"Abang Akim..."
Arfan berpaling apabila namanya diseru seseorang. Apabila terpandang sahaja gerangan si pemanggil, wajahnya terus berubah. Kakinya mula melangkah untuk meninggalkan kedai bunga tersebut. Hari itu dia bercadang ingin membeli sejambak bunga untuk Aryana.
"Abang... Melia merayu bagi peluang Melia bercakap dengan abang. Please?" rayu Amelia Zahra sewaktu terserempak bekas abang tirinya di kedai bunga milik kawannya.
Arfan terdiam lama. Amelia dipandang sejenak sebelum dia mengangguk setuju.
"Kita duduk dekat sana, bang."
Amelia menunjuk ke arah kerusi di luar kedai bunga tersebut. Mereka berdua melangkah ke sana. Arfan tidak berniat untuk duduk, dia hanya berdiri sambil memeluk tubuh bersama wajah dingin.
"Apa yang Melia nak cakap? Abang sibuk," dingin. Wajahnya masih beku seperti tadi.
Amelia memerhati lagi wajah Arfan, penuh dengan riak bersalah.
"Mama nak jumpa abang."
Arfan segera memandang wajah Amelia, mencari kepastian.
"Abang tak nak!" tegas suara Arfan menjawab.
"Abang..." seru Amelia lagi. Dia sedang menahan tangis. Kerasnya hati Arfan makin menambahkan perasaan bersalah dalam dirinya.
"Tolong la, Melia. Jangan ganggu abang lagi."
"Abang... mama sakit. Mama nak jumpa abang sangat-sangat. Melia harap abang sudi jumpa mama."
Amelia sudah teresak-esak menangis. Dia bukan sengaja mahu menagih simpati dengan mengeluarkan air mata di hadapan abang tirinya itu. Namun, rasa sedih menghambat pergi kecekalan yang dibina sebelumnya. Melihat penerimaan lelaki itu terhadap dirinya sudah membuktikan bahawa lelaki itu cukup membenci dia dan mamanya. Wajahnya ditala memandang wajah lelaku di hadapannya.
"Abang... jumpa dengan mama eh? Boleh ya?" pujuk Amelia lagi.
Arfan diam. Sepatah suara pun tidak dikeluarkannya. Berita yang disampaikan Amelia tadi agak mengejutkannya. Bukan dia tidak bersimpati, cuma dia takut untuk berdepan dengan wanita yang pernah menderanya. Masih dia ingat, libasan demi libasan rotan nipis pada belakang badannya sehingga berbirat-birat membiru. Tidak lupa juga dia diselam kepala ke dalam tab mandi sehingga dirinya dimasukkan ke wad. Hampir-hampir nyawanya melayang. Bagaimana dia mahu berdepan dengan wanita itu sedangkan semua perbuatan kejam wanita itu masih terbayang di ruang fikirannya.
Arfan perlahan-lagan menggeleng. "Sorry, Melia. Abang tak boleh jumpa Mama Ika."
Jawapan Arfan membuatkan wajah Amelia berubah hampa. Biarpun sedikit kecewa, dia tetap cuba tersenyum.
"Kalau abang tak nak jumpa mama sekarang takpe. Tapi Melia harap, abang akan berubah fikiran nanti. Sekurang-kurangnya sebelum mama pejam mata," beritahu Amelia perlahan. Ayatnya di hujung kedengaran sangat perlahan namun masih sempat ditangkap Arfan.
Arfan tidak memberi sebarang reaksi. Kata-kata Amelia dihadamnya satu-persatu.
"Melia minta diri dulu. Melia ada tinggalkan nombor telefon dan alamat rumah dekat dalam peti surat rumah abang. Itupun kalau abang sudi datang." Kata-kata terakhir Amelia sebelum gadis itu melangkah pergi. Arfan hanya memerhati Amelia berlalu dengan muka tak beriak. Sejurus bayang-bayang Amelia menghilang, Arfan melepaskan keluhan berat.
Deringan telefon mengejutkannya dari lamunan panjang. Skrin telefon dilihat sebelum diangkat. Sedikit pelik melihat nama walid yang tertera di skrin telefon.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...