"Mie... mie bangun..bangun..."
"Ha kejut lagi mak su tu. Cuba geletek pulak."
Kedengaran suara mama sayup-sayup pada pendengaran telingaku. Terpisat-pisat aku cuba membuka mata. Cahaya matahari yang menerobos melalui langsir yang agak renggang menyakitkan kepalaku. Aku kembali menutupkan mata rapat.
"Mie... mie bangun.. jom jalan...nak pool pool...." suara Insyirah kedengaran lagi. Kali ini disertakan dengan tangan kecilnya cuba menggeletek pinggangku sepertimana yang Rayyan selalu lakukan pada Insyirah.
Aku ketawa kegelian. Segera aku tarik si kecil itu ke dalam pelukan. Aku tarik dia sama berbaring di atas katil.
Pap! Kuat mama menampar punggungku.
"Cuba tengok jam dah pukul berapa tu. Dah siang pun liat nak bangun. Tak malu betul kat Syira, budak kecik pun pandai awal-awal lagi dia dah bangun. Dah bangun! Pergi bersiap cepat!" Arah mama lagi dengan nada tegasnya.
Insyirah pula terkekeh-kekeh kegelian apabila aku mencium mukanya bertalu-talu. Aku masih bermalas-malasan atas katil.
"Alah mak ni baru pukul 9.30 tu. Nak bersiap ke mana..."
"Haii.. semalam dah berjanji hari ni buat-buat lupa pula? Ikut sangat la perangai malas tu! Dah pergi bersiap cepat sikit. Ryan dah tunggu tu."
Ryan?
Bila masa aku berjanji? Seingat aku, soalannya semalam aku hanya jawab dengan 'tengoklah dulu'
Berkerut dahi aku cuba proses apa yang berlaku sebenarnya.
"Mana ada Nara janji apa-apa dengan Ryan ma... percayalah sangat cakap menantu mama tu."
'Rayyan nampaknya dah pandai nak main kotor eh? Bila masa pulak aku ada berjanji dengan dia? Suka hati dia je nak kelentong mama. Ah biar Ryan tunggu kat bawah sana. Lagi lama lagi bagus! Siapa suruh sesedap dia je paksa orang keluar.'
Aku tarik kembali comforter menyelubungi seluruh tubuh badan. Sekali dengan Insyirah aku tarik masuk dalam comforter. Terkekeh-kekeh budak itu dibuatnya. Entah apa lah yang terhibur sangat.
"Heiii budak ni kan! Pergi la cepat mandi bersiap lawa-lawa sikit. Ryan dah tunggu kat bawah tu, apa pulak kata dia nanti bila Nara mungkir janji macam ni." Gesa mama lagi.
"Mana ada Nara janji apa-apa dengan dia maa..."
"Tak kisah la ada ke tak ada sekarang pergi bersiap. Setengah jam lagi tak siap jugak biar mak panggil Ryan je kejutkan kamu bangun." Ugut mama tegas seraya terus berlalu dari kamarku.
Bingkas aku bangun dari pembaringan dengan muka cemberut. "Apa ma ni main-main ugut pulak. Ingat Nara ni budak kecik lagi ke.."
"Syira look... I'm not a kid. A kid is someone small like you, you understand?" Aku cuba mengalihkan perhatianku pada Insyirah pula.
Bulat mata Insyirah cuba memahami apa aku cuba katakan.
'Ah budak kecik apa yang dia faham!'
Aku cium dahi Insyirah sekilas seraya mengangkat dia turun bermain di atas permaidani. Risau juga mahu meninggalkan dia bermain sendirian atas katil tanpa pengawasan orang dewasa.
"Syira mak su nak pergi mandi. Syira duduk sini diam-diam main dengan toys ni okay?"
Insyirah mula kelihatan ralit bermain dengan plushies aku yang berbagai figure dan warna.
'Takut jugak kalau mama kotakan ugutan dia tadi. Sebelum Ryan serbu baik aku pergi mandi cepat.'
Tuala mandi yang tersidai aku capai pantas sebelum menuju ke bilik air.
YOU ARE READING
Padamkan Ragu ✔️
RomanceNurul Inaraa Batrisya. Nama secantik orangnya. Namun sikapnya yang keras kepala dan pantang dicabar mendatangkan seribu satu rasa pada Mohamad Rayyan Rizki. Mengalah dengan mudah adalah satu kepantangan buatnya. Mengapa perlu mengalah jikalau hati...