Awal pagi lagi, kami sudah siap turun bersarapan. Suasana pagi yang masih tenang dari keriuhan manusia mendatangkan rasa tenang dan nyaman kepada pengunjung Pulau Perhentian ini.
Tika ini, aku dan Rayyan sudah siap dengan sepersalinan pakaian renang yang sesuai untuk aktiviti snorkeling kami pada hari ini. Berdasarkan arahan dari seorang pemuda yang akan membawa kami snorkeling nanti, kami dipinta agar tunggu di tepi pantai pada pukul 9 pagi. Pemuda yang mengendali bot itu akan membawa kami ke beberapa titik hentian (points) snorkeling yang ada.
Berdasarkan cerita daripada pemuda itu, kami akan terjumpa dengan beberapa jenis haiwan ketika menjalankan aktiviti snorkeling nanti. Jadi kami perlu mempersiapkan mental dan fizikal agar tidak mengejutkan hidupan yang hidup di dalam air.
Pabila pemuda itu memberhentikan bot di satu point, kami akan diberikan kesempatan untuk turun dan menyelam ke dalam air di tengah-tengah pulau.
Aku yang ketakutan dan tidak yakin dengan kebolehan sendiri hanya memerhati dari atas bot. Rayyan kelihatan sungguh gembira bagaikan anak kecil yang dapat bermain dengan air. Berkali-kali dia menyelam jauh ke dalam air sebelum dia timbul semula ke permukaan untuk mendapatkan semula nafas yang hilang.
"Sayang jom lah turun. Abang temankan okay?"
Aku menggelengkan kepala. Tidak mahu dan takut. Bertambah gerun aku bila pemuda lain yang berkongsi satu bot dengan kami selamba badak je buat aksi terjun. Sudah lah mereka terjun tanpa amaran, bertambah gerun aku dengan bot yang terhuyung-hayang atas air ini.
"Sayang if you trust me, come..." pujuk Rayyan lagi tanpa jemu.
Rambut dan pakaian Rayyan sudah basah berendam dalam air, aku seorang saja yang masih kering dan masih setia duduk atas bot ini. Entah mengapa tiba-tiba saja rasa gemuruh dan gerun itu datang padahal kalau ikutkan hati sudah lama aku memendam rasa untuk mengikut aktiviti air ini.
"B you don't want jacket?" Aku menyoal Rayyan yang berenang-renang kecil berhampiran bot. Timbul rasa risau bila Rayyan menenggelamkan dirinya dalam air. Sudahlah life jacket tidak dipakainya, malah perlatan snorkeling juga Rayyan tidak perlukan. Selamba saja dia menyelam bawah laut tanpa safety measures yang sepatutnya. Aku pula yang naik risau bila Rayyan hilang dari pemerhatian aku.
Tidak semena-mena Rayyan ketawa mendengarkan soalan aku yang kedengaran lucu itu. "Sayang I've been in the water for 15 minutes now and nothing happened to me right? Come on sayang, you put on that life jacket and come here in the water. I'll help you." Pujuk Rayyan dengan tangan dihulurkan pada aku.
Dengan takut-takut dan teragak-agak aku akur juga dengan pelawaan Rayyan. Takut menyesal dah sampai jauh ke sini tapi tak nak pula bermain air. Tak ke menyesal nanti?
Berhati-hati aku turun menggunakan tangga yang diturunkan pada tepi bot tadi. Belum sempat lagi kaki aku mencecah air, tubuh aku sudah melayang. Terjerit kecil aku dibuatnya bila pinggang aku dikaut Rayyan erat dan dibawanya aku turun ke dalam air.
Aku yang tika itu terkejut bercampur gemuruh dan ditambah pula dengan aksi Rayyan tadi membuatkan rasa takut makin membuak-buak dalam diri aku. Tanpa dapat ditahan tangan aku menampar dada Rayyan kuat dan serentak dengan itu air mata mengalir turun membasahi pipi.
Sungguh aku benci dan takut bila ada manusia kenakan aku pada waktu yang aku sudah cukup fragile. Sudah tahu aku sedang melawan rasa takut, Rayyan pula menambah lagi rasa takut dalam diri aku, memang sengaja minta isteri dia 'jalan' awal agaknya.
"Sayang syhhh I'm sorry. I tak tahu you takut macam ni sekali.." Rayyan terus tarik tubuh aku ke dalam pelukan eratnya. Diusap-usap belakang tubuh aku cuba meredakan ketakutan yang mendatang tadi.
YOU ARE READING
Padamkan Ragu ✔️
Storie d'amoreNurul Inaraa Batrisya. Nama secantik orangnya. Namun sikapnya yang keras kepala dan pantang dicabar mendatangkan seribu satu rasa pada Mohamad Rayyan Rizki. Mengalah dengan mudah adalah satu kepantangan buatnya. Mengapa perlu mengalah jikalau hati...