Epilog | Tiada Lagi Keraguan

11.4K 261 24
                                    

"Dah besar-besar ya anak dara you. Cantik-cantik pulak tu... Mesti ramai yang masuk meminang nak bermenantukan anak Dato' Irshad ni." Seloroh seorang perempuan yang turut menghadiri majlis makan malam yang diadakan itu.

(P/S: perihal majlis ni ada diceritakan dalam Bab 16|Rasa Hati sebelum ini.)

Dato' Irshad ketawa bangga mendengarkan pujian terhadap anak daranya. Pinggang kedua-dua anak daranya dirangkul mesra.

"Tengoklah ayahnya siapa. Macam mana acuannya, begitulah kuihnya. Tak begitu?" Balas Dato' Irshad bangga.

Berbakul rungutan aku taburkan dalam hati. Jengkel sungguh mendengarkan ayat copy paste sebegini rupa. Orang bodoh je tak boleh baca double meaning disebalik bicara dua orang dewasa ini.

Perempuan yang bergelar Datin itu mencebik dengan gurauan lelaki itu. "Bukan you sorang, mak dia pun lawa juga. Mak lawa, bapa handsome memang meletups lah anak-anak you." Puji perempuan itu lagi melambung.

Giliran perempuan yang digelar sebagai 'mak' pula menguntum senyuman lebar. Suka mendengar pujian-pujian sebegitu.

Dah kalau dia pasang niat nak bermenantukan orang kaya, kena lah pandai bermanis mulut dan bodek bakal besan. Atas bawah di pandangnya kedua anak dara Dato' Irshad sedari tadi. Sungguh tiada cacat cela langsung. Jika dipandankan dengan anak lelakinya, pasti cucunya akan turut mewarisi kecantikan mamanya. Perempuan itu mula memasang anganan dalam diam.

"Anak lelaki you pun apa kurangnya... pandai buat business, tapi dari tadi I tak nampak pun dia? Tak datang ke?"

Perempuan bergelar datin itu mula gelabah bila disoal tentang anaknya. Anak lelaki yang lansung tak mendengar kata! Kanan kiri pasang awek sekeliling pinggang, berpelesiran di kelab malam pada malam hari, mananya dia nak datang majlis sebegini. Rosak reputasi keluarganya kalau kegiatan si anak diketahui bakal menantunya ini.

Aku mengukir senyuman sinis dalam diam. Kenal sangat dah anak lelaki perempuan ini yang tak pernah cukup dengan satu dan punya tabiat agak liar buat lelaki bergelar muslim.

"Aniq busy tu, tak sempat nak datang hari ni. Eh Naraa sikit lagi nak habis A-Level kan? Apa perancangan Naraa lepas ni?" Perempuan itu segera menukar topik. Tidak mahu berterusan membiarkan anak lelakinya menjadi bahan topik.

Aku hanya melemparkan senyuman sinis dengan bahu aku jongketkan.

"Entah." Jawab aku sepatah.

Nak harapkan aku beramah mesra dengan perempuan yang punya niat tersendiri ini? Jangan harap.

Tersentap perempuan itu bila soalannya dijawab dengan riak muka sinis. Terus kendur senyuman di wajahnya tadi.

'Harap muka je lawa anak Irshad ni, tapi perangai kurang ajar!' Omel dia dalam diam. Dalam hati, dia mula memadamkan niat untuk bermenantukan anak Dato' Irshad bernama Inaraa itu. Tidak sudi bermenantukan perempuan kurang ajar ini.

Aku dapat rasakan bahang tidak senang pada riak wajah ayah dengan jawapan aku. Rangkulannya pada pinggang aku dilepaskan.

"Eh you dah makan ke belum ni? Pergi lah makan dulu, lambat nanti habis pula scorns favorite you tu." Dato' Irshad turut menukar topik. Berasa kurang ajar dengan layanan si anak pada sahabat lama, merangkap clientnya itu.

"Oh ah iyelah. Dah lama I aim yang tu." Balas perempuan itu lagi. Tidak sabar mahu segera menjauh daripada keluarga ini.

"Dina pergi temankan aunty makan sana... sambil-sambil tu borak-borak lah, minta tunjuk ajar macam mana nak uruskan business walaupun dah berumah tangga. Bagus betul dari dulu tak pernah hilang passion bila bab business ni." Arah Dato' Irshad pada anaknya lagi satu, Irdina.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now