"Wow someone got a flower bouquet?" Tanya Airil yang kebetulan melintas di hadapan aku.
Dengan senyuman melebar aku tunjukkan sejambak bunga yang dihias cantik kepada Airil. "Cantik kan?"
"Yes it's so pretty and grand. Anniversary ke?" Soal Airil lagi dengan dahi berkerut. Tidak pasti jika perkahwinan Inaraa sudah mencecah setahun lamanya.
Terlepas tawa aku mendengarkan telahan Airil itu. "Merepeklah. Aku kahwin belum cukup setahun tau." Aku tunjuk pula sekeping kad buat tatapan Airil. Kepala Airil kedepan cuba membaca tulisan tangan Rayyan di situ.
'Happy Birthday my beloved wife.
Thank you for being an amazing wife for me, I love you.'"Today is my birthday so yeah a flower bouquet for me." Jawab aku masih dengan senyuman lebar pada bibir.
Teruja dan berbunga hati aku bila diberikan kejutan yang sama sekali aku langsung tidak sangka.
Kecoh juga lah tadi ruangan pejabat dengan kehadiran seorang penghantar bunga yang membawa sejambak besar bunga ros merah. Aku agak ada dalam 100 kuntum kesemuanya. Besar jambangan bunga ini sehinggakan aku rasa agak lenguh mahu pegang lama-lama.
"Woahh birthday kau ke hari ni? Happy Birthday Inaraa.. since today is your day should we go celebrate it over lunch? My treat."
Setelah berfikir dan menimbang-tara kewajaran untuk aku menerima pelawaan Airil, akhirnya aku buat keputusan untuk terima saja. Tiada sebab untuk aku menolak pelawaan orang yang mahu berbuat baik dengan aku lagi pun.
"Sure! Tapi dekat area-area sini je okay?"
"Good. Pukul 12.45 kita cauu!" Jawab Airil dengan pantas.
Baru Airil mahu berlalu, aku memanggil Airil semula.
"What?"
"Promise me you won't bring Hilman along?" Tanya aku.
Tiba-tiba saja aku teringatkan lelaki itu yang seringkali ada tiap kali aku dengan Airil keluar meskipun atas urusan pejabat. Pasti ini salah satu angkara Airil. Bukan tidak pernah menegur tapi Airil ni jenis tak makan saman. Memang kena bagi warning awal-awal sebelum Hilman terjah aku lagi tanpa amaran.
Airil mengeluh. Serba-salah. Nak ketepikan Hilman dalam hal ini tapi Hilman itu sahabat karibnya. Nak ketepikan Inaraa pula dia tidak sanggup. Walaupun cintanya dulu tidak bersambut, Airil akur. Hati Inaraa bukan untuknya. Tapi lain pula dengan keras kepala Hilman. Pasti akan bising kawannya itu kalau dia tahu aku akan keluar menyambut hari jadi Inaraa tanpa pengetahuannya nanti.
"Tapi-"
"No buts! Kalau kau call Hilman juga, serious this gonna be my last time keluar dengan kau." Kata aku tegas. Tidak mahu melayan perangai Airil yang adakalanya menjengkelkan aku itu.
"Fine.. anything for you birthday girl." Jawab Airil. Akur dengan ketegasan aku.
Tiga jam kemudian, kami sudah duduk berhadapan antara satu sama lain di sebuah cafe Shangri-La Hotel.
Satu-persatu menu yang dipesan diletakkan dengan cermat oleh para pelayan cafe ini.
"Thanks." Aku ucapkan terima kasih pada pelayan yang menghantar pesanan kami itu.
"I told you to bring somewhere near our office kan? Ni susah-susah bawa sampai Shangri-La apa kes?" Soal aku. Memulakan perbualan kami di meja makan.
Tibanya waktu untuk keluar makan tengah hari, Airil terus memandu keretanya merentas arus kesesakan Kuala Lumpur semata-mata mahu menyambut hari jadi aku di restoran mewah ini.
YOU ARE READING
Padamkan Ragu ✔️
RomanceNurul Inaraa Batrisya. Nama secantik orangnya. Namun sikapnya yang keras kepala dan pantang dicabar mendatangkan seribu satu rasa pada Mohamad Rayyan Rizki. Mengalah dengan mudah adalah satu kepantangan buatnya. Mengapa perlu mengalah jikalau hati...