Bab 41 | Tempat Baru

6.7K 251 28
                                    

Buku pink yang aku bawa tiap kali ada pemeriksaan kandungan aku pandang buat sekian kalinya. Dalam teruja mahu tahu perkembangan janin dalam perut, ada juga rasa risau yang menyinggah. Risau kerana dapatan pemeriksaan daripada bulan lepas menunjukkan keadaan aku tidak berapa baik. Darah aku agak tinggi dan berat aku agak susut. Risau kalau-kalau janin aku akan turut terkesan dengan keadaan diri aku yang tidak menentu.

Aku toleh pandang ke sebelah kanan dan terukir senyuman di bibir aku. Teletah si suami mengusik si isteri yang sedang mengandung sudah gemuk. Makin masam muka si isteri bila si suami selamba pula nak baring di peha isterinya. Teletah yang cukup mencuit hati aku yang kesepian.

Aku pandang semula buku pink di tangan. Tidak mahu terlalu mengikut perasaan. Apa yang dah berlalu tu sudahlah, tak usah dikenang lagi.

"Inaraa!" Laung seorang lelaki dari kejauhan kuat. Dia kelihatan tercungap-cungap cuba mengatur semula pernafasannya. Mukanya terbias riak tidak puas hati.

"Awak ni kenapa degil sangat eh? Kan saya dah kata nak teman awak check-up hari ni saja buat-buat lupa ke? Dah kuat sangat lah sampai dah tak sudi nak biarkan saya teman awak check-up??" Punggungnya dihempas kasar pada kerusi selang satu dari kerusi aku yang aku duduk. Melepaskan lelah sekaligus menyuarakan rasa tidak puas hatinya pada aku.

Aku senyum saja dengan tingkah laku Zafril yang bagaikan budak kecil dengan muncung panjangnya tidak dapat gula-gula. Ya dia doktor Zafril yang pernah merawat suami aku dulu.

Kepala aku mula menerawang kembali mengingatkan semula situasi di mana aku berjumpa semula dengan Zafril pada waktu yang sungguh tidak terjangka.

"Tak! Tak! Tak!"

Terhinggut bahu aku bila tiba-tiba saja ada ketukan kuat pada cermin tingkap kereta. Dengan takut-takut aku cuba toleh pandang, cuba mengecam siapakah yang kacau aku pada jam lima pagi seperti ini.

Aku tidak berani turunkan cermin tingkap di kawasan yang sungguh sunyi, gelap-gelita dan dipenuhi hutan tebal ini. Aku cuba untuk tidak mengendahkan makhluk yang masih mengetuk cermin kereta itu.

Mulut aku sudah terkumat-kamit membaca apa saja doa yang singgah di kepala aku. Air mata pula makin lebat turun. Takut bila memikirkan kemungkinan makhluk halus yang menganggu aku di pagi buta ini. Sudahlah aku berada di kawasan tidak jauh dari kawasan perkuburan. Mungkin makhluk itu marah kerana aku sudah menganggu kawasannya.

Aku toleh semula ke arah makhluk yang masih tidak berputus-asa itu. Sekejap cuma sebelum aku terjerit dan kembali tekapkan muka pada stereng kereta dengan air mata makin lebat berjuraian. Takut bercampur terkejut bila tiba-tiba saja ada cahaya terang menyimbah wajah makhluk itu dari bawah.

"Hello cikk... saya cuma nak membantu!" Sayup-sayup kedengaran suara lelaki itu menjerit lantang.

Sekali lagi aku beranikan diri untuk pandang. Makhluk itu menyuluh pada IC dan kad professionnya. Aku cuba membaca baris nama yang tertulis di situ. Ahmad Zafril? Muka yang terpampang pada kadnya juga aku perhati betul-betul. Sah! Memang doktor Zafril yang pernah aku kenali!

Dengan teragak-agak aku turunkan cermin tingkap kereta. Masih was-was dengan lelaki yang belum aku kenali secara mendalam lagi.

Lelaki itu mengecilkan matanya cuba melihat wajah aku dalam kesuraman cahaya. Sedetik dua cuma sebelum matanya terbuntang luas. "Inaraa???"

Aku hanya pandang dengan mata kabur dan penat. Terlalu banyak menangis sampaikan tidak terdaya lagi aku mahu buka mata.

"Inaraa awak buat apa kat sini awal pagi macam ni? Awak tak sihat ke? Awak okay??" Bertalu-talu soalannya disuarakan bagaikan peluru berpandu.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now