Bab 34 | Garang

5.2K 235 38
                                    

Lama aku tunggu Rayyan di ruang tamu, menantinya untuk berbicara empat mata. Hampir 20 minit menunggu tapi Rayyan tetap tidak kunjung tiba, aku terus bangun dan cari Rayyan dalam kamar beradu kami. Tak ada.

Aku sudah hairan ke mana perginya Rayyan, tadi masuk dapur tak ada pula dia.

"Ian..." aku melaung nama Rayyan berkali-kali tapi tetap tiada jawapan.

Cuma satu tempat yang aku belum masuk, bilik tetamu. Aku melangkah ke bilik tetamu dan pintu aku kuak perlahan.

'Nah tudia suami aku!'

Aku ketap bibir geram kerana Rayyan sengaja membiarkan aku tercari-cari dirinya. Malah laungan aku juga sengaja diendahkan. Dia sudah kelihatan elok berlunjur atas katil dengan tangan lincah menekan skrin telefonnya.

"Kenapa you balik tak tunggu? Kan Naraa dah suruh you tunggu kejap sementara I settlekan bil hospital? Perlu ke sampai nak call perempuan gedik tu suruh pick you up? You memang buat I macam tak wujud kan?!"

Rayyan masih diam tidak menjawab. Memang dibuatnya aku macam betul-betul tak wujud.

"Ian I'm asking you!"

Diam. Rayyan tetap juga tidak jawab soalan aku. Sudahnya aku tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Tak ada gunanya kalau aku sorang-sorang naik angin tapi Rayyan masih kekal tenang. Yang naik darah tinggi nanti aku juga!

Mata aku melilau ke sekeliling. Kenapa bilik ini?

"Ian you buat apa kat dalam bilik ni?"

"Kau ni boleh diam tak? Dari tadi bising je aku nak main pun tak senang lah!"

Aku ketap bibir geram. Terus aku datang mendekat dan telefon Rayyan aku rampas kasar.

"Inaraa!"

"What? You jawab soalan I dulu!" Aku bertentang mata tajam dengan Rayyan.

Rayyan ketawa sinis. "Kenapa kalau aku nak duduk sini pun? Bilik aku, rumah aku suka hati aku lah nak duduk mana pun."

Aku merengus tidak puas hati. "You tak sudi nak duduk satu bilik dengan Naraa dah ke?"

"Pandai pun kau. Aku rasa lepas ni kau pandai-pandai lah bawa diri sendiri ya, jangan nak berharap pada aku je. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Selagi tak ada urusan jangan cari aku kat sini. Dah pergi keluar sana!"

Aku masih tidak berpuas hati bila Rayyan sesuka hati dia je tetapkan syarat sebegitu tanpa persetujuan aku terlebih dahulu. "Ian this is too sudden. Mana boleh buat macam ni! Fine if you want to separate our bedroom tapi you take main bedroom instead." Kata aku lantang.

Mesti teruk tekanan emosi pada diri aku bila bersendirian di dalam kamar yang penuh dengan rahsia kami suami isteri. Tempat di mana Rayyan sentiasa membelai tubuh aku mencumbui aku tanpa jemu, mengucap kata-kata cintanya dan kini semuanya tiada lagi. Aku tak rasa aku boleh tanggung rasa kehilangan itu secara mendadak.

"No. Kau tak payah nak mengarah-arah aku lah Inaraa. Duduk jelah situ, banyak bunyi sungguh!"

Aku tidak mungkin boleh paksa-paksa Rayyan. Dia bukan lagi budak kecil yang boleh aku arah itu ini. Tambahan pula dengan pergolakan rumah tangga kami tika ini, mimpi sajalah dia nak bertolak-ansur dengan aku.

Aku berpusing mahu keluar dari bilik ini, tika itu lah mata aku tertancap pada kepingan gambar atas meja studynya. Aku bergerak menghampiri meja. Kepingan gambar itu aku ambil. Satu persatu gambar aku belek dengan rasa tak percaya.

"Ian are you spying on me?!"

Terkejut sungguh aku bila dapati semua gambar-gambar itu adalah gambar aku. Gambar sama yang aku jumpa tika di rumah keluarga aku dulu, iaitu gambar di mana aku berada di samping dua orang lelaki masuk ke bilik hotel, gambar tika Hilman peluk aku masa di taman dulu, gambar Airil sambut hari jadi aku dan banyak lagi. Malah ada gambar dari situasi yang sama cuma diambil banyak dari sudut berbeza-beza. Yang peliknya hanya wajah aku kelihatan. Yang lelaki semuanya membelakangkan kamera. Apakah semua ini?

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now