P/S: Berapi-api eh korang siap ada yang leleh air mata lagi baca bab 21 🥲 meh kita kasi lagi berapi kali ni. Enjoy!
Sedang aku leka menyiapkan kerja pejabat di ruang tamu, bunyi pintu bilik dikuak menghentikan gerak-geri aku. Mata aku pakukan ke arah kamar beradu kami.
Kelibat Rayyan yang kelihatan segak dengan tshirt berkolar dan jeans keluar dari bilik aku pandang hairan. Langsung tidak nampak gaya seperti orang demam.
Selepas peristiwa pagi tadi, memang aku merajuk betul-betul dengan Rayyan. Nak harapkan dia pujuk? Dalam mimpi jelah. Sudahnya aku hanya layan rajuk sendirian dengan menyelesaikan kerja pejabat yang aku bawa pulang kerana masih banyak kerja yang tergendala gara-gara aku pulang awal semalam.
Tika solat zohor tadi pun, aku langsung tidak jengah ke kamar beradu kami. Mujur saja bilik tengah ada kain sembahyang aku simpan dalam wardrobe situ. Makan? Memang selera aku langsung tak ada. Bila lapar aku suap juga baki bubur ayam yang aku buatkan untuk Rayyan tadi. Tidak mahu membazir begitu sahaja.
Bergegas aku berlari mendapatkan Rayyan yang sudah berura-ura mahu membuka pintu. Terus aku menyaingi langkah Rayyan dan aku berdiri dihadapannya.
Dahi dia aku sentuh. Sudah tidak panas.
"You nak pergi mana?" Soal aku. Bagaikan terus terlupa kata-kata aku tadi yang tidak akan menganggu dia lagi.
"Balik rumah mama." Jawab Rayyan tanpa nada.
"Nak ikut!!" Tanpa sedar suara aku naik seoktaf. Takut ditinggalkan punya pasal. Nak balik rumah keluarga Rayyan takkan aku tak nak ikut? Apa pula kata keluarganya nanti?
"Ish tak payahlah. Duduk jelah kat rumah ni." Bantah Rayyan.
"No I nak ikut juga. Jom lah!" Aku berkeras. Kali ini aku tidak akan membiarkan Rayyan memperlakukan aku sesuka hatinya lagi.
Dahi Rayyan berkerut dengan matanya meliar pada tubuh aku yang tersarung baby-tee dan seluar short paras peha. "Dengan pakaian macam ni?" Soal Rayyan pula.
"Ye lah. Jom lah cepat." Memang spesies tak rela ditinggalkan betul hingga aku langsung tidak sedar pakaian aku tidak sesuai dipakai untuk menjenguk keluarga mertua. Mahu pengsan mereka nanti.
Malas aku mahu menunggu jawapan Rayyan, tangan aku lebih pantas ingin membuka pintu. Namun tangan Rayyan menghalang. Dia menghela nafas.
"Pergi lah tukar baju dulu. 10 minit. Kalau lambat aku tinggal." Kata Rayyan separa rela.
Aku pandang wajah Rayyan dengan perasaan curiga. Boleh percaya ke? Dibuatnya dia tinggal aku masa tengah salin baju nanti aku juga yang meraung.
Rayyan pandang aku tajam. "Wha-"
Belum sempat Rayyan berkata-kata, aku rampas kunci kereta ditangannya. Sebagai langkah berjaga-jaga sebelum betul-betul dia tinggalkan aku. Berdesup aku lari ke kamar mahu menukar baju.
"10 mins!" Aku melaung kuat. Dengusan Rayyan yang dapat aku tangkap tadi sengaja aku hiraukan.
Aku hanya memakai pakaian santai, blouse longgar berwarna kuning cair dipadankan dengan sehelai jeans putih. Aku pandang sebelah ke arah Rayyan yang memakai pakaian smart casual. Tshirt dengan jaket kulit dan seluar jeans hitam.
'Macam over je Ian bergaya hari ni? Nak balik rumah mak dia je pun...'
"Naraa makin kurus mama nampak? Kat rumah Ian ni tak bagi makan ke?" Suara mama menyentakkan aku. Spontan aku memandang wajah mama yang duduk berhadapan denganku.
Rayyan memandang aku tajam. Bagaikan memberi aku satu amaran untuk jaga kata-kata yang bakal aku lontarkan bagi menjawab pertanyaan mama dia itu. Apa dia ingat aku ni tak ada rasa malu ke sampaikan hal rumah tangga pun nak canang pada mama?
YOU ARE READING
Padamkan Ragu ✔️
RomanceNurul Inaraa Batrisya. Nama secantik orangnya. Namun sikapnya yang keras kepala dan pantang dicabar mendatangkan seribu satu rasa pada Mohamad Rayyan Rizki. Mengalah dengan mudah adalah satu kepantangan buatnya. Mengapa perlu mengalah jikalau hati...