Bab 32 | Teruk

4.8K 190 18
                                    

"Puan... kenapa nangis kat sini? Suami puan sakit ke?"

Suara Doktor Zafril menjengah pendengaran aku. Dia beura-ura mahu masuk ke bilik Rayyan untuk melihat sendiri keadaan Rayyan. Segera aku bangkit dari mencangkung dan lengan dia aku capai.

Doktor Zafril toleh ke arah aku dan pertanyaannya aku jawab dengan gelengan kepala cuma. Tidak mahu dia masuk dan bertanyakan hal ini dengan Rayyan.

Kelihatan doktor Zafril sudah dalam pakaian kasualnya, hoodie dengan jeans hitam. Tiada lagi lab coat dan stethoscope pada lehernya. Doktor Zafril mengerling ke dalam bilik, dia berpuas hati bila melihat keadaan Rayyan yang biasa. Bukan dalam kesakitan. Doktor Zafril menunduk, dipandangnya ke lengan yang aku sentuh itu.

Automatik aku tarik semula tangan aku. Tidak sedar entah bila terpegang tangan doktor ini

"Err maaf. Saya tak sengaja."

Doktor Zafril pandang jam tangannya sekilas sebelum matanya kembali terarah pada aku.

"Puan ada masalah ke? Nak cerita dengan saya?"

Aku menggeleng kepala dan satu senyuman kelat aku lemparkan. Segera aku sapu air mata yang masih bersisa. "Tak... I'm okay. Penat sikit je."

Doktor Zafril masih tidak puas hati dengan jawapan aku. Dia menebak lagi. "Saya tak rasa puan cuma penat ni, kalau puan ada masalah boleh cerita pada saya. Atau saya boleh tanyakan sendiri pada suami puan?"

"Jangan!"

Tersentak Doktor Zafril dengan teriakan aku tiba-tiba itu.

Aku ketap bibir. Tersedar yang aku sudah lancang bersuara. "Maaf saya tak bermaksud nak kurang ajar."

"Kalau puan-"

"Inaraa. Panggil saya Inaraa sahaja." Kekok aku rasakan bila lelaki baya-baya aku ni bahasakan diri aku puan.

"Okay Inaraa. Kalau awak tak kisah, awak boleh rehat dalam bilik rehat kat hujung sana. You can get a cup of tea or coffee. Mungkin itu yang awak perlukan sekarang ni?" Pelawa doktor Zafril.

Serba-salah aku dibuatnya dengan doktor Zafril yang terlampau prihatin itu. Tapi memandangkan aku ada benda mahu bertanya pada doktor Zafril, aku ambil keputusan untuk akur dengan pelawaannya.

Aku membuntunti langkah doktor Zafril ke hujung koridor yang ada ditempatkan bilik rehat itu.

"Sebab awak tak jawab jadi saya bawakan tea panas. For your information, tea can help you to soothe stress and anxiety. Minumlah..." secawan air tea panas diletakkan depan aku. Masih berwap panas air itu.

"Thanks."

Boleh tahan degil doktor ni, sudah berkali-kali aku tolak untuk dihidang dengan apa-apa minuman. Namun penolakan aku bagai disambut angin lalu saja.

"Awak nampak tak bermaya. Tak balik rehat dulu ke?" Soal doktor itu.

"Saya dah balik semalam. Hari ni biarlah saya jaga suami saya pula."

Doktor Zafril menggelengkan kepala. "Tak boleh macam tu, jujur saya kata awak nampak sungguh tak sihat. Lesu dan tak bermaya. Balik lah tidur, segar kan diri dulu. Hal suami awak, awak tak perlu risau. Ramai nurse dan doktor sini yang boleh pantau keadaan suami awak."

"Tak apa doc. Saya tahu macam mana nak jaga diri saya baik-baik." Tegas aku jawab.

Aku mula rasa rimas dengan orang yang terlampau prihatin terhadap aku. 'Entah-entah doktor ni betul-betul prihatin atau cuma nak korek cerita daripada aku. Bukan boleh percaya sangat..'

Bila aku dengar tangapan negatif keluarga mertua sendiri terhadap aku, aku jadi lebih berhati-hati untuk bercerita dan membuka diri pada orang yang tidak dikenali. Kalau keluarga sendiri sanggup mengata aku di belakang apatah lagi orang luar. Prejudis sungguh aku sekarang ni.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now