"Naraa stop it! You merepek apa ni, aduhai..." Rayyan picit kepalanya yang rasa berdenyut bila diserang dengan si isteri secara tiba-tiba.
Aku cekak pinggang dengan mata memandang Rayyan tajam. "Apa yang I merepek?? I tanya you tak nak jawab. Bila I main teka you kata I merepek pula??"
"Syira, Iyad mana?" Soal Rayyan tiba-tiba.
"Ada tu, tengah tidur. Dah tak payah nak tukar topik. Baik you jawab cepat!" Aku menggesa Rayyan lagi.
Rayyan memgeluh. "I penat lah sayang, nanti-nanti ya I cerita.. I nak mandi dulu." Rayyan terus bangun dari sofa. Sempat dikucupnya pipi aku sekilas sebelum dia berlalu naik ke atas.
Aku hempaskan punggung atas sofa. Kasar. Tangan aku naik memeluk tubuh. Tidak puas hati betul dengan Rayyan yang bagaikan sengaja mengelak bila aku bertanyakan tentang hal yang satu itu.
Soalan aku mudah sahaja tapi beria sekali dia mengelak bagai ingin menyembunyikan sesuatu daripada aku. Jika suami sendiri acap kali pulang lewat dari kerja, isteri mana je yang tak tertanya-tanya?
Sementara tunggu Rayyan siap mandi, aku bergerak ke dapur untuk menyiapkan juadah makan malam kami.
Semenjak tinggal dirumah besar ini, hari-hari kehidupan aku terasa lebih lengkap ditemani Iyad dan Insyirah. Rayyan pula seperti biasa, sentiasa sibuk dengan kerjanya yang tak pernah habis.
Aku pula masih belum bekerja. Baru dua hari habis berpantang dan ini pun seribu satu pesanan mak kiah titipkan buat aku bila aku membuat keputusan untuk pulang ke rumah lebih awal daripada perancangan asal.
Seusai menyiapkan juadah di meja makan, aku duduk di salah satu kerusi. Menanti Rayyan turun dari bilik. Jam sudah pun menunjukkan pukul 10 malam. Seperti biasa, jarang sangat nak makan malam awal semenjak aku kembali dari Johor dulu.
"Sayang tak makan sekali ke?" Soal Rayyan bila aku hanya menceduk nasi ke dalam pinggangnya.
Aku hanya menggeleng kepala. Saja nak tunjukkan protes, biar Rayyan sedar yang aku tak berkenan dengan caranya.
"Tak payah lah diet... baru habis pantang kan, meh lah sini I suapkan."
Tidak semena-mena aku julingkan mata ke atas. Diet?? Dia tak nampak ke muka aku yang tengah tahan bengang ni? Saja nak pura-pura tak tahu lagi ke?
"Tak pe. You makan je lah."
Baru aku berura-ura nak bangun tinggalkan Rayyan sendirian, Rayyan menghalang. Tangan aku dipegangnya kemas.
"Duduklah sini temankan I makan... rindu lah."
Aku menghela nafas. Kembali duduk di sebelah Rayyan. Tak sampai hati nak tunjuk perasaan bila Rayyan dah kata begitu.
Sesungguhnya masa mencemburui kami. Masa untuk aku luangkan bersama dengan Rayyan tersangatlah terhad. Awal pagi Rayyan sudah bergerak ke tempat kerja, balik pula sudah lewat malam. Hujung minggu pula selalu sangat dia berpergian ke sana sini.
"Tak makan ke tadi? Tak luak langsung lauk?" Tanya Rayyan seraya mencedok kuah kurma daging ke dalam pinggannya.
Aku ambil pinggan berisi sayur kailan ikan masin dan aku cedokkan ke dalam pinggan Rayyan. "Tak ada selera."
"Patutlah I tengok you tak bermaya je.. makan lah sikit.." pelawa Rayyan lagi.
Aku buat tidak endah sahaja. Memang tak ada selera nak menjamah sebarang makanan bila dah lewat macam ni.
"Aaaa.." Rayyan bawa suapan ke mulut aku. Memaksa aku untuk makan sama.
"Ian.. I tak nak lah.."
YOU ARE READING
Padamkan Ragu ✔️
RomanceNurul Inaraa Batrisya. Nama secantik orangnya. Namun sikapnya yang keras kepala dan pantang dicabar mendatangkan seribu satu rasa pada Mohamad Rayyan Rizki. Mengalah dengan mudah adalah satu kepantangan buatnya. Mengapa perlu mengalah jikalau hati...