Aryana membetulkan tudung yang dipakainya. Hari ini merupakan majlis Abang Adam dan juga majlisnya sendiri. Berdebar juga dirinya mahu bersanding buat kali kedua. Cuma yang berbeza adalah bilangan tetamu. Kalau dulu hanya saudara mara terdekat sahaja yang hadir, kali ini hampir lima ratus orang tetamu yang bakal menyaksikan persandingan dua beradik secara serentak.
"Sayang, dah siap ke?" Arfan muncul dari balik pintu.
Aryana toleh ke sisi bersama anggukan. Terpegun dia melihat Arfan yang kacak dengan tuxedo hitam sudah berdiri di sisinya.
"Sesuai betul dress ni dengan sayang," puji Arfan yang sejak tadi tidak lepas memandang Aryana di hadapannya. Manis dan semakin berseri-seri.
"Tak nampak pelik ke, abang?" soal Aryana tidak yakin.
"Mana ada pelik. Sayang nampak cantik sangat di mata abang." Afran mendekatkan bibir ke dahi Aryana namun sempat dielak oleh isterinya.
"Pantang ada peluang, selalu aje nak cari kesempatan kan?"
"Kita kan dah halal, sayang. Tak boleh jugak eh?" rajuk Arfan. Pipi dikembungkan sedikit.
"Abang kalau bagi peluang bukan setakat dahi aje, makin melarat nanti. Kesian dekat tetamu dah lama tunggu. Kesian jugak dekat Abang Adam yang dah tak sabar nak naik pangkat."
Arfan ketawa. Ada betulnya juga kata-kata Aryana itu. Terimbas kembali wajah abang iparnya yang sejak malam tadi gelisah. Berkali-kali juga dia membantu abang iparnya itu berlatih melafaz akad.
"Abang Adam tu..." Arfan menghentikan ayatnya apabila pintu bilik mereka tiba-tiba terbuka luas. Kelihatan Adam sedang berdiri sambil bercekak pinggang.
"Abang Adam kenapa?" soal Adam sambil merenung tajam wajah adik iparnya.
Arfan tersengih, kepalanya turut digeleng-gelengkan.
"Amboi angah. Tak sabar nak jumpa Kak Mawar la tu sampai main terjah aje bilik orang," perli Aryana.
Adam yang baru menyedari kelakuannya termalu sendiri. Nasib baik dia tidak melihat benda yang bukan-bukan. Tak sabar nak jumpa isteri punya pasal. Feeling baru-baru kahwin macam ni rupanya. Berbunga lain macam aje dalam hati ni rasa.
"Maaf-maaf. Angah datang sini nak pesan suruh korang cepat aje. Majlis dah nak mula dah," ujar Adam sambil membetulkan pakaian pengantinnya. Luar aje nampak cool habis, tapi dalam hati tak payah cakap. Bila-bila masa aje tunggu nak meletop.
"Habislah Kak Mawar malam ni. Kan, abang?"
"Sayang, sayang patut risau dekat diri sendiri tau sekarang ni. Ada masa lagi sayang risaukan orang lain eh?" Arfan angkat-angkat kening. Adam pun sama.
Aryana buat gaya zip mulut. Dia tersedar yang dirinya turut dalam keadaan bahaya, jadi sebaiknya dia diam.
"Kalau macam tu angah turun dulu. Korang tu! Jangan lama-lama sangat dekat atas ni. Jangan sampai along pulak yang naik nanti," pesan Adam sebelum menutup pintu.
"Don't let the beast inside of me awaken, honey," bisik Arfan tepat di telinga Aryana. Telinga Aryana juga ditiup-tiupnya lembut.
"A-abang... Abang Adam ca-cakap kita kena turun sekarang." Aryana telan liur, payau. Arfan tidak boleh dibiarkan.
"Hmm..."
"Jangan goda cherry sekarang," tegah Aryana sekali lagi apabila tangan Arfan perlahan-lahan merayap di bahunya.
"Okey-okey. Abang gurau aje. Mana mungkin abang biarkan perangai nakal abang ni bagi effect dekat sayang and our baby."
"Tau takpe."
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...