Bab 1 | Permulaan

23.7K 228 4
                                    

Sebaik sahaja pesawat MAS Boeing 478 mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kepala aku menoleh kekiri kekanan mencari gerangan orang yang dinanti-nantikan. Beg luggage aku tarik sama dengan langkah yang berat.

Mujur sahaja separuh barangan aku sudah dibawa pulang kerumah lebih awal melalui courier. Tak terdaya rasa nak pikul semuanya sendirian.

Kaki aku hayun perlahan, lagak bagai tiada keyakinan dan kesungguhan untuk pulang ke negara kelahiranku. Entah mengapa berat sungguh hatiku untuk terus melangkah walaupun sudah hampir empat tahun aku tidak pulang.

"Cik Inaraa?"

"Ya saya."

Wajah lelaki berusia lewat 20-an aku pandang. Ternyata ayah menghantar pemandunya untuk menjemput ku pulang. Mengapa tidak diberitahu saja sekiranya ayah tidak dapat menjemputku dari sini?

"Tuan Irshad mengarahkan saya untuk membawa cik pulang ke rumah. Boleh kita gerak sekarang?"

Kepala aku angguk sahaja bagi menyatakan persetujuan aku. Malas aku mahu bersuara kepada pemandu yang entah sudah kali keberapa ditukar.

Ya begitulah orangnya ayah aku, Hj Irshad bin Hj Mokhtar. Pantang sungguh baginya bila kerja mudah yang diberikan tidak dapat diselesaikan dengan baik. Katanya tidak perlu menggajikan orang yang tidak cekap melakukan kerja, masih ramai orang yang berkebolehan diluar sana yang menanti peluang pekerjaan.

Luggage aku segara dicapainya dan dimasukkan ke bonet belakang. Tidak betah lagi berdiri di situ dengan perubahan cuaca Malaysia yang terasa berbahang panas, pintu belakang aku buka dan segera aku mengambil tempat duduk tanpa menghiraukan lagi pemandu itu.

Keadaan yang hening dengan pemanduan yang lancar, mengembalikan memori ketika aku masih di kota London. Dimana arwah kak long menghantar whatsapp kepadaku. Siapa sangka, itulah whatsapp terkahir yang aku terima daripada kak long.

Seribu kali penyesalan pun tidak berguna. Kini kak long sudah pergi dan tidak akan kembali lagi. Hanya penyesalan terbuku dalam hati..

From: Sistur Dina ♡
Inaraa... sampai bila nak berdiam diri macam ni? Dah tak sudi ke nak bercakap dengan akak? Akak call kenapa tak jawab?

Okk akak mintak maaf, akak yang salah. Jangan la buat silent treatment macam ni dengan akak ok? Sedih tau dahla berjauh batu bertahun tak jumpa, whatsapp akak pun nara tak sudi nak balas dah

Seen.

Inaraa...

Akak tau Nara baca ws akak ni. Ok kalau Nara nak teruskan silent tak nak reply it's ok tapi tolong jangan hukum ayah dan mama?

Dorang tak bersalah dalam hal ni, kesian la mama dengan ayah tu berapa lama dah nara tak nak balik sini?

Naraa listen here.. apa yang kak long lalui ni, kak long sikit pun tak salahkan mama dengan ayah. Kak long reda kak long terima semua takdir yang tersurat dalam hidup akak ni.

Nara balik la ya? Kak long pun rindu dengan adik kak long ni.

Bila-bila sahaja ajal maut boleh menjemput kita, jangan sampai dah tertimbus dalam tanah baru nara nak cari jalan pulang.

Akak tunggu nara balik...

















********************

















"Siapa ada kat rumah"

Mak kiah yang menyambut aku didepan pintu aku soal.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now