Bab 13 | Pujuk

4.9K 163 10
                                    

'Marry someone who calls you back after an argument just to remind you that no matter how difficult things they are not going to leave you.'

Skrin telefon bimbit aku pandang lagi buat kali yang ke entah berapa sudah tidak terkira lagi. 26 missed calls, 8 messages, 23 unread WhatsApp.

Ini merupakan kali pertama kami bertengkar teruk sebegini. Aku masih terasa hati bila dilayan sedemikian ditinggalkan tanpa sebarang pamitan meskipun aku sedar ini semua berpunca daripada aku sendiri.

Kalau aku jawab jujur soalannya pasti semua ini tidak akan berlaku.

Sudah lima hari berlalu semenjak hari kami bertengkar dulu. Dan sudah lima hari juga Rayyan tidak menghantar anaknya ke sini. Tindakan Rayyan makin membuatkan aku semakin berkecil hati. Serasa seperti Rayyan tidak lagi percayakan aku untuk menjaga Insyirah.

Seharian selepas kejadian Insyirah hampir dibawa lari dulu, Rayyan terus senyap tanpa sebarang berita.

Mama juga bertanyakan keberadaan cucunya namun aku hanya jawab dia ada bersama dengan daddynya. Dan bila mama tanya mengapa Rayyan tidak jadi bermalam di rumah aku senyap. Aku tiada jawapan. Mana mungkin aku mahu membuka cerita ini pada orang lain.

Masuk hari kedua, Rayyan mulakan misi memujuknya. Telefon bimbit aku tidak berhenti berbunyi seharian petanda ada saja panggilan telefon, mesej atau WhatsApp daripada Rayyan masuk.

Namun entah mengapa aku memilih untuk membiarkan deringan itu mati sendiri dan mesej juga langsung tidak dibaca. Adakah aku sengaja mahu menguji kesabaran Rayyan?

Atau diri aku yang mula ragu-ragu dengan keputusan kami untuk bernikah lapan bulan lagi?

Pintu bilik yang dikuak mama mematikan lamunan aku. Aku tala pandangan ke arah mama yang berlenggang masuk ke dalam bilikku.

Mama duduk di birai katil dengan matanya memandang aku yang masih berlingkar dalam selimut.

"Naraa gaduh dengan Ryan ke?" Mama memulakan soalannya. Menyatakan terus tujuannya datang ke kamarku.

Senyap. Malah sengaja aku tarik selimut selubung mukaku sekali.

"Ish mama tanya bukan nak jawab! Naraa gaduh apa dengan Ryan tu? Dah seminggu mama tak jumpa cucu mama tau tak!"

"Alah ma.. mana ada gaduh apa. Benda kecik je biasa la gaduh-gaduh manja." Aku cuba berdalih.

"Gaduh manja apa kalau muka tu kelat je memanjang? Dah seminggu gaduhnya tak baik lagi ke? Kamu tu dah tak lama lagi nak nikah tau tak!" Ujar mama geram dengan aku yang buat endah tak endah dengan masalah antara aku dengan Rayyan.

"Orang lelaki ini ada ego dia sendiri. Kalau dah pujuk banyak kali pun tak jalan ingat orang lelaki ni nak layan? Jangan sampai dia cari lain pulak."

Aku yang sakit hati mendengarkan kata-kata mama berbaur ugutan terus bangun dari pembaringan. Aku pandang mama dengan muka masam.

"Ada ke mama ni cakap macam tu pulak... mama nak ke kalau kita orang tiba-tiba tak jadi kahwin?"

Peha aku ditampar mama kuat. "Sebab tu lah mama kata kamu tu kena mengalah sekali-sekala. Jangan nak ikutkan sangat besar kepala tu. Tu telefon tu.... dah banyak kali bunyi kenapa tak jawab? Ingat mama tak tahu Ryan yang selalu call selalu mesej Naraa?"

Aku masih masam muka. Tidak tahu mahu menjawab apa lagi. Sedikit sebangan aku cuak juga bila memikirkan kemungkinan Rayyan akan menyerah kalah dengan perangai terlebih mengada aku.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now