak gelak. Urat ketawa awak dah terputus ke?" soal Aryana selamba. Dikerlingnya sedikit wajah Arfan melalui cermin pandang belakang.
"Saya akan ketawa bila saya rasa saya nak ketawa. Sekarang saya tak ada nak nak ketawa, lagi-lagi bila orang yang buat lawak tu ialah awak."
"Susah betul nak ajak awak bergurau."
"Awak patutnya kaji diri saya betul-betul sebelum buat keputusan melamar saya kahwin hari tu."
"Ish, jangan la ungkit pasal tu. Malu lah!" marah Aryana sambil memeluk tubuh. Merah padam wajahnya apabila mengingat kembali kejadian itu. Malu oii!
"Jadi, awak duduk je diam-diam dekat belakang. Jangan kacau saya nak memandu."
"Fine."
***
"Dah lama ke awak beli rumah ni?" soal Aryana sewaktu menjejakkan kaki ke rumah baru mereka.
"Haah. Saya jarang balik sini. Perabot pun masih banyak yang belum ada."
"Kenapa awak masih sewa rumah kalau awak dah ada rumah ni?"
"Zarith yang ajak. Dia cakap rumah ni baik simpan untuk kahwin nanti."
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...