Bab 24 | Berdamai

8.7K 147 15
                                    

"Kenapa senyap?! Betul kan apa yang I kata semua tu? Memang you saja nak sakitkan hati I, nak hiraukan I sampai I rasa bosan dengan you? Atau you nak hiraukan I sama macam apa you buat kat arwah kak long dulu? Tengah hitung waktu untuk I pergi dari hidup you macam tu?? Mesti dalam kepala you asyik fikir je bila lah I ni nak berambus daripada hidup you kan??" Sungguh sinis nada aku pada penghujung kata-kata.

Wajah Rayyan nampak jelas dia sedang menahan marah. Tangan kanannya mengepal buku lima erat, urat-urat hijau timbul pada lengannya menampakkan betapa dia sedang menahan amarah dengan kata-kata aku yang agak keterlaluan tadi.

Aku berusaha untuk bangun sendiri walaupun kaki aku masih terasa sakit. Baru mahu bangkit, tubuh aku tiba-tiba melayang dicempung Rayyan.

"Ahhh Ian! Turunkan I!" Aku meronta-ronta minta diturunkan namun Rayyan hanya buat tak bodoh. Menonong langkahnya dibawa ke arah ruang tamu.

Tubuh aku diletakkan dengan kasar atas sofa berangkai dua di ruang tamu.

Aku kerling Rayyan dengan pandangan tajam dan tidak puas hati. Suka hati dia je perlakukan aku macam ni!

"You ni kenapa Ian? Dah gila ke? Tak cukup kaki I terkehel sekarang you nak patahkan pinggang I pulak?"

Rayyan hanya senyap tidak menjawab. Dia duduk bersila di bawah atas karpet dan kaki aku yang terkehel tadi ditariknya ke pangkuan.

"Ian lepas lah..." aku berusaha untuk tarik semula kaki aku namun gagal. Pegangan Rayyan sungguh kemas.

"Dah sakit tu tolong buat cara sakit. Jangan nak banyak bunyi." Kata Rayyan tanpa sedikit pun dipandangnya wajah aku.

Tangan dia masih tekun membelek kaki dan cuba menggerakkan tapak kaki aku dalam pusingan 360 darjah.

"Tahan sikit. Cuba relakskan je kaki."

'Tahan sikit? Apa yang dia nak buat ni? Ian ni serius atau sengaja mahu mendera aku? Kalau makin teruk macam mana?' Aku mula panik bila Rayyan memegang tapak kaki dan buku lali aku.

Aku sentuh lengan kekarnya cuba menghalang apa saja yang dia mahu lakukan.

"Ian you- ahhhh!"

Spontan aku ketap bibir kuat dan air mata tanpa dapat ditahan mengalir turun membasahi kembali pipi yang sudah kering tadi. Tangan aku mencengkam lengan Rayyan erat.

Rasa sakit sekejap dan mengejut punca Rayyan membetulkan kaki aku yang terkehel membuatkan aku tidak dapat mengawal air mata. Bagaikan sekelip mata saja kaki aku yang tadinya sakit dibetulkan dan kesakitan mula beransur reda.

"Manja, cerewet, mengada, kuat merajuk, cengeng, keras kepala..... Why did I even marry you Inaraa?" Rayyan menyoal dengan tangannya masih cekap melegakan urat kaki aku.

Makin sakit hati aku bila Rayyan selamba mengkritik sikap aku. Apa ingat dia tu perfect sangat ke sampai semua benda pasal aku dia tak berkenan.

"Kenapa? You baru tahu perangai sebenar wife you ni so you nak kata menyesal lah ni kahwin dengan I? Yaa I memang manja, cerewet, mengada, kuat merajuk, cengeng dan semua lah tentang I you tak suka so nak kena buat apa ni? Nak suruh I pura-pura jadi perempuan yang menepati kriteria perempuan idaman you ke?" Aku menyoal sinis. Panas hati aku bila Rayyan banyak sungguh bunyinya lepas dah kahwin ni. Dulu tak ada pulak dia nak komplen macam-macam.

Rayyan hanya menjongketkan bahu. "Entah. Sendiri mahu tahu lah."

Berkerut dahi aku mendengarkan kata-kata Rayyan. "Apa yang sendiri mahu tahu? Masalahnya semua tentang I you tak berkenan. Ada saja yang tak betulnya. Ye I tahu yang I ni-"

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now