Aku langkah perlahan-lahan ke dalam bilik yang Rayyan huni sejak lima bulan yang lalu. Aku hampiri Rayyan yang sedang duduk termenung di birai katil.
Aku duduk disebelahnya lalu tangan aku tekapkan pada tangan Rayyan yang terletak atas pehanya. Dia kelihatan tersentak.
"Kau buat apa dalam bilik aku?"
Aku ketap bibir cuba kuatkan hati untuk berhadapan dengan amarah Rayyan yang mungkin akan meletus bila-bila masa sahaja.
Sejak dia menghuni dalam bilik ini, memang aku tidak pernah lagi menapak masuk sini. Kecuali kali pertama masa Rayyan keluar daripada hospital dulu.
"You tak ada nak tanya apa-apa?"
Aku agak banyak perkara bermain dalam kepalanya tentang hubungan aku dengan Hilman dulu memandangkan dia baru saja tahu sejarah lampau Hilman dalam kehidupan aku. Tetapi sejauh mana dia tahu, tidak pula aku pasti.
Rayyan senyap dia tidak menjawab. Tapi tangannya ditarik dari sentuhan aku.
Sudahnya aku hanya memintal jari sesama sendiri. Aku mula buka topik. "I pernah couple dengan Hilman masa study dulu. But it didn't last long. We broke up atau terputus macam tu saja sebabkan dia sendiri yang tak ada keyakinan dengan our relationship. Entahlah maybe we're just too immature at that time. Plus ayah tak approve dia, I-"
"Sebab tu kau lari ke UK?" Potong Rayyan.
Meletus tawa aku dengan penggunaan ayatnya. Lari?
"Lari eh? Teruk sangat ke? Well itu salah satu sebab tapi sebenarnya memang I dah aim nak study situ so kira 2 in 1?"
Aku pandang buku lima Rayyan yang masih merah, kontra dengan kulit cerahnya.
Aku ambil tangan Rayyan dan aku tiup-tiup sebelum aku kucup buku lima itu. Tangan yang digunakan untuk membelasah Hilman tadi.
Rayyan hanya memerhati. Tidak pula dia tarik semula tangannya dari gengaman aku.
"Hubungan I dengan dia dah lama over. Sebelum I study overseas lagi. Gambar yang you dapat tu... it's a sexual harrassment. I don't condone his behavior you tak tahu betapa takutnya I tika itu. You jauh, and waktu tu pun you marahkan I. Langsung tak call I selama you pergi Macau kan?" Soal aku sekali mengimbas kembali pergaduhan kami di awal perkahwinan dulu.
"Kau pun tak pernah nak bagi tahu." Jawab Rayyan dingin.
"Untuk apa? It's all in the past, I pun tak nak ingat apa-apa dah. Cuma dia tu macam tak faham bahasa so apa lagi I boleh buat?"
Rayyan pandang aku tajam. "Kau terserempak dengan dia masa kau datang ofis aku dulu. Kenapa tak tegur? Atau tak cakap apa-apa?"
Aku mengeluh. Tak tahu macam mana lagi nak jelaskan. "You memang cuma nak dengar apa yang you nak dengar kan? I told you he was my past so untuk apa lagi I buka cerita pasal dia? You ni kan.. macam saja nak cari salah Naraa kan?"
Rayyan buang pandang ke luar jendela bilik. Aku hela nafas, sedar itu tandanya dia tidak mahu dengar apa-apa lagi.
"Ikut suka you lah nak percaya ke tak. Yang penting I dah cerita benda betul. Dah lah, I nak pergi mandi dulu."
Aku terus bangun dan berlalu keluar dari bilik. Hati aku rasa agak lapang bila Rayyan sudah pun tahu kisah silam aku dengan Hilman. Sekurang-kurangnya aku boleh lepaskan nafas lega memandangkan Hilman tidak lagi bekerja bawah satu bumbung dengan Rayyan.
Tiba-tiba terjentik di hati aku. Kalau awal dulu aku berterus-terang tentang Hilman, tentang apa yang berlaku semasa ketiadaan dia di Malaysia dulu, adakah keadaan akan jadi lebih baik daripada sekarang? Mungkin 5 bulan kami hanya terisi dengan detik bahagia menghitung kandungan aku yang semakin membesar.
YOU ARE READING
Padamkan Ragu ✔️
RomanceNurul Inaraa Batrisya. Nama secantik orangnya. Namun sikapnya yang keras kepala dan pantang dicabar mendatangkan seribu satu rasa pada Mohamad Rayyan Rizki. Mengalah dengan mudah adalah satu kepantangan buatnya. Mengapa perlu mengalah jikalau hati...