"Inaraa! A bouquet of roses for you!"
Aku yang sedang melangkah menuju ke lif terus berhenti dan kembali berpaling pada meja receptionist pejabat aku.
Dahi aku berkerut. 'Bunga apa pula ni? Semalam dah dua jambak bunga aku terima, takkan Ian kirim lagi hari ni? Birthday pun dah lepas...'
"Siapa yang bagi?" Soal aku pada Niza, salah seorang staff yang menjaga di kaunter receptionist.
Niza hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu.
Aku ambil dan bawa bunga itu mendekat. Seluruh pelosok bunga aku belek cuba cari kalau-kalau ada kad yang terselit namun hampa.
"Ok thanks Niza."
Setelah bermpamitan, aku terus bergerak ke lif untuk naik ke pejabat. Hari ini aku masuk pejabat lewat sedikit daripada kebiasaannya kerana awal pagi lagi aku terus bergerak ke pejabat client yang terletak di Petaling Jaya. Kira-kira pukul 11 pagi, baru aku sampai ke pejabat.
Sedang aku menunggu lif, sayup-sayup kedengaran ada satu suara nyaring menjerit memanggil nama aku. Aku berpaling ke kanan mencari gerangan orang yang memanggil aku tadi.
"Eh Nur-"
'Pang!'
Tergamam. Terkejut. Malu bercampur perit bila tiba-tiba saja pipi aku dilempang kuat seseorang. Aku pandang Nurin yang matanya kelihatan bersinar dengan amarah.
Pekerja lain yang turut menunggu lif bersama aku sama-sama tergamam dan terdiam tanpa mampu berbuat apa-apa. Masing-masing hanya melayan drama sebabak yang berlaku depan mata.
"Kenapa ni Nurin, tiba-tiba je serang Naraa?" Soal aku pada Nurin, bekas tunang Hilman. Pipi yang terasa berbirat aku tekap dengan tapak tangan.
"Eh kau jangan buat-buat tak tahu lah dasar perempuan jalang! Kau tu dah bersuami cuba buat cara dah bersuami. Ni tak sana sini kau nak try laki eh. Ni bunga ni..."
Tanpa amaran sejambak bunga itu diambil dari rangkulan aku dan dia menghempas kuat ke atas lantai. Habis terlerai semua kuntuman bunga dari jambangannya.
Spontan aku terundur ke belakang bila ada duri dari jambak bunga itu tertusuk kaki aku. Sakit!
Aku tak kisah sangat dengan bunga itu kerana aku yakin bukan Rayyan pemberinya tapi aku mahu tahu untuk apa aku diserang tiba-tiba sahaja?
"Bunga ni Hilman yang bagi kan?? Eh kau nak apa hah perempuan? Dari dulu sampai sekarang perangai tak berubah-ubah! Sini cakap sayang konon tapi kat luar melayan jantan-jantan lain! Memang dasar perempuan jalang!" Kuat suara Nurin terjerit-jerit. Sengaja mahu memalukan aku depan pekerja lain.
Sok sek sok sek mulut staff lain sudah saling berbisik bercakap tentang aku. Dengan mata mereka menjeling-jeling ke arah aku. Tebal muka aku rasakan tika ini. Kalau ikut amarah yang hadir dalam hati ni, nak saja aku tampar semula perempuan ini tapi kekerasan tak akan selesaikan apa-apa!
"Apa main tuduh-tuduh orang ni? Siapa yang menjalang? Bunga tu daripada Hilman? Eh Naraa pun tak tahu lah! Kalau tau tak hingin Naraa nak sentuh apa-apa lagi pemberian daripada dia tau tak?!" Balas aku turut bengang. Panas hati betul bila diserang tiba-tiba macam ni.
"Oh wow tak nak mengaku lah pulak... tengok.. you see lah macam mana personaliti Inaraa ni sebenarnya.." kata Nurin dengan matanya memandang manusia yang memerhati drama sebabak kami. "Dah kacau tunang orang siapa je yang nak mengaku kan?" Nurin tergelak sinis.
"Eh sebabkan kau lah Hilman minta putus! Dulu elok je kau stay UK ni tiba-tiba balik kenapa? Tak boleh terima Hilman pilih aku daripada kau yang busuk hati tu??"
YOU ARE READING
Padamkan Ragu ✔️
RomanceNurul Inaraa Batrisya. Nama secantik orangnya. Namun sikapnya yang keras kepala dan pantang dicabar mendatangkan seribu satu rasa pada Mohamad Rayyan Rizki. Mengalah dengan mudah adalah satu kepantangan buatnya. Mengapa perlu mengalah jikalau hati...