Bab 31 | Tahu

4.5K 187 30
                                    

Aku bergegas ke wad persendirian Rayyan dengan langkah yang tidak teratur. Rasa bersalah dan kesal kerana terlambat tiba dari masa yang aku janjikan dengan Rayyan tadi.

Seusai menunaikan solat subuh dan siap mandi, aku rebahkan tubuh atas katil sebentar. Tubuh aku rasakan langsung tidak bermaya dan lesu seluruh badan. Mungkin akibat daripada tidak cukup tidur atau tidur yang tak berkualiti semalam. Tidur duduk atas kerusi dengan kepala terlentok atas tilam, mana nak selesa?

Daripada berniat untuk baring lepaskan lelah sahaja, tanpa sedar aku terlelap lama. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Apa lagi, makin kalutlah aku bersiap-siap nak ke hospital. Barangan Rayyan dan sedikit barang keperluan aku untuk bermalam di sana tidak lupa aku bawa.

Baru saja mahu undur kereta, Airil telefon dan dia minta aku singgah ke pejabat sebentar. Ada fail client dalam bilik aku yang lupa nak serahkan semula pada dia semalam. Dalam keterpaksaan, aku akur juga. Bila dah sampai ke pejabat, jangan harap lah aku dapat pergi begitu saja, Airil minta aku kemaskini segera data kewangan client kami pula. Mujur saja Airil turut sama membantu jadi tak sampai 3 jam semuanya sudah siap dikemaskini.

Jam 2 petang baru aku sampai ke perkarangan hospital. Aku tarik nafas dalam-dalam, melegakan kekalutan diri sebelum melangkah masuk ke dalam wad.

"Ish mama tak suka betul lah dengan bini kamu ni Ian, mana dia pergi hah? Dari pagi mama kat sini, muka dia langsung tak nampak. Pergi mana Naraa ni? Tah tah semalam pun dia tinggal kamu sendirian." Suara mak mertua aku kedengaran sungguh lantang sekali.

Terus terhenti gerak tangan aku. Tidak jadi mahu tolak pintu yang renggang itu. Kata-kata itu sungguh tajam menikam ke sanubari. Sakitnya rasa bila diri aku dijadikan bahan kritikan mereka. Aku menelinga lagi perbualan keluarga mertua aku dari dalam bilik. Mahu tahu apa lagi tanggapan mereka terhadap aku.

"Kamu ni sudahlah tu Yah. Ian kan tengah sakit sini, kalau kamu nak membebel je baik pergi balik!" Papa mertua aku bersuara tegas. Geram dengan perangai isterinya yang menatang anak lelaki dewasa mereka bagaikan budak kecil.

"Sebab Ian sakitlah saya bising-bising macam ni bang. Abang tengoklah mana menantu kesayangan abang tu? Suami sakit bukan nak tolong jaga, sibuk sangat ke kerja dia tu sampaikan laki sendiri pun terabai. Apa punya bini lah isteri kamu tu!" Selar mama lagi.

Tidak puas hati sungguh dia bila sampai-sampai sahaja ke hospital, kelibat Inaraa langsung tidak kelihatan. Sedari pukul 9 lagi dia menunggu sini tapi bayangan menantunya langsung tidak kelihatan. Baginya, Inaraa bukan lah isteri yang baik untuk anak lelakinya.

"Maa sudahlah tu. Kan Ian dah cakap, dia semalaman dah tunggu Ian kat sini, apa salahnya dia balik kejap nak salin baju sembahyang apa semua. Sini pun bukan tak ada nurse datang tengok-tengokkan. Ian bukan budak kecik lagi lah ma." Rayyan membela isterinya. Kalau dibiarkan pasti bernanah telinganya menahan cemuhan demi cemuhan mamanya terhadap isterinya.

Rayyan sendiri tidak pasti apa yang membuatkan mamanya berubah laku. Bukankah selama ini Inaraa sentiasa baik pada mata tua mama?

Aku sabarkan diri daripada merempuh masuk. Aku tidak rasa ini masa yang sesuai untuk aku mencelah perbualan keluarga Rayyan. Entah mengapa aku rasakan diri aku sungguh terpinggir saat ini.

"Itu lah kamu ni sayang sangat bini tak beragak! Dari dulu tak habis-habis menangkan bini kamu tu apa yang hebatnya dengan Inaraa tu? Mama tengok Dina elok lagi perangai dia tapi kamu tu pula tak reti menghargai!" Lantang suara mama menegakkan hujahannya.

Rayyan mendengus. Rimas dengan suara lantang mamanya yang bagaikan peluru berpandu itu. Makin sakit kepalanya dengan suara bingit mamanya itu.

"Hah kamu tu pun dah pandai nak rengus-rengus dengan mama ke? Ian cuba kamu buka mata tu sikit. Apa yang baiknya Inaraa tu? Kamu perasan tak semenjak berkahwin dengan Naraa, ada kamu jaga Syira? Ada kamu bawa Syira balik rumah macam selalu yang kamu buat? Inaraa tu pun satu, harap nak kahwin dengan bapaknya je. Anaknya terus tolak tepi! Anak sorang pun tak terjaga mimpi jelah nak Naraa jagakan kau tengah sakit-sakit ni." Mama menjeling Rayyan tajam.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now