Bab 45 | Pergi

8.9K 259 17
                                    

Aku pegang perut yang mula berkeriuk lapar. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Dari aku balik berkurung dalam bilik sedari balik dari berjumpa umi tadi sampai lah jauh malam macam ni, setitik air pun belum singgah ke kerongkong aku. Betapa lamanya aku berkurung dalam bilik. Menangis, menangis dan tidur kepenatan setelah mata bengkak banyak sangat menangis.

Aku tidak tahu bagaimana situasi di luar sana. Adakah Rayyan sudah pulang? Adakah Rayyan masih di luar? Atau adakah dia sudah mengalah dengan penolakan aku tadi?

Aku tarik pintu bilik perlahan-lahan. Aku mengintai di balik pintu yang renggang terbuka itu. Mata aku meliar ke kanan ke kiri cuba mencari-cari kalau Rayyan ada di luar.

Keadaan di luar sana yang senyap dan kelibat Rayyan tidak kelihatan, membuatkan aku berani untuk keluar dari bilik. Pintu aku kuak lebar dan aku melangkah keluar dari bilik.

"Intai apa?"

Terperanjat aku dengan suara yang menyergah aku dari belakang. Aku berpaling laju untuk mencari gerangan orang yang bersuara itu, sampaikan tubuh aku hilang imbangan dan hampir terjatuh. Rayyan tangkas memaut lengan aku kemas.

Aku rungkaikan pautan itu kasar bila aku sudah berjaya mengimbangkan semula tubuh. "Ian! You buat I terkejut!" Marah aku.

Jantung aku berdegup laju dengan kehadiran Rayyan yang langsung tidak aku duga. Yakin sungguh aku tadi yang aku bersendirian dalam rumah ini.

Aku mendengus tidak senang dengan kehadirannya yang langsung tidak diundang. Tanpa menghiraukan Rayyan, aku terus berlalu ke dapur.

Air masak dari cerek aku tuang ke dalam gelas dan sekali teguk saja habis masuk ke dalam kerongkong. Aku ulang benda sama dan segelas lagi habis aku teguk. Haus sungguh aku.

"Sayang..." Rayyan datang ke dapur. Dia bersandar pada dinding dapur.

Aku tidak hiraukan panggilan Rayyan. Aku teruskan niat aku mula-mula ke dapur tadi. Satu periuk kecil aku tarik keluar dari penyangkut dan aku isi air satu suku. Kemudian aku jerang periuk tersebut atas dapur.

Satu paket meggi yang masih berbaki empat paket kecil aku ambil dari kabinet. Laju saja tangan aku mengoyakkan satu bungkus plastik meggi itu.

'Buat untuk aku seorang sahaja cukup, kalau lelaki itu lapar pandai-pandai dia lah buat sendiri. Malas aku nak kesah.'

"Eh sayang you nak buat apa tu?"

"Nak makanlah. Takkan nak buat hiasan kot." Sindir aku halus.

Rayyan tidak jawab. Dia hanya melihat apa yang aku buat. Sampai lah aku siap masak dan bawa ke meja makan pun Rayyan hanya pandang dan pandang sahaja. Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan aku di meja makan.

Aku kuis-kuis meggi yang masih berasap panas itu. Kalau ikutkan tekak memang tak ada selera aku nak makan meggi segera ni. Tapi apa boleh buat? Nak turun malas. Nak minta dia tolong belikan? Minta simpang!

"Sayang... tak elok lah you makan benda tu. Tak payahlah makan eh? Kalau you lapar-"

"Jangan sibuk boleh tak? Selama ni I tak makan seharian ke, makan keropok ke megi ke apa you tak pernah tak kisah pun?" Potong aku pantas.

Bosan betul aku dengan Rayyan yang berpura-pura baik ini. Entahlah hati aku masih belum terbuka untuk menerima pujukan Rayyan. Aku tidak boleh terima perangai Rayyan yang memperlakukan aku suka hatinya. Aku tidak mahu terluka lagi.

Baru aku mahu bawa sudu ke mulut, Rayyan merampas sudu itu kasar. Mangkuk meggi juga ditarik menjauh daripada aku.

"Ian!!"

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now