Bab 40 | Mengalah

7K 289 39
                                    

Aku menyanyi kecil sambil menyiapkan hidangan tengah hari di dapur. Teruja bercampur gembira bila mengenangkan Rayyan akan pulang nanti untuk menikmati makanan tengah hari sama-sama.

Awal pagi tadi aku bangun dengan rasa sungguh segar. Jarang-jarang dapat tidur lena seperti malam tadi. Ternyata tidur dalam dakapan Rayyan membuatkan tidur aku lebih berkualiti. Tiada lagi kerap ulang-alik ke tandas atau sedar di tengah malam akibat heartburn.

Seusai sarapan di rumah keluarga aku pagi tadi, Rayyan terus ajak aku pulang ke rumah kerana katanya dia ada urusan di pagi ini. Ayah pun tak ada kata apa, malah lebih membuatkan aku tertanya-tanya bila sikit pun ayah tak sentuh hal semalam.

Teringat momen pagi tadi yang membuatkan bibir aku tidak lekang dengan tersenyum sendiri.

"You nak pergi mana?"

Rayyan membelek dokumen-dokumen pentingnya. Dia memandang aku sekilas lalu menjawab "aku nak keluar jumpa client kejap. Kau duduk sini elok-elok. Aku keluar kejap je."

Terkejut juga aku bila Rayyan menjawab soalan aku tanpa perlu aku mendesak. Selalunya soalan aku dibiarkan berlalu begitu saja.

"Oh okay... you balik awal?" Soal aku lagi.

"Before 2pm."

"Lunch kat rumah?" Aku tanya lagi. Kepala mula merangka rancangan untuk menambat kembali hati Rayyan.

"Hmm.."

Gembira dengan jawapan itu, spontan tangan aku naik mendakap tubuh Rayyan erat.

Bila perasan renungan aneh Rayyan, aku tarik semula tangan aku.

"Sorry I-"

Belum sempat aku habiskan ayat, Rayyan peluk tubuh aku pula. Dahi aku dikucup sekilas. Diusap-usapnya kepala aku sampaikan aku pegun seketika depan pintu.

"Kalau ada apa-apa call aku. Nanti aku balik kita makan sekali." Kata Rayyan sebelum kelibat tubuhnya hilang di sebalik pintu lif.

Bunyi periuk yang menggelegak atas dapur mematikan lamunan aku. Aku kacau dua tiga kali sebelum dapur aku tutup.

Gembira bercampur teruja untuk menjamah Rayyan kembali dengan air tangan aku setelah berbulan lamanya dia tidak menjamah masakan aku.

Walaupun betis terasa lenguh kerana terlalu lama berdiri, tapi aku gembira. Gembira dapat kembali bertukang di dapur untuk si suami.

Aku hanya masak empat jenis lauk sahaja, harapnya menepati cita rasa Rayyan lah. Tak larat nak masak banyak-banyak. Kuah tomyam campur, ketam masak cili, sayur kailan ikan masin dan telur dadar.

Teruja sungguh aku hari ini. Sampaikan langsung tidak sedar betapa awalnya aku bertukang di dapur pagi Ahad ini. Tidak sabar menanti kepulangan Rayyan dengan satu aura baru dalam diri aku.

Aku akan cuba berusaha untuk tambat semula hati Rayyan. Dengan apa yang berlaku malam tadi dan pagi tadi, aku yakin perasaan Rayyan masih ada buat aku. Dia masih sayangkan aku sebagai isterinya.

Aku duduk atas kerusi melepaskan lelah setelah ulang-alik dari dapur ke meja makan menghidang makan tengah hari kami nanti. Jarum jam aku pandang, sudah pukul dua tengah hari. 'Agak-agak pukul berapa ya Ian akan pulang?'

Tadi kata Rayyan dia akan pulang sebelum jam dua petang kan? Tapi sekarang sudah pun pukul dua tapi kelibatnya masih tidak kelihatan. Kemana agaknya Rayyan? Tersangkut dalam kesesakan lalu lintas kah dia?

Aku usap perut yang terasa aktif menendang. "Kenapa ni sayang tiba-tiba je tendang ni? Tak tidur ke? Lapar? Kita tunggu daddy balik baru kita makan sama-sama ya sayang..."

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now