Bab 5 | WhatsApp

4.9K 172 10
                                    

Inaraa menyandar lesu melepaskan lelah setelah pulang dari menghadiri interview bagi memohon pekerjaan. Jika rezeki menyebelahinya, dapat lah Inaraa merasa bekerja di salah sebuah syarikat idamannya. Proses interview berjalan dengan lancar. Mujur saja panel-panel yang menemu ramahnya tidak bertanyakan soalan luar alam.

Terdetik rasa bersalah dalam dirinya apabila mengenangkan dia langsung tidak memberitahu hal ini kepada ahli keluarganya. Bukan mahu bersembunyi, malah dia lah orang yang paling teruja mahu mengkhabarkan perihal ini kepada kedua ibu bapanya.

Tapi apa boleh buat, kedua ibu bapanya bukanlah sejenis yang berfikiran terbuka, yang boleh membiarkan anak-anaknya membuatkan keputusan sendiri. Bagi mereka, keputusan yang dibuat oleh kedua ibu bapa adalah keputusan yang terbaik untuk mencorakkan kehidupan anak-anak. Disebabkan itu juga, senyap-senyap aku memohon pengajian di luar negara dulu.

Berbanding dengan aku, Irdina lebih mudah mendengar kata. Kata-kata ibu bapaku bagaikan mudah terpasak dalam fikirannya. Sedikit pun dia tidak membantah apabila kehidupannya bagaikan secara total diatur oleh kedua ibu bapaku.

Sikap Irdina sungguh berbeza dengan aku yang kuat melawan dan suka memberontak apabila kehendakku ditolak mentah-mentah. Pengalaman hidup telah mengajar aku untuk sentiasa kuatkan mental dan tidak mudah tunduk dengan kata manis manusia.

Bukan saja dari segi personaliti malah dari segi pemakaian juga perbezaan kami bagaikan langit dan bumi. Kalau Irdina lebih selesa dengan pakaian yang agak tertutup dan sopan tetapi masih kelihatan moden dan smart, aku pula lebih suka berpakaian daring dan terdedah.

Malah tidak keterlaluan jika aku katakan pengalaman belajar di negara luar makin mendedahkan aku pada arus fesyen barat yang berbagai. Ya aku sememangnya suka melaram.

Bagi aku tidak salah mahu melaram buat kepuasan diri sendiri. Walaupun pergaulan aku agak bebas ketika di UK dulu, hubungan sex dan minuman keras adalah satu kepantangan buat aku. Hingga ke hari ni aku masih berjaya mengawalkan diri daripada terjerumus dengan aktiviti tidak sihat itu.

Telefon yang berbunyi tanda ada notifikasi yang masuk mematikan lamunan aku. Whatsapp daripada Rayyan.

From: Rayyan
Naraa free tonight? Be my partner
for company dinner boleh?

Berkerut dahi aku membaca WhatsApp itu, dah kenapa mamat ni... lepas senyap 3 minggu salam maaf sapa apa pun tak ada, senang-senang je dia WhatsApp aku minta tolong?

Insyirah juga sudah 3 minggu aku tak berjumpa. Kata mama, Rayyan meninggalkan anaknya di rumah kedua ibu bapanya di Damansara buat sementara waktu memandangkan Rayyan outstation ke Qatar 3 minggu lamanya.

'Kasihan Syira... kecil-kecil lagi sudah ditinggalkan. Apa mahu buat, daddynya sibuk mengalahkan perdana menteri!'

Aku mula taip membalas WhatsApp Rayyan.


Me:
No. Naraa tak free tonight.

Malas aku mahu layankan perangai Rayyan yang datang bila perlu. Jika aku tidak diperlukan, mesej aku pun jangan harap mahu dibalasnya.

From: Rayyan
Why? Naraa ada hal ke malam ni?

Senyap. Aku tidak membalas. Hanya membiarkan mesejnya di'seen'.

Tidak sampai 5 minit, telefon aku berbunyi tanda ada pesanan masuk lagi.

From: Rayyan
Naraa please... I know you don't
have anything to do tonight so why
not temankan Ryan?

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now