Bab 14 | Nikah

17.6K 152 11
                                    

⚠️ Mature content warning.

Read at your own risk. Please avoid if you're underage 🔞

Inai merah terang pada jari-jemariku dan sepersalinan busana pengantin putih bersih tersarung pada tubuh mengesahkan lagi kekeliruanku.

Inai merah terang pada jari-jemariku dan sepersalinan busana pengantin putih bersih tersarung pada tubuh mengesahkan lagi kekeliruanku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ya. Tepat jam 10 pagi, aku sudah sah bergelar isteri kepada Mohamad Rayyan Rizki dengan sekali lafaz sahaja. Semuanya berjalan dengan sungguh lancar dengan izin-Nya.

Aku bagaikan tidak percaya. Semua ini berlaku dengan sungguh pantas. Dua minggu selepas hari aku datang memujuk Rayyan dulu, kami tidak pernah lagi bersemuka hinggalah tiba hari kami disatukan.

Masing-masing sibuk dengan urusan kerja disamping sibuk menguruskan persiapan perkahwinan yang masih bersisa.

Malah ini juga merupakan salah satu syarat yang ditetapkan oleh mama Rayyan apabila Rayyan mendesak untuk mempercepatkan tarikh pernikahan kami seawal dua bulan.

Sudah puas aku memujuk supaya bersabar tapi Rayyan tetap dengan keras kepalanya. Katanya dia mahu kami disatukan sebelum dia berangkat ke Macau atas urusan kerjanya nanti. Sudahnya hampir empat bulan kami tidak bersemuka.

Semua persiapan dilakukan oleh keluarga masing-masing dengan kakak dan adik Rayyan menjadi perantaraan antara dua belah keluarga.

Memandangkan pernikahan kami diawalkan, maka tarikh persandingan kami turut diawalkan juga.

Kedua belah pihak bersetuju dengan cadangan Rayyan untuk nikah di pagi hari dan majlisnya pula pada sebelah malam. Dan atas saranan mama dan mama Rayyan, semua sepakat untuk mengadakan satu sahaja majlis persandingan bagi mewakili kedua belah pihak.

Oleh itu para jemputan pada malam ini juga teramatlah meriah. Aku kira lebih kurang 1000 tetamu jemputan yang hadir. Namun aku terkilan kerana sahabat baikku Wafaa tidak dapat turut sama meraikan majlis aku. Dia tidak dapat pulang ke Malaysia dengan segera memandangkan kursus yang dihadirinya di Jepun masih belum selesai. Dia hanya menyampaikan ucapan tahniahnya lewat panggilan telefon semalam. Itu pun sekejap saja kami dapat berbual kerana selagi majlis belum selesai masih banyak persiapan perlu dirapikan.

Aku tidak menghebahkan berkenaan majlis ini pada rakan sekerja. Aku lebih senang membiarkan mereka tahu sendiri. Cuma ketua jabatanku sahaja yang aku pelawa.

Mujur saja majlis persandingan kamu diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Tidaklah terlalu kelam-kabut kami membuat persiapan.

Pakej perkahwinan yang aku pilih bersetuju untuk runding dengan pihak hotel agar menyediakan sebuah dewan banquet pada tarikh awal dua bulan daripada tarikh asal. Melalui pakej perkahwinan itu juga, baju pernikahan dan baju persandingan dapat dipersiapkan dengan baik. Segala urusan gubahan hantaran dan kad kahwin juga kami serahkan pada mereka.

Meskipun harga pakej perkahwinan perlu kami tambah sebanyak RM20,000 lagi, itu tidak menjadi hal pada Rayyan memandangkan semua persiapan dapat dibuat dengan baik dan siap tepat pada waktunya.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now