Bab 6 | Masquerade Night

8.6K 169 6
                                    

Aku mendapatkan Rayyan yang sedia menunggu di dalam kereta.

Aku buka pintu dan duduk sebelah pemandu. Muka ketat aku tayangkan dengan pandangan lurus ke depan.

Lima minit berlalu tanpa sebarang suara antara kami, malah kereta juga masih belum bergerak.

Rayyan pula masih berterusan memandang aku.

"What?" Aku menyoal sambil memandang ke arahnya dengan riak muka tidak puas hati.

Rayyan tersenyum cuma. Tangan kirinya mula menukarkan dari gear P ke gear D. Kereta mula meluncur membelah jalan raya menuju ke destinasi yang telah ditetapkan pada applikasi Waze, Grand Hyatt Kuala Lumpur.

"You look so beautiful. I'm in awe" Suara Rayyan mematikan suasana bisu antara kami.

"I know..." aku jawab selamba.

Rayyan ketawa.

"Kenapa ni? Something's wrong? Moody je nampak..." tegur Rayyan lagi.

"Cliche. Dah buat orang moody lepas tu pura-pura macam tak ada apa-apa. Senang betul jadi laki kan..."

Rayyan tersentak mendengarkan jawapanku. Tika itu kereta sedang berhenti di lampu isyarat merah.

"What? I? You moody sebab I ke? I buat apa?"

Aku mendengus geram. "Suka hati je bila nak you datang, bila tak nak belum tentu call, WhatsApp pun tak balas!"

"Oh..." Rayyan ketawa tidak bersalah. "You merajuk la ni... sorry it wasn't my intention at all. Bulan ni memang busy sangat tak sempat nak tengok phone. Sorry okay? Lain kali I'll make sure akan bagitau you dulu kalau I kena outstation ke apa ok?" Kata Rayyan seraya memegang tanganku yang diletakkan disisi.

Tersentak aku dibuatnya. Terus aku tarik tangan kepangkuan.

"Lampu dah hijau tu." Kata aku bagi mengalihkan perhatiannya.

Dan sepanjang perjalanan kami diisi dengan celoteh Rayyan. Sesekali perbualan kami turut diiringi dengan gelak tawa apabila ada topik yang berjaya menggeletek hati.

Kereta yang dipandu Rayyan telah tiba di pintu masuk Grand Hyatt. Kelihatan seorang valet berdiri di sisi kereta, bersedia untuk memandu ke tempat letak kereta. Pintu kereta sebelah duduk penumpang dan pemandu juga sudah dibukakan oleh valet yang bertugas.

Rayyan yang melihat aku masih terpaku di tempat duduk, tidak jadi mahu melangkah keluar.

"Naraa? Tak nak turun ke?"

"Rayyan... I segan la. You tak rasa over ke dress I ni?" Aku mula gelisah di tempat duduk.

Tidak senang bila menyedari pakaian aku boleh dikatakan agak terdedah dan keadaan sini tidak sama dengan di luar negara. Di mana pakaian tidak menjadi isu kepada norma masyarakat.

Entah mengapa tiba-tiba saja hal ini terlintas difikiranku tika ini.

Tangan aku digosok-gosok bagi meredakan rasa gelisah yang mula bertandang dalam hati.

"You look fine dear. Perfect for tonight's occasion. Don't worry okay? Dah jom." Pujuk Rayyan.

" Pujuk Rayyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now