38

76 11 0
                                    

Zarith mengetuk-ngetuk jari di meja. Khayla sesekali dikerlingnya. Wajah perempuan itu sama sahaja sepertinya, masam mencuka sejak tadi. Mereka berdua keluar makan bersama hari ini atas dasar permintaan kedua-dua ibu mereka. Jadi, dia sebagai anak lelaki soleh uminya hanya menurut tanpa sebarang bantahan. Keadaan sunyi sepi ini memaksa dia untuk membuka mulut. Tapi, tiada topik yang sesuai untuk dibualkan dengan Khayla.

"Nak order apa?" soal Zarith memecah kesunyian. Sejak tiba di restoran tadi, mereka hanya duduk di situ tanpa bersuara walaupun lima minit sudah berlalu.

"Apa-apa aje yang boleh ditelan," jawab Khayla tanpa memandang wajah Zarith. Dia sebenarnya masih memprotes dengan cadangan mamanya yang menyuruh mereka berdua meluangkan masa hari minggu sebegini. Padahal kalau dia di rumah, sudah tentu dia lebih bahagia menghabiskan masa cutinya dengan melayan drama Jepun kesukaannya. Tak adalah sakit mata asyik nak kena hadap muka mamat ni!

Zarith tarikh nafas. Kau kena sabar, Rith. Bertahan kejap aje dengan perangai minah ni. Kau tunggu lepas kahwin nanti, baru tau langit tinggi ke rendah.

Zarith bangun lalu menuju ke kaunter untuk memesan makanan untuk mereka berdua. Sementara, Khayla hanya melihat dan menunggu sahaja makanan tiba. Dia akui, Zarith sedap mata memandang. Mungkin first impression yang diberikan terhadap lelaki itu terlalu tinggi sewaktu kali pertama melihat gambar yang diberikan mamanya. Jadi apabila dirinya bertemu sendiri dengan si tuan punya badan, dan perangai lelaki itu adalah 360° daripada tanggapannya, dia tidak senang. Hancur harapan nak dapat lelaki yang sweet macam Yuki Furukawa dan Ryusei Yokohama.

Beberapa minit kemudian, Zarith kembali dan melabuhkan duduk di hadapan Khayla. Dia turut menatang dulang makanan yang di pesannya.

"Cik Khayla, boleh ambil makanan cik dekat kaunter ya. Saya tak cukup tangan nak bawak dua dulang sekaligus. Jadi sebab Cik Khayla pun ada tangan sendiri, Cik Khayla boleh pergi ambil sendiri ya. Terima kasih," ujar Zarith dengan 'sopan' sambil menghadiahkan secebis senyuman yang dirasakan cukup manis.

Khayla tenung wajah selamba lelaki itu yang sudah menikmati spaghetti bolognese miliknya bersama amarah yang memuncak. Mama, Khayla nak balik! Tanpa berkata apa-apa, Khayla terus bangkit dari duduknya dan dengan berat hati melangkah ke kaunter. Hatinya mendongkol geram.

Zarith membiarkan sahaja Khayla berlalu. Dia tahu sudah pasti Khayla menyimpan amarah terhadapnya. Biarlah, dia tiada masa untuk berpura-pura suka sedangkan hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Ingatkan kelakuan perempuan ini sebijik macam Aryana, ternyata...

Mereka menikmati makanan masing-masing tanpa mengeluarkan suara. Hanya bunyi sudu yang berlaga dan suasana gamat restoran ketika itu sahaja yang menjadi musik latar untuk 'first date' mereka berdua.

"Betul ke kita nak kahwin ni?" Zarith bersuara setelah mereka keluar daripada restoran itu.

Khayla tidak menjawab. Dia turut berfikiran sama seperti Zarith. Betul ke keputusan yang dia ambil untuk berkahwin dengan lelaki ini?

"I don't know. Maybe..." jawab Khayla tidak lama kemudian. Hatinya masih bercampur antara rela dan tidak rela.

"Okey kalau macam tu, saya bagitahu awal-awal..."

"Wait!" Khayla memotong percakapan Zarith.

"Apa?"

"Kita pilih tempat lain nak bincang pasal ni. Awak nak biar semua orang dengar masalah kita ke?"

Oh, ya tak ya jugak. Boleh pulak dia ajak bincang di tengah-tengah mall yang sesak dengan orang ni. Zarith tergeleng-geleng.

"Kalau macam tu, jom ikut saya."

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now