Bab 36 | Tawar Hati

6.9K 262 51
                                    

Sehelai cocktail dress berwarna krim cair yang tergantung pada penyangkut baju aku pandang lagi buat sekian kalinya. Memang cantik sekali dress itu, simple tapi cukup elegant. Hiasan batu dan manik pada sekitar leher hingga ke pinggang bakal menaikkan lagi seri si pemakai. Dress baru yang dibelikan Rayyan buat aku.

Aku mengeluh lagi. Berat sungguh hati aku ingin akur pada arahan Rayyan yang satu ini. Berani betul dia nak bawa aku yang berbadan dua ni ke majlis makan malam? Tidak tahu ke dia perempuan mengandung ni banyak kerenahnya.

Macam mana kalau tiba-tiba hidung aku terbau bauan yang aku tidak tahan? Macam mana kalau tekak aku tiba-tiba saja terasa meloya? Bagaimana kalau tiba-tiba saja aku pengsan kepenatan? Bagaimana kalau tiba-tiba saja rasa mual mengasak anak tekak hinggakan aku terpaksa berulang-alik ke tandas?

"Ina- kau tak siap lagi?! Kau ni kenapa? Nak aku siapkan kau ke hah?" Marah Rayyan sebaik saja pintu bilik dikuaknya.

Aku mengeluh. Badan aku hadapkan ke arah Rayyan yang sudah siap segak dengan sepersalinan suit hitam.

"Ian I'm not feeling well... you pergi sorang tak boleh ke? Tak wajib pun untuk I pergi kan? Pleasee...." Kata aku dengan nada lembut. Dengan harapan Rayyan beri aku kelonggaran dengan arahan dia yang satu ini.

Rayyan mengendahkan rayuan aku. Dress yang tergantung dicapainya lalu di hulurkan pada aku. "Kau pergi pakai ni cepat. Aku tak nak dengar macam-macam alasan kau yang mengarut tu. Nah ambil!"

Dengan langkah malas aku bangun juga dari duduk. Huluran Rayyan aku hiraukan, menonong aku berlalu ke tandas dengan sehelai bathrobe pada tubuh.

Rayyan yang dihiraukan sebegitu saja terus naik darahnya. "Inaraa kau-"

"Letak jelah situ. Nanti keluar I pakailah! Nak kencing pun tak senanglah you ni!" Laung aku dari dalam tandas. Geram betul dengan perangai Rayyan yang suka memaksa ni.

Rayyan yang ditempelak isterinya sebegitu terus kelat mukanya. Dress di tangannya dilemparkan saja atas katil. Punggung dia labuhkan pada birai katil yang sudah dua minggu tidak dia gunakan. Dia akan terus menunggu hingga isterinya siap bersiap, kalau dibiarkan entah pukul berapa pula mereka akan sampai ke majlis makan malam anjuran clientnya.

Keluar saja dari tandas, aku dapati Rayyan sedap saja dia duduk atas katil dengan kaki siap bersilang. Malas mahu ambil pusing, aku segera ke wardrobe dan sepasang bra dengan seluar dalam aku tarik keluar. Selamba saja aku sarungkan pakaian dalam itu ke tubuh aku.

Rayyan yang sedari tadi merenung tindak-tanduk aku dengan pandangan mata tajamnya aku hiraukan saja. Bathrobe aku tanggalkan dan dress tadi aku sarungkan pada tubuh aku yang masih belum kelihatan perubahan bentuk tubuh badan.

Baru aku nak tarik naik zip dress di belakang, Rayyan sudah berdiri di belakang aku. Belakang tubuh aku disentuhnya lalu satu kucupan dilabuhkan di situ. Semuanya berlaku dengan pantas belum sempat aku halang. Aku hanya pendam perasaan dengan gelagat Rayyan yang sering buatkan aku keliru dengan perasaannya.

"Done." Kata Rayyan setelah zip belakang tubuh aku siap diperkemaskan.

Aku terus berlalu ke meja solek dan wajah aku riaskan ala kadar. Cukup untuk naikkan seri dan hilangkan kesan kelesuan dan pucat. Aku calitkan sedikit minyak wangi pada pergelangan tangan dan leher.

Tersentak aku bila tiba-tiba saja sekalung rantai berlian jenis choker disarungkan pada leher. Dengan mudah Rayyan kuncikan rantai tersebut pada belakang leher aku.

Terpana aku melihat kilauan berlian yang indah menghiasi leher. Tanpa sedar tangan aku naik menyentuh rantai yang sungguh cantik itu. Bagaikan mimpi saja rantai leher itu cantik dikalungkan pada leher jinjang aku.

Padamkan Ragu ✔️ Where stories live. Discover now