19 February 2021
Me:
Aku akan lagi menyesal kalau
aku tak balas balik apa yang dia buat
pada kak long aku.From: Wafaa
Hm yelah.Nanti jadi apa-apa, jangan
cakap aku tak warning pulak.
So kau nak buat apa ni?Me:
Aku akan make sure dia akan rasa
apa yang dia dah buat pada kak long
dulu. Aku nak dia merana. Aku takkan
Biarkan anak buah aku dengan dia.
Dia tak layak nak jaga Syira. Kak long
aku pun dia tak mampu nak jaga kau
rasa dia nak ke jaga Syira tu? Kalau
perlu fight sampai naik turun court
pun aku akan buat. Aku akan tuntut
hak penjagaan Syira.Lagi satu, aku akan expose apa dia
dah buat pada family dia.
Mentang-mentang kak long dah tak
ada jangan harap aku nak biar dia
lepas macam tu je sedangkan kak long
aku? Sampai akhir hayat dia aku tak
dapat jumpa!By hook or by crook, aku tak akan
biarkan dia bahagia.
He don't deserve it!Today
From: Wafaa
Beb ya Allah aku baru baca ws kau!Beb aku call kenapa x angkat??
Beb kau dh kawin dgn Rayyan pun
tell me kau tak akan teruskan niat
kau tu kan? Kau takkan teruskan
dendam kau tu kan??Bebbb tido ke?
Bebb tolong jangan buat benda
bodoh boleh tak???Ya Allah bebb kenapa dulu kau
call aku kau xde nak cerita hal ni?Bebb esok aku dtg rumah kau ok?
"Weh makan la sikit, sampai bila kau nak hadap je telefon tu?" Kedengaran suara Wafaa memujuk.
Diam. Aku tiada hati mahu menjawab. Bukan mahu membuat Wafaa berkecil hati tetapi sungguh, ini bukan masanya untuk aku berpura-pura demi menjaga hati orang lain.
Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Sedari pagi tadi aku belum makan lagi. Nak tidur semula pun hati aku terlampau galau. Sudahnya aku cuma termenung dan termenung dengan telefon tak lepas dari tangan.
Seawal pagi tadi selepas hampir sejam setengah Rayyan pergi, aku bagaikan dapat kekuatan untuk pergi mencari dia di KLIA namun hampa, serata ceruk aku cari tidak jumpa. Malah hingga ke masa perlepasan pun kelibat Rayyan langsung tidak kelihatan.
Ikutkan hati mahu saja aku ikut berlepas ke Macau tapi bila teringatkan passport aku ada dalam beg bimbit Rayyan, aku kembali menangis dan menangis. Aku sudah tidak hiraukan pandangan orang lain.
Tika itu aku rasakan diri aku sungguh tak berguna dan hopeless. Jikalau Rayyan ada di hadapan aku, pasti aku akan memujuk dia sampai dia tidak lagi marah pada aku. Walaupun aku tak dapat memohon kemaafan Rayyan, sekurang-kurangnya aku dapat meredakan amarah dia pun sudah cukup baik. Bila melihatkan Rayyan pergi dalam keadaan marah hati aku langsung tidak tenteram. Aku sentiasa berada dalam keadaan gelisah dan resah.
Kalau pun Rayyan tidak mahu membawa aku, ingatkan dengan kedatangan aku ke KLIA dapat lah memohon kemaafan dan menghantar dia dengan baik namun hampa.
YOU ARE READING
Padamkan Ragu ✔️
RomanceNurul Inaraa Batrisya. Nama secantik orangnya. Namun sikapnya yang keras kepala dan pantang dicabar mendatangkan seribu satu rasa pada Mohamad Rayyan Rizki. Mengalah dengan mudah adalah satu kepantangan buatnya. Mengapa perlu mengalah jikalau hati...