Bab 12 | Hilang

4.3K 159 18
                                    

"Ayah, Naraa nak cakap sikit.."

Aku masuk ke bilik study mendapatkan ayah yang kelihatan mula sibuk mahu memulakan kerjanya walaupun di hujung minggu.

Aku terus bertanya walaupun ayah tidak menjawab sapaan aku tadi.

"Ryan lamar Naraa yah."

"Okay. Ayah dah tahu. Ryan sendiri datang jumpa bagitahu ayah."

Aku tersentak. Sebegitu sekali beraninya Rayyan? Sangkaanku dia cuma becakap di gagang telefon memandangkan ayah aku ni seorang yang teramat sibuk sekali. Bukan senang mahu berjumpa dan berbincang kalau bukan soal kerjanya.

"So you said okay? You're okay with it?"

"Yes! I have nothing against him anyway. Dah kenal lagipun, lagi mudah bukan?"

Aku yang tidak puas hati mendengarnya terus menghampiri meja study ayah.

"Tapi kenapa? Bukan ke ayah dah arrange Naraa dengan anak Dato' Fuad tu?" Aku bertanya lagi.

"Haiii lain macam bunyi? Kenapa? Naraa ada hati dengan ke dengan anak dia?" Tanya ayah yang mula curiga denganku.

"Mana ada... jumpa dia pun Naraa tak pernah apa nak ada hati pulak? Hairan je kenapa ayah boleh terima Ryan macam tu je sedangkan Ryan tu suami arwah kak long."

Ayah mengeluh bosan. Mungkin dia tak suka topik ini dibicarakan. "Apa masalahnya Naraa? Kak long dah tak ada tak berdosa pun kalau Naraa kahwin dengan Ryan. Tak payah lah kusutkan kepala dengan benda bukan-bukan.."

"Itu Naraa tahu tapi Naraa tak faham apa sebabnya ayah terima Ryan? Ayah please... Naraa kenal ayah bukan sehari dua. Naraa dah arif dengan ayah yang tak akan senang-senang je terima cadangan orang lain. Mesti ada apa-apa yang buatkan ayah terima Ryan?" Aku mula mendesak ayah untuk berkata jujur.

"Ya even kamu yang nak kahwin pun ayah dah fikir semuanya. Ayah dah fikir semua yang baik and keuntungan untuk business kita ni. Memang Ryan boleh mendatangkan keuntungan buat ayah pun. Itu yang Naraa nak dengar sangat kan?" Suara ayah meninggi. Dia tidak suka bila anaknya mempersoalkan apa yang telah dia rancangkan.

"Dah pergi keluar. Ayah nak buat kerja ni. Jangan kacau ayah." Kaca mata dipakainya dan tubuhnya dibawa menghadap skrin laptop yang sudah sedia terpasang. Petanda tiada ruang lagi untuk aku berbicara hal ini.

Aku ketap bibir. Masih tidak puas hati dengan kata-kata ayah tadi. Keuntungan apa yang ayah maksudkan?

Akur dengan ayah yang mengarahkan aku keluar tadi, aku bawa langkah kaki keluar dari bilik dengan langkah berat. 'Nampaknya sampai bila pun ayah tak akan bagitahu...'

Tuan Hj Irshad memandang pintu bilik kerjanya yang sudah tertutup kemas. Tubuhnya disandar malas pada kerusi.

Konsentrasi dia sudah hilang dibawa pergi dek kerana satu-satunya anak perempuan dia yang ada tiba-tiba menerjah masuk dengan soalan yang langsung dia tak terduga.

Peristiwa yang berlaku tiga bulan lepas kembali berlayar di ruang mata.

Seorang jejaka muda tampan datang ke pejabatnya dengan penuh berkarisma. Tubuh tegapnya bersarung sepasang suit hitam menggambarkan keyakinan dan kedudukan lelaki itu di salah sebuah syarikat gah ternama di Malaysia.

Ini merupakan kali pertama lelaki itu hadir ke pejabatnya yang terletak di Damansara. Tindakan lelaki itu sungguh mendatangkan rasa aneh pada dirinya. Selama lelaki itu menjadi suami kepada anak sulongnya, belum pernah lagi lelaki itu menapak kaki ke pejabatnya.

"Ada apa Rayyan ke mari? Macam tak menyempat je, kat rumah tak boleh tunggu?"

Rayyan menyelesakan duduknya. Dia cuba mengumpulkan keyakinan untuk menyuarakan proposalnya.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now