Sampai ke sudah, aku terus hiraukan Rayyan. Walaupun dia ada masuk bilik dan memujuk, aku buat tidak endah sahaja. Sudahnya Rayyan akur dan sekali lagi dia tidur di luar dan tinggalkan aku sendirian.
"Sayang.."
Aku mengeluh. Mengapa dia perlu ada di dapur bila aku tak ingin bersemuka dengannya?
Sudah dua hari kami tak bersuara semenjak hari aku meluah panjang dulu. Masing-masing buat kerja sendiri. Bila Rayyan datang nak menegur, cepat-cepat aku berpatah masuk ke dalam bilik atau aku akan mengelak daripada berhadapan dengan dia.
"Sayang masuk dapur ni nak buat susu kan? Ni, I dah buatkan untuk sayang." Kata Rayyan seraya menghulur segelas susu untuk ibu mengandung yang aku biasa minum setiap malam.
Selalunya aku akan buat senyap-senyap tika Rayyan sudah tidur atau dia tengah sibuk dengan kerjanya. Aku tidak perlukan perhatian daripada dia.
Aku rasa jengkel dengan keprihatinan Rayyan. Apa dia ingat aku tak mampu nak buat sendiri ke?
"Siapa punya? You buat, you minum lah!"
Aku tolak tubuh Rayyan menjauh dari kabinet dapur. Aku tarik keluar bekas berisi tepung susu itu, berura-ura untuk bancuh sendiri susu.
Rayyan tangkap tangan aku. Wajah aku dipandangnya tanpa jemu.
"Sayang janganlah macam ni... seksa I bila you buat macam ni. Kalau marah, pukullah atau tengking ke I tak kisah. Tapi tolong jangan diam dan seksa I macam ni."
Aku tarik tangan dari pautan Rayyan. "I tak buat apa-apa. Ini yang you nak and I just play along with you."
Rayyan mengeluh. "Says who sayang? I minta maaf I mengaku semuanya salah I, I tak patut buat you macam tu. I yang selfish yang egois, yang hanya fikir ikut kepala sendiri tanpa sedar I dah pun menyakiti you."
Susu yang tak jadi nak bancuh lain aku hentakkan kasar atas kabinet dapur. Bersepah habis susu yang masih belum ditutup itu.
"Ian you tak faham bahasa ke?? I dah cakap kan apa yang you buat tak mudah untuk I lupakan macam tak ada apa-apa yang berlaku. Itu pun susah ke you nak faham? You expect I untuk lupa semudah turn on-off suis ke?" Aku mencerlung Rayyan tajam.
Rayyan masih cuba mengapai tangan aku namun aku lebih pantas mengelak.
"Sayang I tak akan suruh you lupakan atau buat macam tak ada apa-apa yang terjadi because you're the one yang hadap semua tu, you yang tanggung atas kebodohan I dulu. But please.. please allow me to treat your wounds, your scars. I yang buat you jadi fragile macam ni so biarlah I yang rawat you.. kesian baby tu kalau hari-hari you asyik pendam sendiri, biarkan sendiri terluka..." kata Rayyan lemah.
Dia begitu menyesali atas apa yang pernah dia lakukan selama ini. Punyalah baik dapat isteri yang memahami dan menerima dia seadanya, dia pula yang tak reti nak menghargai.
Aku cuba hiraukan kata-kata Rayyan yang mula menjentik hati aku itu. Dapat aku rasa keikhlasan dan penyesalan daripada nada suara dia. Bukan aku tak mahu memaafkan tapi aku takut kalau benda sama berulang lagi setelah aku beri Rayyan peluang sekali lagi.
Aku lemparkan jelingan pada Rayyan. Baru nak keluar dari dapur, langkah aku dihalang lagi.
"Sayang.." Rayyan mencapai lengan aku kemas.
"You nak apa lagi??!"
Aku terus berpaling dengan rasa marah yang mula terbit. Tanpa sedar tangan aku tertepis gelas berisi susu yang dipegang Rayyan.
Tepisan yang kasar telah mengakibatkan gelas itu terhempas kuat pada table top jenis marble dapur. Kaca-kaca itu bersepai dan beberapa serpihan kaca tertusuk pada lengan dan tapak tangan Rayyan. Darah terus menitis ke lantai.
YOU ARE READING
Padamkan Ragu ✔️
RomanceNurul Inaraa Batrisya. Nama secantik orangnya. Namun sikapnya yang keras kepala dan pantang dicabar mendatangkan seribu satu rasa pada Mohamad Rayyan Rizki. Mengalah dengan mudah adalah satu kepantangan buatnya. Mengapa perlu mengalah jikalau hati...