Bab 9 | Keluarga Rayyan

5.2K 171 9
                                    

From: Love Ryan❤
Malam ni you free tak?
Mama ada buat makan-makan
sikit kat rumah nanti.

Me:
Makan-makan sempena apa?

From: Love Ryan❤
Idk. Saja nak berkenalan
mungkin?

Me:
Takkan I sorang? Mama? Ayah?

From: Love Ryan❤
I dah invite them unfortunately
they aren't free tonight.
Dah ada invitation luar.

Me:
Okay. You pick me up at home?

From: Love Ryan❤
Sure

Semenjak kejadian di Genting Highlands tiga bulan lepas, hubungan kami semakin erat. Banyak masa aku terluang bersama-sama dengan Rayyan. Setiap hujung minggu memang aku akan meluangkan masa bersama Rayyan.

Tidak perlu fancy date ke shopping mall atau ke restoran mewah, cukup sekadar Rayyan yang datang ke rumah dan menghabiskan masa bermain dengan Insyirah yang lebih selesa tinggal bersama dengan keluargaku.

Dengan keadaan Rayyan yang tinggal bersendirian di penthousenya, mama berpendapat lebih mudah jika Insyirah dijaga mama. Kehidupan lelaki bujang manakan sama dengan kehidupan sebuah keluarga yang lengkap?

Insyirah juga sudah menginjak 4 tahun, dia sudah dihantar ke sebuah taska swasta harian bagi mendapatkan pendidikan awal. Ternyata dalam kesibukan tugas pejabat, Rayyan masih tidak lupa akan anaknya yang makin hari makin membesar perlukan perhatian.

Aku masih tidak tahu mahu mentafsirkan hubungan kami sebagai apa. Antara kami masih belum ada sesiapa yang menyuarakan status hubungan kami yang tentunya lebih daripada sekadar hubungan ipar-duai. Buat masa ini, aku hanya mengikut rentak Rayyan yang melayan aku sebagai seorang kawan baik.

Masih aku ingat tika kami di Genting Highlands dulu, betapa mesranya Rayyan melayan aku persis seorang lelaki bekerjaya yang melayan kereneh teman wanitanya.

Dipelawanya aku untuk bermain indoor games yang terdapat disitu malah sebelum itu dia juga pelawa untuk membelanjakan aku sepasang kasut baru bila melihatkan aku mengurut-urut kaki yang lenguh berjalan dengan sepatu bertumit tinggi.

Malah dia juga turut membelikan aku sepasang seluar jeans panjang bersama sehelai jaket. Katanya skirt aku hanya akan mengundang pandangan aneh dari pengunjung lain. Persis budak nakal yang ponteng sekolah dengan uniform sekolah masih tersarung pada tubuh. Di situ juga aku menyeringai geram dengan kata-kata Rayyan dan Rayyan pula hanya selamba malah ditarik lagi tangan aku masuk ke sebuah butik pakaian wanita.

Berkali aku menolak namun Rayyan tetap memaksa. Akhirnya aku akur jua, malas mahu memanjangkan cerita dan menjadi perhatian orang ramai yang mula tertoleh-toleh ke arah kami yang sedang berdiri di pertengahan jalan.

Ada kalanya tika tiba waktu makan tengah hari pada hari bekerja, Rayyan akan singgah ke tempat kerja dan mengajak aku keluar makan bersama. Sanggup dia redah dalam kesesakan arus jalan raya dari KL ke Damansara hanya untuk menjemput aku keluar makan bersama.

Malah ada juga masanya bila datang sikap terlebih mengongkong Rayyan, dia akan berkeras untuk menghantar dan menjemput aku pulang dari tempat kerja. Mama yang memerhati pula langsung tidak bertanyakan tingkah Rayyan yang bagiku agak keterlaluan. Kata mama orang nak buat baik usah cari musuh pula. Lantas apa mahu diperkatakan lagi, aku hanya mengangkat bahu tanda 'no comment.'

"Inaraa?"

Aku yang tika itu berjalan mahu turun ke tempat parkir kereta tersentak apabila nama aku dipanggil seseorang.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now