Bab 46 | Sedar

8.1K 264 27
                                    

Aku tidak terus pulang ke rumah bila habisnya waktu bekerja. Aku menyimpang ke rumah umi. Aku tidak mahu menghadap Rayyan buat masa ini, biarlah aku menjauhkan diri buat seketika waktu. Bimbang amarah aku tidak terkawal dan bakal memudaratkan diri sendiri yang sedang membawa perut.

"Penat je nampak Inaraa? Tak nak cuti lagi ke?" Soal umi sambil memicit-micit lengan aku.

Umi memang suka manjakan aku sebegini. Aku pula senang dengan urutan dan picitannya pada tubuh aku. Sungguh melegakan.

"Entahlah umi. Rasa macam boleh lagi nak kerja tapi bila datang penat tu, terus rasa tak nak buat apa-apa." Aku bersandar pada bahu umi manja.

"Biasalah tu. Bila tak ada kerja, bosan. Bila dah kerja pula, malas, penat, tak ada masa lah. Macam-macam hal. Naraa pun jaga diri elok-elok lah dah masuk trimester ketiga ni kena jaga lebih la." Nasihat umi pada aku.

"InshaAllah umi.."

Umi berjeda lama sebelum dia kembali bersuara. "Naraa ni bergaduh dengan suami ke?"

Aku agak tersentak dengan soalan itu. Tidak sangka umi akan membangkitkan tentang Rayyan di hadapan aku. Selama ini umi tidak pernah-pernah nak ambil tahu soal itu.

Aku cuma mengangguk. Tidak mahu berselindung lagi.

Umi menghela nafasnya. "Umi dah agak dah. Dari hari pertama Naraa sampai pun umi dah boleh agak bila tengok muka Naraa ni. Tapi kenapa sampai kena lari dari rumah ni? Tak baik Naraa buat suami kamu macam tu.."

Aku terus tegakkan tubuh. Tiba-tiba saja aku rasa tak puas hati bila umi terus saja menyebelahi Rayyan. Aku juga yang dihukum sebagai pesalah gara-gara meninggalkan rumah tanpa izin Rayyan tempoh hari.

"Ian yang buat hal umi. Naraa dah penat bersabar dengan dia. Kalau asyik gaduh je, Ian pun dah tak percayakan Naraa lagi, apa gunanya duduk sebumbung lagi mi?"

Umi menepuk-nepuk peha aku. "Habis tu cuba Naraa bagitau umi, apa yang Naraa nak sebenarnya? Naraa nak berpisah ke?"

Aku tersentak. 'Berpisah? Aku nak berpisah dengan Ian ke?'

Aku menunduk sebelum kepala aku gelengkan.

"Haa Naraa sendiri dah ada jawapan tu. Suami isteri mana je yang tak pernah bergaduh ni? Bergaduh, salah faham... itu semua adat berumah tangga. Cuba duduk, bincang elok-elok dengan suami kamu ceritakan apa yang kamu tak suka tentang dia, ceritakan apa yang buat Naraa merajuk macam ni...

Laki ni dia macam jadi bodoh sikit bila datang bab perempuan ni. Dia tak boleh nak baca apa yang ada dalam hati perempuan ni. Jadi Naraa kena lah berterus-terang dengan suami kamu tu. Jangan simpan sorang-sorang, jangan asal gaduh je lari dari rumah. Tak elok tau Naraa buat macam tu. Apa pun Rayyan tu suami kamu, wajib untuk kita sebagai seorang isteri untuk mentaati suami kan?" Nasihat umi panjang lebar.

"Umi nak siapkan makanan dulu, Naraa makan sini dulu ya sebelum balik?" Tanpa menunggu jawapan daripada aku, umi terus bangun dan berlalu ke dapur.

Aku terus terkelu, tiada jawapan. Kata-kata umi ada benarnya. Aku sendiri yang pernah kata masalah kami suami isteri sebenarnya berpunca daripada kurang berkomunikasi. Pelbagai andaian dan salah faham muncul bila tiada komunikasi yang baik dalam sesebuah rumah tangga.

Dengan melarikan diri seperti ini, adakah masalah dapat diselesaikan dengan sendirinya?

Jam 10 malam baru aku tiba di rumah. Itu pun setelah telinga aku naik tuli mendengar desakan dan bebelan umi yang menghalau suruh aku balik ke rumah. Katanya tak elok buatkan Rayyan tertunggu-tunggu kat rumah sendirian. Betul ke Rayyan masih menunggu kepulanganku?

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now